9 Jan 2012

Lintas Lansung Keputusan Kes Anwar, Anwar BEBAS [updated]

Liwat II: Ribuan hadir luar mahkamah sokong Anwar

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Gambar: Anwar memberi ucapan sebaik sahaja dibebaskan dari pertuduhan liwat.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".


ULASAN GB

Kini tiada halangan lagi untuk Pakatan Rakyat ke Putra jaya. Tiada perebutan untuk menjadi PM.

Teruskan kerja, teruskan perjuangan, teruskan azam dan tekad untuk mewujudkan sebuah negara aman, adil dan berkebajikan serta mendapat keampuanan Allah.

TERSUNGKURNYA SEBUAH KONSPIRASI YANG HINA.

TAKBIR 3X


LAPORAN LANGSUNG

Gambar terkini Anwar setelah didapati tidak bersalah dan dibebaskan




ehsan sharpshooter



ehsan pulakdah


Beliau bersyukur ke hadrat Allah kerana hari beliau dibebaskan dari pertuduhan.

Anwar berkata yang paling penting bukan saya bebas tetapi rakyat wajib bebas dari cengkaman rejim.

Beliau amat terharu dgn sokongan dari PAS, DAP, NGO dan rakyat yang memberi sokongan luar biasa hari ini.

Beliau juga ucap terimakasih kepada polis kerana beri kerjasama yang baik.

"Rakyat hakim negara!. Kita jumpa di mana nanti?" tanya Anwar.
"Putrajaya!" sambut penyokong-penyokong yang hadir.


Anwar bersama keluarganya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat sunat syukur.

10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.

Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid.

Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.

1046am Kira-kira 30 polis bergegas ke kawasan letupan dan memagarnya dengan garisan kuning.

10.22am Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.

Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.

Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.

Sementara Badrul mendakwa walaupun Anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.

"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.

Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.

"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.

"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.

"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.

10.22am: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut.

10.10am: Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid ‘boo’ penyokong PERKASA dan Perkida.

9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.

9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.

Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.

9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.

9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

9.30 am : Mahkamah Tinggi KL membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. [BHOnline]

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."


Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menangis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Court acquits Anwar, judge says possible ‘samples compromised’

KUALA LUMPUR, Jan 9 — The High Court today acquitted Datuk Seri Anwar Ibrahim of a charge of sodomising his former male aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Judge Mohd Zabidin Mohd Diah ruled that the prosecution had not done enough to prove Anwar had committed sodomy against Saiful.

“The court does not exclude the possibility the (DNA) samples were compromised.

“Therefore the accused is acquitted,” he ruled to shouts of joy from Anwar’s supporters and family.

Anwar, 64, had been similarly indicted of sodomy over a decade ago and was found guilty. He spent six years in jail before being exonerated.

The High Court’s decision this time, ahead of the 13th general election, will likely give a boost to Anwar’s Pakatan Rakyat (PR) pact’s plans to take over Putrajaya.
-themalaysianinsider



Anwar bebas, mahkamah ragu kesahihan bukti

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan.

Hakim Mohd Diah Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel telah dikompromikan.

Beliau hanya membaca dua minit sahaja keputusan itu.

Pengumuman ini disambut dengan penuh linangan air mata kegembiraan oleh para penyokongnya.

Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Anwar dipeluk oleh anaknya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema. -Harakahdaily


9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.

9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.

8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.

8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.

Jumlah mereka tidak lebih 50 orang.

8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.

Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.

8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.

8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.

7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.

Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.

7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

Jumlah kenderaan polis itu termasuk;

21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.















tamat kemaskini

27 ulasan:

Amuraria berkata...

HAKIM PAO TEGAKKAN EADILAN KAHKAHKAH ! HAKIM NI JANGAN KENA PAU DENGAN UMNGOK DAAH ! ALLAHU AKHBAR !

Tanpa Nama berkata...

bebas & lepas...patutla sayfool x datang mahkamah pagi ini.

Tanpa Nama berkata...

Jika benar berita yang baru sahaja saya baca......hanya ALHAMDULLILAH YANG SAYA DAPAT UCAPKAN dan untuk rakyat malaysia ..kini tiba masanya untuk kita teruskan perjuangan untuk membawa perubahan
Takbirrr!!!! tiga kali sedardiri@gmail.com

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

bersyukur sgt2.jatuh air mata ni..alhamdulilah..sesungguhnya janji ALLAH itu pasti bagi hamba2-Nya yg terainya..ALLAH MAHA BESAR!

hussin berkata...

alhamdulillah. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!

Art Pokon berkata...

Syukur Alhamdulillah ... tidak pernah aku menangis kegembiraan hingga diusia sebegini ... Allah maha besar ...

Hamba Malam berkata...

Alhamdulillah...... Tiada lagi perebutan PM.. Ayuh rakan2 semua.. masanya kian hampir.. Kukuhkan saf utk persiapan PRU13. LAWAN TETAP LAWAN

Tanpa Nama berkata...

Jika benar.... ALLAH HU AKBAR. menitis juga air mata ini

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!! 3x kepada mereka-mereka yang:
1. pernah terdetik dalam hati Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pernah Meliwat SaiFooooool
2. Pernah Menuduh DSAI meliwat orang
3. pernah berkata kepada orang lain bahawa DSAI peliwat DLL

Hukuman Qazaf boleh dijatuhkan kepada anda. Bertaubatlah sementara masih ada nafas pemberian Allah.

