12 Nov 2011

Awal-awal Maximus Ongkili Sudah Gagal Berlaku Adil

Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

"Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.

Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.

Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah.

Maximus berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali.

Azmin berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar.

Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH.

Selain Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong, Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut memberi keterangan selama lebih dua jam. -mk

Ulasan GB

Such a bloody fool chairperson of PSC! Didn't even show the slightest tinge of fairness and justice in chairing the committee.

The rakyat are now quizzed why this animal was chosen to be the Chairperson of PSC.

2 ulasan:

Amuraria berkata...

ANAK AYAM BETOI ONG GELI NIE !

Tanpa Nama berkata...

Bersekongkol dengan parti lembu melayu tuh lah jadinye... Buat malu orang sabah je. Patutnya orang Sabah bernaung dalam parti sendiri, bukan jadi 'LEMBU TERNAK' umno dalam BN.

Lembu tuh beli kondo RM9.8 juta. Kau orang sabah ditugaskan jadi pekerja am kat kondo tuh.