20 Dis 2011

Ibu Rayu Ariff Alfian GAY... Pulang

JKamariah Hashim, ibu kepada pelajar berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah berkahwin dengan pasangan gay di Britain baru-baru ini, merayu anaknya supaya kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia.

Ariff Alfian Rosli berangkat ke Ireland pada tahun 2003 untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University College Dublin di bawah program penajaan Petronas. Dia dilaporkan hilang selepas menghentikan semua hubungan dengan keluarganya di Malaysia tiga tahun lalu dan dikatakan telah gagal untuk menamatkan pengajiannya.

Pengerusi Persatuan Biro Pengaduan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, ibu lelaki itu telah menulis surat kepada anaknya, meminta beliau bukan sahaja untuk kembali tetapi juga menyelesaikan pinjaman pendidikan sebanyak RM890, 000.

"Saya akan menyampaikan surat itu kepada lelaki itu apabila saya pergi ke Britain pada 23 Disember ini kerana keluarganya sangat rindukan anak mereka. Keluarga Ariff masih lagi terkejut dengan berita perkahwinan anak mereka dengan pasangan gay dan masih tidak dapat menerimanya," katanya kepada akhbar The Star semalam.

Datuk Muhd Khairun menyatakan bahawa beliau akan meminta Ariff untuk bertanggungjawab di atas hutang pinjaman pendidikannya dan membebaskan keluarga mereka daripada memikul hutang.

"Adalah tidak adil bagi keluarganya untuk membayar balik pinjaman itu sedangkan Ariff masih wujud," katanya, sambil menambah bahawa keluarga Ariff datang ke biro itu Jumaat lepas.

Pihak keluarga Ariff telah cuba untuk mencari lelaki itu lapan kali dalam dua tahun tetapi gagal menemui jejak Ariff. Rosli Haron, iaitu bapa Ariff pernah membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada pihak polis, Wisma Putra, kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara.

Menurut laporan, Ariff dikatakan telah melangsungkan perkahwinan di luar negara dengan pasangan gay dengan berpakaian baju melayu tradisional, sampin dan bertanjak.

Gambar-gambar perkahwinan mereka juga menggemparkan pengguna internet apabila telah dimuat naik di blog dan laman rangkaian sosial.

Ariff Ketika Melangsungkan Perkahwinan Bersama Pasangan Gay Berpakaian Tradisional, Baju Melayu


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semga dapat hidayah dan keampunan ALLAH pd kita semua dn pintu taubat terbuka hinngga hujung nyawa.inilah adalah PERINGATAN DAN JANJI ALLAH kpd hambanya sebagai BALASAN kerosakan dan kemungkaran yg dibuat tangan-tangan mereka sendiri.antaranya rasuah,maksiat judi,arak,zina dn sebagainya.beditu jg kezaliman para PEMIMPIN dan yg BERSUBAHAT dgnnya spt
mengambil hak orang lain menganiaya spt NERAMPAS ROYALTI MINYAK PETRONAS ......

Tanpa Nama berkata...

Aku seorang ibu faham benar perasaannya. Tak de yg nak anak begitu.
Sama2 kita tolong mereka dengan doa kita yang tulus ikhlas, dalam pada tu pendakwah kena pergi kat anak tu, pimpin tangannya ajak balik ke jalan Allah, buat sama2.

GB, harap2 antar wakil kepada keluarga esp ibu budak tu & ajak untuk tingkatkan mohon pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kpd ibu bapa yg malang ini. Semoga anaknya cepat-cepat sedar dan insaf.

Tanpa Nama berkata...

Budak Melayu??? Islam ke?? Jika Melayu...Perkasa....si Katak kena pergi untuk membetulkan keadaan....jgn asyik nak tidur jer dlm sidang Parlimen.

Tanpa Nama berkata...

gila otak bijak tapi islam nya kabur eloklah masuk kubur....

Tanpa Nama berkata...

abes la ko arif kena tala nnt..bodo tol..