23 Okt 2011

Hasan Ali Mahu Berjuang Akidah Tapi Apa Perlu Berbohong?

Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata:

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.


Habis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN?

Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali.

Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah.

Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini.

Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong?

Tulang Besi

Ulasan GB

GB ada satu lagi bukti kukuh menunjukkan Dr.Hassan Ali berdusta.

Ini dia:

Himpunan Sejuta Umat dapat permit polis

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my




HASSAN (dua dari kiri) menerima buku terbaharu berkaitan akidah dari pendakwah bebas, Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz pada seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam di sini pada 22 Oktober ini bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di negara ini telah mendapat permit polis dan disokong kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, segala urusan termasuk permohonan permit bagi perhimpunan itu telah selesai dan pihaknya sedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit itu.

"Perbincangan awal telah dibuat dengan pihak berkuasa tertentu dan nasihat telah diberikan kepada kita berkaitan dengan perhimpunan aman itu.

"Kita akan pegang amanah itu dan setakat ini yang dimaklumkan kepada saya adalah tiada sebarang masalah dengan perhimpunan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia di sini semalam. -kosmo 13/10/2011


Berita di atas MEMBUKTIKAN dengan jelas bahawa Dr. Hassan Ali menguruskan permit polis untuk Himpunan Sejuta Umat yang berlansung semalam. Bagaimana beliau boleh berkata beliau "tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak" seperti dilaporkan oleh TVSelangor?

InsyaAllah GB juga amat yakin dengan apa yang GB tulis selama ini adalah kebenaran. Kerana GB tidak menulis sebelum membaca doa ini:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

dan alhamdulillah, sungguh banyak kebenaran telah TERBUKTI hasil dari tulisan-tulisan GB sebelum ini. Gali di arkib jika tak percaya.

Pendedahan di atas BUKAN fitnah seperti yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar semalam.

Hujjah lawan hujjah! Kemukakan hujjah untuk membantah hujjah kami di atas.
Kita mahu dengar hujjah Hassan Ali sendiri atau dari pihak yang menyokong beliau,
berhujjah mengenai isu, bukan hujjah menyerang peribadi.

p/s Dan seperkara lagi yang menjadi persoalan, himpunan itu untuk memperjuangkan dan mempertahankan aqidah, tetapi mengapa tiada agenda solat Asar berjemaah dimasukkan? Majlis habis kira-kira jam 6.15 ptg. Apakah kesemua berkesempatan untuk sampai ke masjid atau rumah di dalam tempoh 45 minit sebelum masuknya waktu Maghrib? Daripada 5,000 itu berapa ramai agaknya yang tertinggal dan tak solat Asar sedangkan solat Asar itu menurut sesetengah ulamak adalah solat wustha (utama)? Tidak ada alasan darurat yang boleh digunakan untuk peristiwa semalam. Sedangkan waktu perang pun solat masih wajib didirikan (dengan kaedah tertentu), inikan pula di satu majlis demonstrasi yang hadirinnya kelihatan santai dan besahaja..

Apa ke jadahnya pertahankan aqidah jika Solat Asar pun tercicir? Jadikan teguran ini satu peringatan sekalipun mungkin nada GB keras demi mengelakkan kita terjerumus dan menjerumuskan umat ke lembah kebinasaan .


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tolong bagi borang masuk UMNO pada Hassan Ali bro!...

Tanpa Nama berkata...

awat yg PAS selangor nak simpan lagi org mcm ni??

akmal berkata...

pada kawan yang ilmu yang tak seberapa ni...menyokong sesiapa saja yang memperjuangkan agama islam....tak kira la UMNO ke...PAS ke...KEADILAN ke...DAP ke...selagi dia menyokong perjuangan islam...melaksanakan apa yang terkandung dalam a-Quran tu...dia tetap aku sokong...pada aku Hasan Ali punya agenda dia tersendiri...akidah umat islam Malaysia kini aku lihat semakin teruk...bukan Malaysia tapi seluruh dunia...ramai yang nak keluar dari islam...mengapa?...lihat saja la sekeliling kita kat Malaysia ni...yang tak jaga aurat...dadah...sex bebas...masalah sosial...majoriti melayu islam...islam hanya pada keturunan...dalam ic saja...tapi cara hidup islam langsung tiada dalam keluarga...maka aku tak pelik bila ramai yang nak keluar dari islam...alamak!...aku nak salinkan anak aku pakai baju ni...korang pikir2 kan lah...

1 Malaysia berkata...

Salam saudara akmal,
Memang ilmu kita tak berapa. Kita memang sokong insan yang memperjuangkan Islam. Yang jadi masalah ialah yang dok ber"juang" tu, tindakan depa tidak mesra Islam atau cara kasar, depa tu munafikun. Semasa insan dok berjuang menegakkan undang-undang murtad dan Hukum Hudud, puak ni yang dok bangkang. Jadi kita perlu ber"ilmu" dalam menilai tindakan munafikun ni. Jangan jadi lembu yang mudah ditarik hidungnya. Kalaulah Akmal berfikiran sedemikian untuk berjuang, memang layak saudara ... layak digelar lembu sebab pun tak berilmu tinggi. Jangan bermain sentimen yang nampaknya bodohnya dan bangangnya engkau tu. Sokonglah insan yang berjuang atas keikhlasan dan konsisten. Jangan biar diri kita diperkudakan atau diperlembukan. Akal ... beza antar kita dengan lembu.

Tanpa Nama berkata...

janganlah buat perkara yang bakal kamu di benci pak hasan,dulu aku tengok muka pak hasan ni lembut jer, sekarang ni dah nampak kasar apa hal?tak cukup tidur ke? pergilah tidur puas2 tak ada pun orang nak marah,tapi kalau buat dua muka tu bukan saja kami marah malah tuhan yang sama2 kita sembah pun marah.

Tanpa Nama berkata...

saudara akmal..

"akidah umat islam Malaysia kini aku lihat semakin teruk...bukan Malaysia tapi seluruh dunia...ramai yang nak keluar dari islam...mengapa?...lihat saja la sekeliling kita kat Malaysia ni...yang tak jaga aurat...dadah...sex bebas...masalah sosial...majoriti melayu islam...islam hanya pada keturunan...dalam ic saja...tapi cara hidup islam langsung tiada dalam keluarga...maka aku tak pelik bila ramai yang nak keluar dari islam".
apa yang saudara tulis betul..sebb apa? sebab umno tak nak laksanakan hudud banyak dolak dalik..

tanda soal berkata...

ye la.. suka sangat jadi lembu! suka sangat tunjuk bodoh! tapi takut nak belajar..
bukannya apa, senang la nak mengelak dari kena hukum sebab TAK TAU(mcm lembu)!