Manila: Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke atas bangunan sebuah sekolah berhampiran ibu negara Filipina semalam selepas juruterbangnya memohon melakukan pendaratan kecemasan sejurus berlepas.
Gambar: ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan tugas di tempat nahas pesawat ringan terhempas di Manila, semalam. - Foto AFP
“Pesawat malang itu terbakar selepas terhempas”, kata Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe.
Tiada kelas diadakan ketika kejadian tetapi pegawai masih menentukan berapa ramai mangsa di darat yang cedera atau terbunuh.
Barnabe berkata pasukan bomba melaporkan pihaknya menemui mayat rentung maut termasuk juruterbang dan pembantunya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka berada dalam pesawat.
Inspektor Kanan Polis, Dennis Sirilan, berkata api merebak dengan cepat ke rumah setinggan berhampiran sekolah selepas pesawat dua enjin itu terhempas.
Sirilan berkata, beliau melihat pesawat itu berlegar di udara sebelum terjunam ke atas Sekolah Rendah F Serrano, yang rosak teruk akibat kebakaran.
Pasukan bomba lambat tiba di tempat kejadian berikutan keadaan jalan sempit. Kesan kebakaran masih dapat dilihat di kawasan itu selepas api berjaya dikawal tiga jam kemudian.
Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah Filipina, Gwen Pang, berkata seorang bayi dan seorang kanak-kanak antara yang terkorban.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 mangsa dibawa ke hospital, termasuk lima yang mengalami kebakaran teruk.
Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Ramon Gutierrez, berkata pesawat Beechcraft Queen Air yang mempunyai enam hingga lapan tempat duduk itu melakukan panggilan kecemasan sejurus berlepas dari Manila ke Pulau Mindoro. Ia terhempas sebelum sempat pulang ke lapangan terbang. – AP/BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan