Siasat Anwar, PKR dakwa BN cuba alih isu lembu
PETALING JAYA, 11 Nov: PKR hari ini mendakwa siasatan terbaru terhadap Ketua Umum Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video seks adalah cubaan kerajaan mengalikan isu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R.Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan sebanarnya sedang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari berbicara tentang isu pembaziran seperti didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN.
"Kita melihat Umno cuba mengalihkan isu yang telah mengaitkan barisan kepimpinan mereka berhubung dengan soal rasuah dan terbaru berkenaan dengan isu lembu dengan dakwaan terbaru polis yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang.
"Ini adalahan satu konpirasi terancang Umno dalam usaha mematikan karier Anwar selain mengalihkan isu terbesar mereka dalam skandal rasuah serta penyelewengan duit rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana hari ini.
Beliau berkata demikian ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.
Ahli parlimen Subang itu berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.
Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi.
Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.
Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.
"Laporan tersebut dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar sebelum ini mengenai penglibatan Datuk K dengan video lucah sebelum ini.
"Untuk makluman, DSP Shanmuga adalah individu yang telah mengambil laporan Anwar sewaktu beliau membuat laporan polis berhubung isu video lucah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebelum ini dan sekarang kita lihat pegawai polis yang sama pula membuat laporan kepada Anwar," katanya. -HD

Video lucah: Anwar diambil keterangan Rabu depan
Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim diarahkan untuk merakamkan keterangan di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan pada jam 3 petang, Rabu akan datang (23 November) di Balai Polis Kepong, berikutan maklumat yang diberikannya berhubung satu video lucah yang dikaitkan terhadap dirinya.
Menurut peguam Anwar, juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, tuduhan di bawah seksyen 128 berbunyi, "Dengan secara sengaja memberi maklumat yang palsu kepada seorang kakitangan kerajaan, dengan niat untuk mengakibatkan kesusahan, kecederaan ataupun gangguan kepada pihak lain." Hukuman penjara enam bulan atau denda RM2000 akan dikenakan jikalau tertuduh disabit bersalah.
Sivarasa Rasiah menjelaskan bahawa "memberi maklumat palsu dengan pengetahuan bahawa maklumat itu palsu" adalah elemen yang penting dalam seksyen tersebut, dan perlu dibuktikan seandainya pertuduhan dibuat. Wartawan membangkitkan apakah andaian di sebalik penyiasatan polis ini adalah "Anwar ialah pelaku video seks tersebut", Sivarasa berkata, sememangnya ia memberi gambaran sebegitu, tetapi beliau enggan membuat pengesahan kerana perlu menunggu hingga Rabu untuk maklumat yang lebih terperinci dari pihak polis.
Ahli parlimen Subang ini menambah, pegawai penyiasat kes ini, iaitu ASP Teh Boon Ang memberitahu bahawa polis memulakan siasatan ini berikutan satu aduan polis yang dibuat oleh DSP Shanmuga Moorthy. Menurut Sivarasa, DSP Shanmuga Moorthy bertanggungjawab untuk kes ini ketika Anwar membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Bagaimanapun, punca mengapa kes ini dialihkan dari IPD Dang Wangi ke Balai Polis Kepong kekal menjadi misteri, kata Sivarasa.
Turut hadir dalam sidang media pagi ini termasuklah Naib Presiden Tian Chua, N.Surendran, ahli Majlis Pimpinan Pusat Syed Husin Ali, Khalid Jaafar, Tan Yee Kiew, Pengarah Strategi Rafizi Ramli, dan Naib Ketua AMK Azmizam Huri. Malah, sebelum mengakhiri sidang media, Sivarasa Rasiah menggunakan kata yang keras, "politik dubur" untuk menyifatkan politik kotor yang berlaku pada masa ini.
Surendran: Serangan terhadap demokrasi
Naib Presiden PKR Surendran mengecam bahawa ianya satu penganiayaan politik terhadap Anwar, dan menuntut agar segala penyiasatan kes ini dihentikan serta-merta. "Apa yang kita lihat sekarang adalah permulaan satu perbicaraan politik, a new political trial against federal opposition leader Anwar Ibrahim," katanya.
