11 Dis 2011

Sultan Selangor Dukacita Utusan Politikkan Isu Pemberian Pingat Kepada Hassan Ali

Sultan Selangor dukacita anugerah pingat jadi isu politik

SHAH ALAM, 11 Dis ― Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran sempena hari keputeraan ke-66 baginda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Sultan Selangor meneliti 2,068 permohonan yang diterima tahun ini, dengan keutamaan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya 113 penerima akan dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran, yang terdiri daripada sembilan dari istana, 82 penjawat awam, lima dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor swasta.

“Ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri,” katanya dipetik Bernama Online.

Katanya tidak ada calon daripada pakatan pembangkang atau Barisan Nasional yang akan dianugerah darjah dan bintang kebesaran kecuali satu anugerah kepada anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali dari parti PAS.

“Penganugerahan kepada Hasan disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen PR (Pakatan Rakyat) kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS,” katanya.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan. -TMI

Sultan Selangor dukacita anugerah Hasan

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjelaskan penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali adalah sebagai memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau yang dipertik Bernama berkata, pemberian anugerah itu bukan atas kapasiti Hasan sebagai ahli politik tetapi atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam.

"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan PAS," katanya yang dilapor agensi berita itu.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas, kiri) yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010 mewakili DAP.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.

Sehubungan itu kata Khusrin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda itu.

Permainan Utusan

Penjelasan itu sekaligus menolak telahan kolumnis tetap akhbar Umno Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang membuat andaian anugerah kepada Hasan itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam.

Zaini dalam tulisannya yang disiar di akhbar itu 7 Disember lalu mendakwa Hasan sangat diperlukan untuk memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.

Nama Hassan sering dikaitkan oleh Utusan sebagai orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno. -HD





Ulasan GB

Sultan Selangor tidak sebut "siapa" yang mempolitikkan isu berkenaan.

Yang nyata, titah Sultan Selangor tersebut ditujukan kepada Utusan Malaysia kerana akhbar berkenaanlah yang paling awal mempolitikkan isu pengurniaan pingat tersebut.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menghasut dan melaga orang memang kerja UMNO dan Utusan.

Tanpa Nama berkata...

Prof Aziz Bari boleh disebut namanya, kenapa Utusan tidak disebut namanya, kerana yang jelas mainkan isu politik tiada pihak lain hanya Utusan Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Salam GB dan semua,

Ini hanya satu strategi untuk menolong menaikkan nama HA dan untuk meraih simpati. Kalau benar ia datangnya dari UM aku mahu tabik di atas ketajaman fikiran penulisnya. Sesungguhnya wartawan, penulis, pengarang, atau siapa saja yang telah mempertengahkan ini, beliau memang benar-benar seorang penulis yang hebat dengan pemikiran yang tajam. Hanya seterunya sahaja yang tidak dapat membacanya.

Syabas UM atas kebijaksanaan dan ketajaman pena kamu ~ pun kiranya ia datangnya dari Utusan. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

siapa barua UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Sultan Selangor kena faham,Utusan siapa yang punya.

Tanpa Nama berkata...

Utusan pun milik Sultan juga,