11 Dis 2011

'Asal Bukan UMNO' [ABU] Ditubuhkan Untuk Kuburkan UMNO

Ekoran kegagalan Umno memimpin Malaysia selama lebih 50 tahun, satu pergerakan dikenali sebagai Asalkan Bukan Umno (ABU) telah ditubuhkan untuk mengkuburkan Umno dari terus mencengkam Malaysia.

Menurut Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard kempen Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN diadakan serentak diseluruh Semenanjung tepat jam 3.30 petang ini kecuali di Pulau Pinang dan Terengganu yang diadakan pada waktu yang berbeza hari ini.

"ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang Umno/Bn amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak Umno/Bn.

"Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno/Bn dan kroninya hidup mewah sekali,"katanya.

Selain itu katanya pelbagai penyelewengan dan salah laku pemimpin umno seperti amalan rasuah, kronisme, pemborosan serta dasar perkauman tegar parti tersebut perlu dilenyapkan dari terus bertapak di negara ini.

Gerakan ini dipelopori gabungan beberapa NGO yang terdiri dari organisasi massa termasuk Parti Rakyat Malaysia, Parti Sosialis Malaysia serta kumpulan mahasiswa KAMI.

Presiden MCLM, Haris Ibrahim dalam kenyataannya menyebut usaha menyedarkan masyarakat telah giat dijalankan dalam setahun ini bagi menyampaikan berita sebenar kepada rakyat.

"Usaha ABU adalah untuk membawa kebenaran supaya rakyat sedar tentang apa yang telah dilakukan Umno untuk rakyat dan juga kroni-kroni mereka sehingga negara ini hampir bangkrup," ujar Haris tegas.

Sementara itu, satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak pada 15 Disember ini.Satu pengumuman penting yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia bakal dibuat pada hari tersebut. -tvsnews



3 ulasan:

carmen berkata...

bangga betul ngan anak2 muda yg celik politik sepeti ini!

harap2 ramai yg berani seperti depa!

Tanpa Nama berkata...

Mari semua sokong kempen ABU.Buat pelekat kereta dan motosikal - ABU.Tampal dimerata-rata tempat- ABU.

vinniemoore berkata...

kuburkan umno