Surendran (gambar kiri) menambah, "Kami tidak meragu-ragu dalam menyatakan bahawa UMNO-Barisan Nasional adalah bertanggungjawab untuk tindakan jahat yang terbaru ini." Beliau menjelaskan, Ketua Pembangkang Parlimen diiktiraf kedudukannya, dan ditugaskan rakyat untuk meneliti dan menyoal kerajaan. Justeru itu, ianya bukan sahaja serangan terhadap Anwar secara peribadi, malah juga serangan terhadap demokrasi.
Beliau menuntut kepada tiga pihak, iaitu kerajaan UMNO-BN, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara agar penyiasatan terhadap kes ini dihentikan serta-merta, memandangkan institusi polis dan peguam negara telah terbukti berat sebelah ketika mengendalikan kes terhadap pembangkang. Lebih-lebih lagi, Peguam Negara yang terlibat dalam kes ini, iaitu Gani Patail masih belum membersihkan nama dirinya daripada tuduhan pemalsuan bukti oleh Mat Zain Ibrahim, dalam kes Anwar pada tahun 1998.
Alihkan pandangan dari "lembu duduk dalam Kondo"
Sementara itu, Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata tindakan politik ini jelas bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari penyelewengan dan rasuah yang didedahkan beberapa pimpinan pembangkang baru-baru ini, misalnya "lembu duduk dalam Kondo". Daripada maklumat yang diperolehi Sivarasa, aduan polis ini dibuat pada 8 September, tetapi Anwar hanya dipanggil dua hari yang lalu, untuk dirakam keterangan.
Rafizi (gambar kanan) menambah, pimpinan PKR sudah biasa dengan permainan politik ini, yang berlaku sejak 13 tahun yang lalu. Mereka akan memastikan cubaan ini tidak akan berjaya, dan akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.
Latar belakang kes
Pada pagi 21 Mac 2011, satu video seks telah ditayangkan kepada editor dan wartawan media di Hotel Carcosa Seri Negara oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah. Malah, dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, tuduhan dilemparkan bahawa Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks tersebut.
Anwar Ibrahim, bagaimanapun memanggil sidang media pada petang itu, menafikan tuduhan tersebut. Beliau membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut di Balai Polis Dang Wangi pada 22 Mac 2011. Pada 23 Mac, tiga orang yang menggelar diri mereka sebagai "Datuk-T", iaitu Shazryl, Abdul Rahim Thamby Chik (bekas ketua menteri Melaka) dan Shuib Lazim (bekas bendahari PERKASA) mengaku bertanggungjawab kepada penayangan video tersebut.
Isu ini terus hangat dipermainkan menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada April 2011, sungguhpun isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Ismail menafikan bahawa pelaku dalam video itu suaminya. Terdapat cadangan untuk menayangkan video tersebut dalam parlimen, malah ada yang mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat video tersebut. Lebih-lebih lagi, "Datuk T" mencabar Anwar untuk bersumpah agar membuktikan dirinya tidak bersalah.
Bagaimanapun, Datuk T akhirnya dihadap ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video lucah secara terbuka, dan ketiga-tiga orang didenda RM3,000, RM1,000 dan RM1,500 masing-masing setelah mengaku bersalah pada 24 Jun 2011. Namun, peguam bela Rahim, iaitu Shafie Abdullah cuba merayu dengan alasan bahawa Datuk T telah melakukan sesuatu kebaikan untuk orang awam. Malah, Shafie membacakan laporan analisis pengecaman muka oleh pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, bahawa pelaku dalam video adalah 99.9% sama dengan gambar Anwar. -MR
2 ulasan:
BILA MANUSIA BUAT KERJA-KERJA DAJJAL !
realitinya politik malaysia masih belum matang, rakyat sentiasa diperbodohkan dengan isu-isu yang tak munasabah .. apakan daya ..... ada juga yang percaya... kesian org yang tipu dan yg kena tipu .... semoga mereka cepat2 sedar dengan permainan dunia politik malaysia. Kembalilah kepada ajaran Islam, hanya di situ kebenaran, keadilan dan ketelusan berada.
Catat Ulasan