20 Dis 2011

Dana Lembu NFC Diguna Beli Kondo RM10 juta Di Singapura

PKR hari ini mendedahkan satu lagi isu berkaitan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) — kali ini mendakwa sebuah unit kondominium mewah bernilai RM10 juta pula dibeli di Singapura tahun lalu.

Ia pendedahan ketiga membeli hartanah menggunakan dana NFC, projek yang dikatakan bermasalah menurut Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Bulan lalu, PKR mendedahkan unit-unit kondominium dibeli di Bangsar dan sebidang tanah di Putrajaya.

“Memandangkan Umno dan Datuk Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, PKR akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ismail dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, PKR berkata pihaknya boleh mengesahkan ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapore oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Kata mereka, kondominium itu dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

“Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka berbanding dengan pembelian dua kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd,” katanya lagi. -TMI

Ulasan GB

Tepat seperti yang GB suarakan sebelum ini bahawa:
Shahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan'

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita tengok apa pulak yang nak diselak lepasih ni.....hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Seronok sungguh 'berbelanja' guna wang rakyat.

Tanpa Nama berkata...

KLU MCM NI AKU PUN NAK PINJAM 1 BILION...CKP KATA PINJAM NAK BUAT SEKOLAH.....SEBELUM BUAT SEKOLAH BELANJA DUIT TU DULU..KATA ORG MELABUR DULU BRROOOO..HEHEHEH...SAMBIL SELAM MINUM AIR BROOOO....HAHAHAHAHAHA..RUGI KLU XGUNA

Tanpa Nama berkata...

asal meniaga lembu dapat beli kondo2 jutaan ringgit...saudagar sidiq sigaraga punya cousin kaaaaaaaa, ini org?

Tanpa Nama berkata...

engkau orang jeles ke?

Tanpa Nama berkata...

anon 9.21
Tau tak pe ..