11 Okt 2011

Tak Cukup Pecahkan Kereta, Mat Rempit Kejar & Belasah Pemandu Dalam Ambulan

Samseng belasah dalam ambulans

Gambar: KEADAAN Proton Wira selepas diserang kumpulan remaja.

MELAKA TENGAH: Seorang pemandu kereta cedera selepas diserang sekumpulan penunggang motosikal dipercayai mat rempit ketika berada di dalam ambulans di Hospital Melaka, sejurus dua rakan mereka terbabit dalam kemalangan dengan pemandu itu di Jalan Limbongan di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi dan lebih 20 remaja bermotosikal berusia lingkungan 20an turut berada di lokasi kejadian, namun belum dipastikan jumlah mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu.

Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Chuah Ghee Lye, Ketua Polis negeri Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, kumpulan remaja itu bergerak dalam kumpulan besar penunggang motosikal, manakala mangsa berusia 50 tahun dan menaiki Proton Wira dalam perjalanan dari arah Melaka Raya menuju ke Klebang.

Beliau berkata, sejurus kemalangan yang menyebabkan penunggang berusia 18 tahun dan pemboncengnya itu cedera, kumpulan remaja berkenaan dikatakan bertindak menyerang pemandu serta memecahkan semua cermin kereta.

"Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

"Dipercayai akibat tidak berpuas hati, kumpulan remaja disyaki rakan kepada penunggang motosikal itu mengekori ambulans hingga di hadapan bahagian kecemasan hospital, sebelum bertindak menyerang dan memukul pemandu berkenaan yang masih berada di dalam ambulans.

“Akibat kejadian itu, cermin bahagian belakang sebelah kiri ambulans pecah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Chuah berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian pergaduhan itu.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kemalangan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-2842222 atau cawangan Trafik IPD di 06-2834139 bagi membantu siasatan," katanya. -BH

11 ulasan:

pena marhaen berkata...

Selagi tak laksanakan hukum Islam, selagi itulah jenayah sebegini akan terus menghiasi dada-dada akhbar setiap hari.....

bangLaaa .. berkata...

takper, pak jib suke ....

undang2 islam takleh pakai katanye

....... haktuih !!

Along berkata...

Pena Marhaen,

Memandangkan hanya sebahagian rakyat sahaja yang mengikut hukum Islam, maka berita sebegini tetap akan ada dalam suratkhabar kita setiap hari.

Melainkan setiap rakyat tertakluk kepada undang-undang Islam, saya yakin, baru akan hilang berita yang buruk ini.

Tanpa Nama berkata...

nasib baik negara kebajikan.
dpt la tolong mat rempit tu.

Tanpa Nama berkata...

mat2 rempit sbnar ny samseng taik kucing,brani sbab dia org rmai.cuba cari dia org satu2,tngk.siap pluk lutut dn mnangis lg.sprti prnh berlaku di Ipoh.smpai mati dia org pukul pmandu kreta tu.bla kna jatuh hukuman di mhkamah,msing2 kna 14 tahun pnjara.klau sblum ckup hebat nk pkul org,kna hukuman mnangis bro.

Blogger berkata...

Ambo setuju benar denge pendapat pena marhaen....undang2 dunia ni takleh nok pakai mana....

Tanpa Nama berkata...

malaysia tanah airku,,,,polis lagi suka tgk yang ni....ceramah pembangkang je yg tak bolehh,,,harammm,,nak rempit ramai2 ok,,tak perlu permit,,,teruskannn

Tanpa Nama berkata...

Ini tak ada kena mengena dgn politik umno bn tak payah le nak tangkap apalagi siasat tidak membabitkan politik umno yahudi kira selamatlah kan kan kan mat rempit tak bersalah

Tanpa Nama berkata...

ni mesti geng rempit dah besar kepala pasal Umngok selalu sangat dok angkat diorang.... ali suka sgt la .... elok dihantar semua tu ke somalia @ palestin
zzzzzzz..

Tanpa Nama berkata...

Betul belako tu ...ambo rasa budak law ni, berani kerana make butir KUDA.Tapi ore zame dulu berani dengan hati perut sendiri.

sore sama sore.

Tanpa Nama berkata...

tengokje ceramah mat Sabu kat Segamat ape jadi? mat Rempit dtg buat kacau, unit amal susah2 tahan diorang , polis suruh lepas macam tu aje?? tak tahan reman pun pasai ganggu ketenteraman awam... apa punya polis daa... mana tak si rempit ni makin kurang ajar..