11 Dis 2011

Gamis Minta Video Sembang Rakyat Yang Hina Hudud Disiasat

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mendesak agar siasatan segera dijalankan terhadap penyebaran video Sembang Rakyat di laman sosial facebook dan youtube.

Video tersebut yang berjudul ‘Musim Hudud PAS’ dan ‘Lagi Hudud’ dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

Sehubungan dengan itu, Gamis telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung isu ini, demikian menurut Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau meminta pihak berkuasa terutama polis dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Gamis juga mendesak agar semua krew penerbitan video ini termasuk pengarah dan pelakon yang terlibat memohon maaf secara terbuka terutama kepada seluruh umat Islam kerana penyiaran dan penyebaran video ini menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Apa yang menjadi perhatian Gamis berhubung isu ini adalah pertikaian soal pelaksanaan hukum hudud.

“Bagi peringkat mahasiswa, kami tidak peduli soal pertembungan parti politik dalam video ini, tetapi yang kami rasa tercabar ialah penghinaan terhadap hukum Islam tersebut,” ujar beliau.

Menurut Akram Ikrami, lakonan mereka jelas menunjukkan penyelewengan tentang kefahaman hukum hudud dan yang lebih merisaukan ialah ia akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.”

“Gamis mendesak agar pihak polis menyiasat penerbit, pelakon dan penyebar video ini dan pihak kami juga mendesak Kementerian Penerangan mengambil tindakan serius berhubung isu ini.

Selain itu katanya, Gamis memohon agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku pihak yang berautoriti memberi penjelasan sebenar berkaitan hukum hudud.

Gamis juga menyatakan kesediaan untuk menjadi koordinator bagi menerangkan isu ini serta merancang tindakan susulan untuk membawa isu ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (Sigma), Rohayu Rusli berkata, Gamis dan Sigma menggesa NGO Islam yang serius memperjuangkan isu aqidah untuk turut sama menyatakan pendirian berhubung isu ini. -FMT


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam..malang sekali kefahaman yang cetek dalam menghayati agama Allah menyebabkan kekeliruan bukan sahaja kepada umat islam itu sendiri malah kepada khalayak yang lain. Inilah akibat memisahkan agama dari amalan hidup manusia...semoga pihak-pihak yang terlibat menerbit, mengarah serta melakonkan adegan tersebut dibuka pintu hati mereka kembali kepada ajaran islam yang sebenar.

mujahiddin tulin berkata...

Gamis jangan sekadar "mendesak", kerajaan UMNO/BN tidak akan beri layanan kerana mereka anti-Islam.Lebih parah lagi,Chua Soi Lek,Presiden MCA juga telah menghina Islam,mempersoalkan Hudud.Apa hak Chia Soi Lek mempersoalkan Hudud kerana dia buka seorang Islam.Hukum Hudud adalah berkaitan dengan umat Islam sahaja. Islam sudah dihina dinegara ini.Mana Majlis Raja-Raja? Mana Sultan-Sultan yang konon jadi ketua agama negeri?Mana Pemuda PAS? Adakah sekadar buat tunjuk perasaan menentang konsert-konsert? Terang-terang Chua Soi Lek telah menghina Islam,sama macam dia mempersoalkan Puasa,Solah dan Haji - semua perintah dari Allah SWT.Mana Majlis-Majlis Agama,mana Pusat Islam,mana ulamak-ulamak yang berkuliah tentang Islam hingga berbuah-buih mulut? "Desakan" sahaja tidak memadai,wajar diadakan tunjuk perasaan besar-besaran didepan Wisma MCA,mendesak Chua Soi Lek mohon maaf kepada umat Islam dan berjanji tidak akan menyentuh dan memperkatakan lagi soal Islam.Cara ini baru betul.Dengan cara,dihari muka,yang bukan Islam tidak akan berani lagi celupar mulut dan kurang ajar terhadap Islam.

Tanpa Nama berkata...

bengong

Tanpa Nama berkata...

terlampau nak mengampu sehingga sanggup menghina hukum yg diturunkan oleh Allahswt yg membawa mereka yg terlibat dengan lakunan dan orang yg bersetuju dengan nya terkeluar dari islam (murtad)tampa mereka sedari.

Tanpa Nama berkata...

Mereka buat begitu kerana jahil, dijahilkan oleh UMNOuuuu yg menguasai media secara meluas .. utk dapatkan ilmu quran & hadis/sunnah, mereka tak attend sepenuhnya ke majlis2 ilmu yg betul2 ... klu ade pung yg ajar bab nikah kawin & solat (tu pun masih x faham2, sbb majlis nikah kawin dicampou aduk dgn muzik bingit & adat2 mengarut),

so, kita doakan depa.. dalam pada tu ajak mereka mereka memahami Islam sebenarnya, & dalam pada tu juga kita serahkan urusan mereka2 yang degil ni kepada Allah .

Kita yang faham agama ni InsyaAllah, tingkatkan ketaqwaan thd Allah .. (misal paling mudah, berhenti merokok ye esp di khalayak ramai.)

Tanpa Nama berkata...

KEPADA MEREKA2 YG TERLIBAT MENERBIT , MENGARAH & PELAKON .... BILA MATI BESUK , SELAGI TAK TOBAT ... TAK PAYAH DIKAPANKAN , TAK PAYAH DISEMBAHYANGKAN ....

1 Malaysia berkata...

Kasihan melihat Melayu yang tidak percaya akan keadilan HUKUM ALLAH SWT. Jelas dan amat jelas. Mana pergi Majlis2 Agama? Tak teringinkah memanggil pelaok-pelakon yang sedia ada bertaubat, bukan taubat biasa tapi taubat nasuha.
Kalau lihat pada pelakonnya saja pun dah jelas terpampang kemunafikan mereka.
Siti ~ gadis melayu yang tidak memakai tudung malahan berwarna rambutnya.
Singh ~ tak ada sifat singh pun tapi sebiji macam Melayu.
"Terkejut Beruk" ~ kopiah tak pakai tapi pakai topi ala yahudi.
"Haji" ~ Haji tak mabrur bercakap pasal keadilan hukum Hudud yang jelas tersasar. Kenapakah dia tak sebut bahawa Allah swt tidak membenarkan orang bukan Islam ke syurgaNya? Jadi Allah swt tidak adilkah? Awat dia boleh masuk "syurga" dengan hujah sedemikian.
Kalau dah tak ada orang yang beriman, seperti cakap "Haji" tu, untuk menjadi saksi, depa tulah orangnya. Yang tak beriman tu depa tapi dok kata orang lain tak beriman.
Depa tu tak mahukan Hukum Hudud, Hukum yang diturunkan Allah swt semata-mata kerana tiada "keadilan" pada orang Islam, depa tu siapa? Depa tu sudah pasti orang KAFIAQ PIANG. Bukan PAS yang menganjurkan ajaran songsang tapi PUAK NI le. Ingat, aku bukan ahli PAS tapi aku orang Islam.

cinta2083 berkata...

kenapelah manusia x berfikir panjang.hukum hudud tu hukum allah.bawk2lah bertaubat.dah tak kenal dosa dan pahala..sggup buat video cmni...

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah tak relevan untuk menjadi pemimpin orang melayu lagi.Mari kita tukar kepada PAS yang di pimpin oleh Ulamak yang berjuang kerana ALLAH bukan kerana duit dan harta dunia.