Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.
Gambar: Wajah rakaman pemuda yang cuba menumbuk Adam Adli
Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.
Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.
Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.
Gambar: Wajah rakaman pemuda yang cuba menumbuk Adam Adli
Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.
Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.
Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.
Apakah Bukit Aman tidak lagi aman?
Walaupun kejadian berlaku di depan Ibu Pejabat Polis diraja Malaysia Bukit Aman, namun tiada langsung tindakkan susulan dari pihak polis. Beberapa pegawai polis yang berada di tempat kejadian hanya berdiam diri seolah-olah sipulan yang menyerang mahasiswa itu adalah salah seorang dari mereka.
Sudah lupakah ikrar pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan awam? Dalam klip video di atas kita dapat lihat Chegubard beberapa kali meminta pihak polis mengambil tindakkan tetapi tidak diendahkan. Demi keselamatan, sepatutnya pihak berkuasa menahan sipolan yang menyondol tak tentu pasal itu supaya tiada ruang untuk kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kita masih ingat sebelum perhimpunan Bersih sampai ke tarikhnya, ramai orang awam yang ditahan hanya kerana mengenakan baju kuning bertulis Bersih. Namun hari ini ketika ada asakkan fizikal dari seseorang yang jelas bertindak di atas faktor Umno, tiada pula tanda-tanda sipolan itu ditahan malah dibiarkan bersahaja. Apakah tiada akta untuk menahan seseorang yang menyerang individu lain? Berhimpun secara aman adalah lebih bersalah daripada menyerang seseorang di Bukit Aman.
Ini satu provokasi terancang! Namun malang bagi pihak yang merancang, provokasi yang dijual itu tidak dibeli oleh komrad SAMM mahupun gerup mahasiswa yang berada di situ. Percayalah jika sipolan yang menyerang itu dibalas dengan serangan fizikal dari pihak SAMM atau mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan membuat tangkapan. Mereka bersedia untuk menangkap 'Asalkan Bukan Umno'!
Akhirnya media milik mereka memuntahkan berita yang bertajuk "Mahasiswa ganas ditangkap" atau "Bukit Aman dicemari anasir berniat jahat". Ini strategi lapuk yang mudah dibaca. Kami bukan mahu keganasan, tapi kami mahu yang ganas-ganas ini ditangkap, disumbat ke lokap dan disiasat di bawah akta yang diperuntukkan. Ini termasuklah juga tindakkan terhadap 'panglima' yang secara terbuka membuat ancaman terhadap Adam Adli.
Justeru, tindakan bijak untuk hanya mempertahankan diri dan tidak mempedulikan sipolan yang menyondol itu adalah yang terbaik ketika pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan acap kali diragui polisinya dalam menjalankan tugas. Sesungguhnya pendekatan 'gengsterism' dan ugutan adalah kelangsungan politik pihak terdesak untuk terus berkuasa terutamanya bagi menyekat anak muda dan mahasiswa daripada berada di landasan tepat untuk menjana perubahan total!
Di kesempatan ini juga, Edyes mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahasiswa yang bergerak di atas gerakan BEBAS, yang berani bertanggungjawab di atas tindakkan simbolik menurunkan gambar Najib. Walaupun ditekan oleh pelbagai pihak kaki bodek Umno supaya memohon maaf, mahasiswa tetap dengan pendiriannya untuk tidak tunduk kepada si pembodek ini. Menurunkan gambar Najib adalah menifestasi mahasiswa yang harus disambut oleh semua mahasiswa matang yang inginkan hak kebebasan untuk menjadi tunjang berkualiti. Keberanian ini wajar dipuji.
Kepada mereka yang berniat untuk menyerang Adam Adli atau mana-mana mahasiswa yang seangkatan dengannya, lupakanlah hasrat itu kerana ia tidak mungkin melumpuhkan semangat kebangkitan mahasiswa. Hari ini gambar Najib diturunkan oleh mahasiswa, tidak mustahil suatu masa nanti jika mahasiswa terus ditekan, dikurung dan dihimpit, maka mahasiswa sendiri menjadi pencetus jatuhnya regim Najib.
Pemansuhan AUKU, Akta 555 dan 174 , mengembalikan autonomi mahasiswa dan kampus serta kebebasan akademik, ini semua adalah perlawanan hak mahasiswa! Siapa lagi yang akan menjadi teras solidariti ini jika bukan mahasiswa ! Ayuh mahasiswa, terus bangkit dan LAWAN !! - edyesdotcom
22 ulasan:
Uuuh3 taiko tuuuuu.....maafkan je lah..kan kita sesama islam...watpe nak gadoh2...biasa lah dah jd asam garam....kutuk ngutuk caci2 tu..apa yg penting pstive kan minda kita..demi membena maruah melayu...bukan sampai nak bunuh2....kalau agak2 ramai yg xmau sokong maka rebah lah kita..kalau berjuta yg sokong tegak lah kita....muhasabah diri jerrrrrrr
Kalau nak tau di samseng Melayu cuba sabotaj hak BN atau UMNO sehinggakan yg berkuasa pun tak bolih buat apa.
BAngsat ni berani sama budak pelajar jer....tuuu CHua SIalek hina ISlam ...mana pegi bangsat UMNO ...diam macam babi tidur dalam jerumu...langsung tak bersuara.
btol tu..sy setuju..kene la beradab kalo nk membntah pun..bkn xda cara yg baik kalo nk bersuara..tapi cara tu mmg la buat org marah klo turunkn bndera tmpat tu..kita nk masuk umh org pun kene beradab jgk kn..cuber anda fikir,klo kita msuk rumah org,kita pecahkan pasu rumah dia..adakah tuan rumah tu akan tersenyum jer..atau sebaliknyer..cuber anda fikirkn..
