23 Okt 2011

[Video] Banjir Terus Melanda Thailand Selama Sebulan Lagi

Bangkok: Perdana menteri Thailand semalam memberi amaran bahawa negara itu akan dilanda banjir sekurang-kurangnya sebulan lagi, sambil meminta penduduk terutama di ibu negara, Bangkok bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan paras air lebih tinggi.

Gambar: ANGGOTA polis trafik menunjukkan arah kepada pemandu yang berusaha mengelak dari banjir di wilayah Don Muang di Bangkok, Thailand, semalam.

Pihak berkuasa melancarkan usaha untuk menyalurkan air banjir dari tengah ibu kota itu ke laut menerusi terusan di bandar raya terbabit, yang sudah menyaksikan kenaikan air hingga paras pinggang di beberapa bahagian di utara pinggir Bangkok.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, yang menggunakan satu undang-undang bencana bagi mengawal penuh keadaan kecemasan itu memberitahu penduduk Bangkok supaya mengalihkan barangan mereka ke tempat lebih tinggi sekurang-kurangnya satu meter.

“Bangkok perlu membuka semua pintu penghalang banjir untuk membenarkan pengaliran keluar air,” kata Yingluck. “Jadi ketika hujung minggu yang panjang ini penduduk perlu mengalihkan barangan mereka, kereta dan barangan berharga lain ke tempat sekurang-kurangnya satu meter lebih tinggi.”

“Ada pengaliran air dalam jumlah yang besar dari utara dan kita tidak dapat menghalangnya secara berkesan tetapi boleh memperlahankan pengalirannya kerana penghalang yang ada bersifat sementara,” katanya melalui ucapan mingguan kepada seluruh negara yang disiarkan melalui televisyen.

Gambar: SEBUAH pasar raya meminta maaf kepada pelanggan kerana kehabisan telur.

“Ia adalah satu keadaan yang amat serius kerana menjejaskan nyawa dan harta benda penduduk,” kata Yingluck di mana kerajaan beliau yang berusia dua bulan berusaha untuk menangani bencana kemanusiaan itu.

Hujan lebat selama tiga bulan menyebabkan sekurang-kurangnya 256 orang terbunuh di Thailand dan memusnahkan kediaman serta kehidupan sembilan juta penduduk kebanyakan adalah di utara dan tengah negara itu.

Yingluck berkata kira-kira 113,000 penduduk diarahkan berpindah ke penempatan sementara, sambil menambah ketika beberapa kawasan di negara itu menyaksikan air mulai surut, banjir yang menghala ke ibu negara tidak dapat dihalang.

Secara keseluruhan banjir akan berterusan selama empat hingga enam minggu, katanya.

Di Bangkok yang menempatkan 12 juta penduduk dilaporkan menyimpan bekalan makanan dan air minuman, manakala orang ramai meletakkan beratus-ratus kenderaan mereka di atas jambatan atau jalan lebih tinggi.

Puluhan ribu askar dan polis ditempatkan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan.

Pembangkang menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan darurat bagi memudahkan mengawal penduduk dan melindungi banjir tetapi menolak tindakan itu. – AFP




5 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM...APA JUA YANG BERLAKU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA,NAMUN YANG PASTI
MUNGKIN JUA IANYA SATU AMARAN DARI ALLAH TERHADAP KEKUFURAN MANUSIA.YANG JELASNYA KITA SEMUA TERPALIT DIATAS BALA TERSEBUT DAN KESAN-KESANNYA KITA TERPAKSA TANGGUNG...

Pakar Website berkata...

Bala dari Allah terhadap kerajaan Thai yg menganiaya penduduk selatan Thai..

Tanpa Nama berkata...

Salam GB,

Kwn rasa hal ni pasti ada kaitan banjir besar yg melanda queensland dan NSW, Australia. Banjir dlm skala besar dan masa yg agak lama. Persamaan antara kedua negara ni ialah mereka melantik wanita sebagai PM mereka. Allah memurkai laranganNya dicabuli.
Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Negara yang banyak maksiat lagi kufur.Itulah bala yang datang melanda.Penindasan kepada umat Islam di Selatan Thai juga mengundang bencana yang Allah datangkan dalam sekelip mata.....

Tanpa Nama berkata...

mungkin juga bala melantik adik penjenayah negara sbg PM, tak tau lah... samada benar persepsi ini, geng baju merah yg rata2 low class citizen nak sgt parti yingluck ni, sbb depa terhutang budi dgn keluarga taksin yg membela nasib org bawahan dgn memberi pekerjaan dgn membuka kilang.. tapi dlm masa yg sama taksin merompak harta dan mengkhianati negaranya sendiri. sekarang bila dah banjir besar, sapa agaknya yg paling suffer, rasanya org bawahanlah.
org2 islam selatan thai pun banyak sokong yingluck.

apa2 pun hanya Allah yg maha mengetahui.