31 Jan 2012

Remaja 19 tahun Dipenjara Campak Bayi Dari Tkt 2 Flat

Mengaku campak bayi dari tingkat dua flet

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.

Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Balasan dosa

SELAYANG: Seorang wanita yang mengaku bersalah mencampakkan bayinya yang baru dilahirkan hingga menyebabkan kematian dua tahun lalu menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM5,000 terhadapnya.

Wanita itu yang sebelum ini ditahan di penjara berikutan gagal membayar jaminan pada sebutan kes awal Januari lalu, turut ditemani ibunya yang menunggu hingga prosiding selesai.

Bekas pelatih tukang masak itu dilihat menyatakan rasa tidak puas hati sambil menangis sebaik Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin menjatuhkan hukuman itu selepas laporan akhlak diterima daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gombak, Sabry Ahmad.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika berusia 19 tahun dengan menyebabkan kematian bayinya yang baru dilahirkan di rumahnya di Taman Selayang Segar 2, Gombak antara jam 3.30 hingga 7.15 pagi, 3 Oktober 2011. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 309B, Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi baru lahir yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda.
-hm


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ampunkanlah hamba2 mu yang melakukan jenayah ini.Moga roh bayi2 yang meninggal dlm cara begini berada dlm keadaan tenang di sana.sebak tgk kes2 mcm ni.kesian bayi yang tak berdosa :(

Tanpa Nama berkata...

tingkat 2 ke 5?

Tanpa Nama berkata...

kalau iaya pun dah 'pandai bikin' tapi tak pandai jaga itu anak, cari la bagi kpd org yg mau anak..... w/pun anak luar nikah, itu anak tetap suci macam kain putih, yg buat dosa emaknya, bukan bayi itu....ramai pasangan 'mandol' mau anak! Dalam keluarga saya pun ada yg 'mandol'

Tanpa Nama berkata...

campakkan BN dari putrajaya, ganti supaya kurang jenayah

Tanpa Nama berkata...

ni yg org kata sedap berdua, yg merana sorang2.....sedarlah wahai wanita!!!!