23 Okt 2011

Pelajar 14 Tahun Mengandung Akibat Hubungan Dengan Beberapa Lelaki

Padang Serai - Akibat menjalinkan hubungan seks bebas dengan beberapa lelaki menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan tidak bersekolah disahkan mengandung.

Mangsa sebelum ini menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki yang dikenali.

Memandangkan mangsa pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa teman lelakinya, mangsa tidak mengetahui siapa bapa kepada kandungan itu.

Rahsia perlakuan sumbang mangsa terbongkar apabila waris melihat perubahan pada dirinya.

Setelah membuat pemeriksaan doktor, mangsa disahkan mengandung dan mereka membawa mangsa untuk membuat laporan polis.

Oleh kerana mangsa masih di bawah umur, kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes rogol merupakan antara kes yang sering dilaporkan berlaku.

Katanya, masalah perlakuan seks dalam kalangan remaja semakin serius apabila mereka mudah mendapatkan aksi ghairah melalui muat turun telefon.

“Kes rogol yang berlaku hari ini adalah perlakuan seks suka sama suka. Purata kes rogol dilaporkan berlaku setiap minggu
.

“Bagaimanapun memandangkan mangsa terlibat masih di bawah umur, kes ini akan disiasat sebagai kes rogol walaupun mangsa merelakan dirinya disetubuhi kekasih.” katanya.

Ghuzlan turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak selain mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku ini kemungkinan disebabkan ibu bapa yang kurang memantau kelakuan anak.

“Berikan didikan agama dan kasih sayang sempurna terhadap anak-anak,” katanya. -SH

Ulasan GB

"Dengan beberapa lelaki". Berita yang sungguh mengerikan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so.... memadaikah dengan orang Melayu yang mengaku Islam membuat Perhimpunan Sejuta Umat utk mengatasi masalah akidah dan salah laku pelanggaran hukum dan perlakuan sumbang sebegini berterusan atau dihentikan????

Ngah Phg berkata...

masalah2 yg besar ini sepatutnya diberikan tumpuan oleh Umno..Perkasa..Pekida tu..jgn menyibukkan pasal ketuanan melayu kononnya

Tanpa Nama berkata...

sudah sampai masanya hukum hudud wajib dilaksanakan di malaysia....tidak ada alasan lagi...sapa2 yang mengeluarkan kenyataan menghalang perlaksanaan hukum Allah S.W.T adlah munafiq yang duduk dlm neraka yang paling bawah..mandatori.

Tanpa Nama berkata...

betul3,sebab itulah hukum islam mesti ditegakkan di atas mukabumi ini untuk menyelamatkan manusia.siapa yang menjadi kerajaan merekalah yang ada kuasa dan wajib untuk melaksanakannya bukan menentang hukum-hakam yang telah ditentukan Allah tu.