Telefon bimbit dan suka bergaul menjadi punca pembantu rumah tergoda dan akhirnya dinoda.
Dua perkara ini tidak mudah dikawal majikan kerana ada pembantu rumah licik - pandai kelentong dan menyembunyikan rahsia hubungan cinta yang dijalin dengan lelaki pekerja asing.
Encik Masri Anwar, yang telah menggajikan sekitar 20 pembantu rumah, percaya banyak majikan yang menggajikan pembantu rumah Indonesia menghadapi masalah serupa.
Mengongsi masalah yang pernah dihadapinya, pesara berusia 54 tahun dan ayah tiga anak itu berkata beliau melarang seorang pembantu rumahnya memiliki telefon bimbit agar lebih fokus pada tugas.
'Tapi dia sanggup curi pakai telefon bimbit simpanan kami dari dalam almari tak berkunci dan menggunakan kad prabayar sendiri atau yang diberi oleh kenalan lelaki Bangladeshnya.
'Si amah melakukan perbuatan itu supaya senang berhubungan dan bertukar-tukar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika kami tidur atau tiada di rumah.
'Tapi setelah kesalahannya terbongkar, dia dengan serta-merta minta dihantar balik ke negaranya. Inilah dilema yang kita majikan hadapi. Dah buat tahi kita kena hantar dan tanggung dia balik,' ujar Encik Masri.
Seorang lagi pembantu rumahnya, yang belum berumah tangga, juga memberi beliau banyak masalah berkaitan penggunaan telefon bimbit.
'Kami tak benarkan dia gunakan telefon bimbit tapi dalam diam-diam kekasih Bangla yang baru dikenalinya menghadiahkan sebuah telefon bimbit buruk jenis Nokia 2250.
'Akibat dilamun cinta, pembantu kami sering termenung dan mengelamun serta tak tumpukan perhatian pada tugas harian.
'Siang hari dia sering mengantuk kerana rupa-rupanya dia curi-curi keluar malam selepas kami tidur. Dia juga mencuri salinan kunci pintu untuk keluar waktu malam dan pulang hampir subuh.
'Setelah kami dapat tahu perbuatannya, kami rampas telefon bimbitnya dan telefon kekasihnya untuk ajak bersemuka.
'Kekasihnya takut dan meminta maaf dan terus menghilangkan diri,' kata Encik Masri.
Beliau berpendapat telefon bimbit mendedahkan pembantu rumah kepada gejala bermain cinta dengan lelaki pekerja asing.
Seorang lagi pembantu rumahnya, janda yang pernah bekerja di Dubai, suka tidur siang hari kerana sering bermain SMS dan berbual dengan temannya menerusi telefon bimbit pada waktu malam.
'Rumah kami makin kotor dan barang-barang berselerak. Akibatnya, anak-anak kami sering mengalami cirit-birit kerana dijangkiti Rota Virus.
'Bila kami tiada di rumah, si pembantu jadi mem besar. Kami akhirnya hantar dia balik,' cerita Encik Masri.
Pada beliau, majikan harus melayan pembantu rumah dengan ihsan, tetapi perlu tegas. -BHS

2 ulasan:
Apalah salahnya belanja lebih sedikit untuk menggajikan pekerja tempatan. Anak-anak bangsa kita jugak. Berkonsi rezeki yang Allah permudahkan ke atas kita... Sikap seperti itulah yang menjadikan warga asing itu mencurah datang kat sini. Lu tanggunglah sendiri.
setuju jika pembantu rumah warga tempatan diwujudkan dalam bentuk yang lebih baik atau sebagai kareer / pekerjaan yang berdaftar dengan had gaji minima .
ini akan dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia yang menganggur ..
sekurang-kurangnya pembantu rumah kita warga tempatan yang faham dengan adat resam kaum kita serta menjadi kelebihan jika ada pendidikan akademik ataupun agama ..
dengan kemudahaan yang setaraf dengan pekerjaan lain seperti KWSP / SOCSO , gaji minima , cuti , mampu menarik golongan muda / graduan menceburi bidang ini ..
wang majikan malaysia takkan keluar jauh dari negara malaysia ini ..
Catat Ulasan