Jgn samseng2.. kerana ADA yg lebih samseng dari kita.
*****
Minta izin tuan, utk iklan :)
Jualan rumah banglo, Semi D, teres dan lain - lain dengan harga yang berpatutan.
Lokasi: Alor Lintang Besut, Kg Padang Luas, Kuala Besut, Kg Raja, Jabi, Jerteh, Setiu, Machang & Pasir.
Kami sedia untuk membeli, menjual atau memajukan mana - mana lokasi tanah khususnya yang berpotensi untuk dibangunkan.
Ombak Murni Holding Sdn. Bhd (OMHSB)
En. Azmi bin Abdullah (Pegawai Pemasaran)
Tel: 019 920 5254
setidak-tidaknya, artikel ini dapatlah memberi peluang Adam Adli untuk bernafas. Sebagai mahasiswa di upsi sendiri, saya dapat melihat rentetan peristiwa ini. Barisan MPP tegas-tegasan mengutuk perlakuan Adam Adli sehingga pada Isnin semalam, khabarnya sidang media untuk menjernihkan nama UPSI kembali direncana. walaubagaimanapun, dari apa yg saya dgr, perjumpaan itu disertai oleh 5 org mahasiswa sahaja. sedangkan yang lain tidak menghiraukan, malah lebih gemar untuk menunggu bas. apa-apa pun, bagi saya kedua-dua belah pihak ada khilafnya. perjuangan Adam Adli adalah afdal dan wajar, cuma tindakan yang diambil kurang bijak. :) sekadar komentar
Adli...kami bersama2 kamu...
Satu perkataan sja untuk orang nie yg nak tumbuk Adam....BODOH
Muka mamat tu mcm sebijik mcm muka tukang kebun kat sekolah anak aku.
Yang ko marah kat adam apsal..? Kalo si adam pi gantung gambar dia kat sebelah gambar pemimpin yang dipersoalkan oleh rakyat tu adakah ko akan turunkan jugak gambar hensem si adam tuh...?
Apa ke lebihnya si najib dengan si adam...?
Undi rakyat yang terlebong oleh tipu muslihat UMNO/BN pada PRU-12 hari tuh je yang letak si najib kat situ.
Jika hal gambar dia pun tak boleh usik maka istiharkalah segera PRU-13. Kami nunggu je nak ngundi Pakatan Rakyat nih. Dah macam tak sabo nak ber-kerajaan baru...
Salute pada yg berani...
tahniah Adam...
harap orang paham bentuk simbolik ciptaan anda...cool
mamat tu mungkin s.b kot.?
Memang banganglah mamat yang nak tumbuk adam tu...macam bagus je...muka macam beruk sarkas...kahkahkah
Mamat yang tunjuk garang tu boleh dikatakan orang upahan. Sama ada jantan celaka itu adalah polis, bekas banduan, penjaga bar, pengurus pelacur tidak penting tapi kita tengok cara dia bercakap tujuan utamanya untuk menakutkan mahasiswa tersebut.
Kenapa membuat tuduhan mahasiswa terbabit sebagai kurang ajar ? Orang lain faham tujuan mahasiswa itu lakukan tunjuk perasaan kenapa dia tidak faham?
Apa kah hanya mahasiswa itu saja yang kurang ajar perlu diajar kerana dia menurunkan gambar Mohd. Najib.... orang lain tidak kurang ajar lebih-lebih lagi yang letakkan kepala babi dalam masjid ?
Apakah Mohd. Najib tidak kurang ajar pada mahasiswa dan rakyat Malaysia ?
Sampaikan salam aku padanya..... kerana aku menyokong mahasiswa...!
koh koh koh....adam kwang aja?ngko tu yg biadap.nape tak g cri chua soi lek?mungkin pd ngko soi lek tu maha mulia sbb hina islam.btol x?
Yang mamat ni sebok dengan urusan orang lain apa hal.
Dia dah buat ancaman terhadap keselamatan orang lain. Ingat: Mengancam orang satu jenayah.
Sepatutnya pelajar tersebut buat repot polis teradap mamat ni. Bukti video dah ada.
kpd ruslan mukhtar rakyat perihatin AKU CABAR KAU pergi TUMBUKKK HABIS POWER MUKA-MUKA PEMIMPIN YANG RASUAH MENYELEWENG HARTA RAKYAT MELULUSKAN LESEN-LESEN MAKSIAT MENAFIKAN ROYALTI DAN BERSEKONGKOL YANG MENGHINA ISLAM.
RUJUK PELAKON/PENAJA/PENERBIT SEMBANG RAKYAT DAN LEBIH HEBAT KASI PECAH MUKA CHUA SOI LEK..BARU KAMI RESPECT PADA KAU.JANGAN INGAT PENUMBUK/LUDAH KAU AJE.
Mamat ni wajar dianugerahkan pingat PTBN - Penjaga Tiang Bendera Najib.
hebat betoi mamat ni, leh pinjam untuk banteras mat rempit kat jalan raya. hidup mamat niiiiiiiiii...
hahaha..lawak giler..x rse mcm bodo ke g tumbuk org yg xde salahnya.laen la klu adli nie hina n kutuk agama dy..mcm2.:D
ni ke samseng umno???..mata terkelip kelip mcm katak puru kena cabai je..hahaha..bodo tul mamat ni..
adam adli ni pn satu, yg hang nk cari pasal watpe..kan da susahkn diri sendiri..len kli pikir la dulu ni x maen hentam keromo..awak tu bukannye xde akal, mahasiswa kan.
Catat Ulasan