DSAI Please heret Saifoooooool ke Mahkamah Syariah
sedardiri@gmail.com.my

anti zul-noording alghuyub berkata...

Diharapkan PR jgn gembira sgt, Umno akan mainkan dlm media mereka bahawa Hakim di malaysia ni telus tanpa gangguan dr kerajaan , so point mereka utk dptkan kembali sokongan rakyat... Pemimpin pakatan lepas ni kena kerap jumpa rakyat ,jgn leka walau sesaat...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan, & terusskan serta tingkatkan kepatuhan & penyerahan yg jitu pada Allah. Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Keputusan Anwar bebas ini adalah bukti konspirasi Umporno sama seperti kes liwat fitnah pada tahun 1998.
Pecacai melayu Umporno tetap tidak boleh menerima kenyataan kerana dibodohkan oleh pemimpin United Malay No Otak.

Mereka akan tukar "tune" dengan menuduh hakim takut desakan demo dihadapan mahkamah.

Sekiranya keputusan hakim membebaskan Anwar berdasarkan fakta dan etika seorang hakim. Tak lama lagi kita akan dengar hakim ini akan berhadapan dengan mehnah dan tribulasi Umporno yang akan mengsengsarakannya meskipun beliau akan bersara tidak berapa lama lagi. Rujuk saja apa yang berlaku kepada Salleh Abas..

Tanpa Nama berkata...

Mana Zul Nordin, kau sembunyi di mana?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...Fokus ke Putrajaya...Bersihkan semua krisis dalaman, bersatu lah sesama pakatan rakyat...PAS+PKR+DAP = Malaysia...bela nasib rakyat! Allahuakbar

sakariyaakop berkata...

Syukur Alhamdulillah..

Amuraria berkata...

MAMAK MADEY PANDI KUTTY & GENG MESTI MAKAN HATI & JANTUNG ! WASPADA KONSPIRASI SETERUSNYA DARI SEKUTU APCO YANG TAK AKAN DIAM SELAGI PEJUANG KEBENARAN,KETELUSAN ANTI REGIM RASUAH ADA !

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!! 3x kepada mereka-mereka yang:
1. pernah terdetik dalam hati Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pernah Meliwat SaiFooooool
2. Pernah Menuduh DSAI meliwat orang
3. pernah berkata kepada orang lain bahawa DSAI peliwat DLL

Hukuman Qazaf boleh dijatuhkan kepada anda. Bertaubatlah sementara masih ada nafas pemberian Allah.

DSAI Please heret Saifoooooool ke Mahkamah Syariah
sedardiri@gmail.com.my

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan kpd keterangan-keterangan saksi, barang kes dan Anwar tak diberi peluang/hak sebagai Orang Yang Dituduh untuk mendapatkan dokumen (untuk semakan dan persiapan hujahan bagi soal balas), maka keputusannya TIADA KES, sepatutnya.

Hakim telah membuat keputusan yang betul berdasarkan nas dan bukti sebagaimana kes lain.

Ngah Phg asal Melaka berkata...

Alhamdulillah..selepas keringkan airmata, kita kena bangun dan buatkan kerja kuat menjumpa org ramai dan menerangkan dan memujuk mereka supaya bersama PR..
umno banyak lg alat2 kotor dan halus mereka utk menterbalikkan perjalanan org ramai yg menghala kpd PR , jgn lupa BRIM akan diberikan xlama lg dan ntah mcm2 lg akan dikuarkan umno tu...PR dan penyokong jgn leka...pengundi muda/siswa-siswi/pekerja2 nampak jelas kpd PR..ada lg peneroka2/org asli/org2 dikampung kita perlu dijumpa dia org tu..

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya adakah Pendakwaraya akan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Kalau jawabannya positif maka Anwar belum selamat....

iam.khufu

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni puak umngok mesti baca skrip lama yg dah basi, antaranya :-

Lihatlah dunia sistem kami bebas dan adil

Hakim tidak memihak mana2 individu

"Rakyat Hakim Negara".

Tanpa Nama berkata...

BN yakin menang besar. Kita tengoklah dalam PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu apa komen Tun Mahathir!!

jelutung a.k berkata...

kalaulah ini berlaku pada pemimpin BN dlm kes altantuya, adakah seramai ini manusia akan berkumpul dimahkamah, adakah sekuat ini solidariti yang ditunjukan oleh rakyat, adakah sekental ini semangat yang di luahkan oleh rakyat. kalau dia mahu ini, berubah lah, taubat lah, jgn jadikan rakyat musuh no satu kamu. Tahniah DSAI.

ahmadkojak berkata...

mohon share sahabat
allahuakbar!

Tanpa Nama berkata...

alhamdullillah....kebenaran akhirnya terbukti juga..kepada PR..teruskan perjuangan menegakan keadilan di msia ini...

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah kita diperbodohkan selama ini.

Kita rakyat sebenarnya adalah tuan kepada negara ini, pemimpin yg di atas tu skrg ni,kita yg bagi upah pada mereka supaya menjalankan amanah utk mentadbir negara ini dengan baik, tp nampaknya banyak menyeleweng...

So, pada PRU akan dtg rakyat sbg tuan negara akan mengupah org lain pulak nampak gayanya...

Itulah baru benar2 demokrasi namanya...