Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.
Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.
Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.
“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).
“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo
Ulasan GB
Gejala buang bayi semakin menjadi-jadi.
Ia akibat dari sistem hidup yang jauh dari nilai-nilai agama, apa tah lagi di dalam keadaan dan suasana kejahilan ummah yang kini tidak segan silu mempersendakan pula hukum Allah. Akhirnya, buang anak menjadi-jadi, sebab zina sudah macam tak kisah lagi. Aduh... siksaan Allah akan tiba juga nanti... sebab ada umat Islam sendiri menempelak dan mencaci-maki hukum Ilahi kebelakangan ini.

12 ulasan:
Hududlah untuk memandukan sosial atau masyarakat ke arah pengurangan kes maksiat dan gejala pembuangan bayi yang sudah bermaharajalela di komuniti Melayu dan Malaysia ini. Umndog yang menyebar-agungkan kemewahan dan mengejar materialistik laksana kehidupan bangsawan dan diraja barat (materialised and rich, affulence life) sudah menjadikan muda-mudi dan ramai ibu bapa yang mengabaikan agama dan moraliti.
Umdog langsung tidak menggalakkan kehidupan bermoral dan beragama, justeru kita semua boleh lihat bagaimana pemimpin umndog di merata tempat, di seluruh nusa yang hidup dengan mewah dan berlagak dengan kereta mewah, sport car/s, pakai beg LV, Coach(macam isteri abdullah. big mama), kehidupan pemimpin dan isteri dan ramai bangsawan yang sudah melari daripada moral, kehendak agama, malah tiada autoriti yang tinggi, pemimpin yang menjalankan pemeriksaan rutin(mingguan) pada lokasi maksiat, bar, kelab pribet(private club) yang sudah menjadi lokasi maksiat. Pemeriksaan autoriti tinggi harus diadakan dan mengheret mereka, termasuk bangsawan, kerabat diraja yang melanggar undang islam. Dengan keruntuhan moral dan minda yang pesong ke kemewahan, adalah amat diperlukan tindakan autoriti mengambil tindakan dan laksananya hudud. Hudud to save malaysia from moral destuction, hudud to save malaysia for better security and better moral. Janganlah harapkan umndog lagi, merekalah peruntuh moral dan masalah masyarakat yang sudah ketara dan alarming(amat menakjubkan)!!
UMNO mengejar materialistik?
Ramai juga kaum ugama, ulamak yg bermewah mewah. Malah ramai juga dari kalangan pemimpin PAS yg kita lihat hidup serba mewah.
Bukan hudud penyelesai segala masalah sosial. Dan sudah tentu PAS juga bukan jaminan segala masalah sosial akan terhapus.
kenyataan anon 8:15 adalah bukti nyata penolakan hukum Allah.
semuga laknat Allah tertimpa ke atasnya dan sekalian puak2 UMNO yang menolak hudud.
ni mmg kejam tahap dewa ...
Jom terjah sini:
1)Apabila Butang “Mute” Wujud Dalam Dunia Realiti
2)5 Manusia Paling Berat Di Dunia
3) Bagaimana Nak Bagi Gigi Kuning Jadi Putih?
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak
HUDUD ADALAH RESOLUSI YANG BAIK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DAN GEJALA SOSIAL YANG SUDAH AMAT SERIUS-PEMUBUANGAN BAYI, NAJIS DADAH, KERUNTUHAN MORAL, KEKURANG-SOPANAN KPD ORG TUA, REMPIT, LEPAK, DAN BANYAK LAGI. HUDUD ADALAH PILIHAN LEBIH BAIK PADA PERUNDANGAN YANG SEDIAKALA ADA DAN PEDOMAN AGAMA YANG ALTERNATIF. wALAUPUN PAS BUKANLAH SEBAGAI JAMINAN 100% KPD KES SOSIAL DAN PROBLEM SOSIAL, TAPI KERANA KETAULADAN DAN KEPEGANGANNYA KPD IMAN DAN KEJITUAN, MAKA SUDAH LEBIH BAIK DRPD UMNO YANG LEMAH MENGATASI MASALAH SOSIAL DAN KERUNTUHAN AKHLAK, MORALK ANAK MUDA DAN GENERASI. HAKIKATNYA, SEMAKIN SERIUS MASALAH RUMAH TANGGA, SOSIAL, KETIADA-SOPANAN KPD ORG TUA BERPUNCA DARI MANA? UMNO ADA APA PERANAN YANG POSITIF??? HARAPKAN PAGAR, PAGAR PULA MAKAN PADI--BISAKAH KITA MENARUH HARAPAN PADA PEMIMPIN YANG RUNTUH MORAL, LIHAT KES(KASUS) ATANTUYA, PEMBUNUHAN DI LOKAP, PENYALAHGUNAAN KUASA DRPD PIHAK SPRM, POLIS, DAN BANYAK INSTITUTI KERAJAAN. APAKAH MAKNA BERSIH, CEKAP, AMANAH YANG DILAUNGKAN OLEH MAHATHIR?? DAN FAKTA MENUNJUKKAN PEMIMPIN UMNO, MAHATHIR LANGSUNG TAK BERAMANAH?? SELAIN HANDAL DENGAN PERMAINAN EMOSI ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA, UMNO LANGSUNG TAK MENYUMBANG PADA PENINGGIAN MORAL DAN AKHLAK BANGSA DAN RAKYAT, TAMBAH LAGI INSTITUTSI YANG MENYALAHKAN KUASA TELAH MENJADIKAN MASALAH BERTAMBAH BURUK, SERIUS DAN KE TAHAP YANG AMAT TERUK!!!
anon 8.15 kau ni ada masalah otak barangkali...
GAGAL BERFIKIR PERKARA MUDAH...
kalau hukum HUDUD dari Allah SWT tak dapat selesai masalah sosial.kau nak pakai hukum apa?
inilah yang diulang2 sebut dalam Al-Quran (Tidakkah kamu memerhatikannya?/ berfikir?/berakal?)
atau dalam bahasa kasarnya :KAU TAK DA OTAKKAH?
anon 8.15...hidup serba mewah tak salah. yang salah kalo tak laksanakan hudud..perintah Allah ni bukan perintah PAS...sedeyyy.
anon 8:15..
jadi anda rasa apa penyelasaian nya?..UMNO?....HAHAHAHAHAHAA..kesian...knapa ya tak di letak saja bayi tu di tmpat perlindungan bayi ilham Sharizat?....kan itu jalan penyelasiaanya?...nanti anak anda kalo ada yang buat begitu....anda pun terpaksa akur...kerna tiada jalan penyelasaian dalam hidup anda...smoga anda diberikan rahmat dari Allah...
anon 8.15 hang dah tolak hukum allah
ni...hang islam apa ni???????
inilah dia puak2 umno toghut..
kalau bab hukum hudud tanya ustaz bagai nak rak. Selagi tak puas hati dengan jawapan selagi tu belum bersedia terima hukum hudud. Konon nak tau lebih detail.
Tapi common law yang diguna pakai sekarang, hapah pun tak tau detailnya, terus terima je tanpa banyak soal.
Kesian org umngok dibodohkan dan sangup jadi bodoh.
Baca alquran, hadis, baca buku undang-undang kemudian buat perbandingan.
Lu orang standard kampungan tengik, orang kampung pun pandai berfikir. Memang lu orang jelas dah tolak hukum sebelum tanya. Masyuk.... dulu yang utama, kasi perut gendut.
Kuat promosi blog family ceria
http://goo.gl/ry4KW
Catat Ulasan