Populariti Najib: Merdeka Center pertahan kajian, bukan ‘pendapat peribadi kami’
KUALA LUMPUR, 3 Sept — Merdeka Center mempertahankan hasil kajian pihaknya mengenai populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan Isnin lalu, sambil menegaskan reaksi ‘dingin’ pemimpin-pemimpin Umno memang sudah dijangkakan.
Hasil kajian terbaru itu menunjukkan populariti Najib terus merosot, antara lain disebabkan isu inflasi dan cara menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.
Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, “kami sememangnya menjangka akan ada pihak yang akan mempertikai penemuan kajian tersebut, oleh yang demikian kami telah meneliti dan menyemak keputusan tersebut beberapa kali sebelum menyiarkannya.”
Kata beliau, pihaknya reaksi sedemikian sebagai satu proses di mana mutu perdebatan awam dapat dipertingkatkan menerusi penyiaran hasil penjejakkan pendapat umum sebagai suatu input berasaskan penemuan dan bukannya pendapat peribadi semata-mata.
Ibrahim diminta mengulas mengenai pendirian sebahagian pemimpin Umno yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak dapat menerima hasil kajian tersebut.
Sebagai contoh, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri diterima majoriti rakyat di negara ini.
Rais berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.
“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya.
Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Ibrahim berkata, bagi menjawab persoalan berhubung ketepatan dan metodologi kajian, ia merupakan kaedah yang sentiasa Merdeka Centeri gunakan - persampelan strata secara rawak — yang memastikan pemilihan responden dilakukan secara rawak agar dapat mengurangkan bias, tetapi dikawal bagi memastikan ia mencerminkan profil pemilih berasaskan daftar pemilih Disember 2010 menurut kaum, negeri, jantina dan kumpulan umur.
“Ketepatan kajian sebenarnya berasaskan sejauh mana sampel mewakili taburan penduduk yang dikaji dan bukannya jumlah responden.
“Oleh itu kami sangat cermat dalam memastikan para responden yang ditemu bual mewakili taburan pengundi setelah mengambil kira batasan kaedah temu bual (telefon),” kata Ibrahim sambil menambah, ia kaedah yang telah “kami gunakan semenjak tahun 2003 lagi dan merupakan pendekatan yang menemui tahap puas hati kepada perdana menteri (Najib) adalah 72 peratus pada bulan Mei 2010.”
Ibrahim juga berkata, pihaknya juga memahami tentang keperluan politik dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat dan hasil kajian ini tidak mencerminkan apa-apa melainkan sentimen rakyat terhadap subjek tersebut sewaktu kajian dilakukan.
“. . . apa yang perlu diambil dari penemuan tersebut adalah merangka kaedah bagaimana keadaan tersebut dapat diubah seperti contoh, meningkatkan tahap puas hati serta mutu perkhidmatan kepada rakyat,” kata Ibrahim lagi.
Malah katanya, secara umum, hasil kajian yang menunjukkan tahap puas hati pada Najib berada pada 59 peratus merupakan kedudukan yang masih positif dan selesa.
“Tetapi adalah agak sukar serta tidak berpatutan untuk memikirkan bahawa tahap puas hati boleh kekal tinggi ketika kadar inflasi, ketidaktentuan ekonomi semasa berserta isu-isu sosiopolitik semasa mengasak pengundi secara berterusan.
“Ini ialah kerana sentimen pengundi sentiasa berubah-ubah terlebih sekali apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar yang diberi liputan meluas oleh media,” katanya.
Ibrahim menjelaskan, jika dilihat pada penemuan Merdeka Center masa lalu, penemuan kajian sememangnya mencerminkan sentimen semasa seperti contoh kajian pada pertengahan 2006, yang telah pun menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina telah beralih pada pembangkan, serta sentimen pengundi sebelum pilihan raya umum 2008. -TMI
Ulasan GB
Biarkan UMNO bersama pemimpinnya tenggelam dengan sindrom penafian.
GB sudah mengulas di SINI. Petikan:

Malah Rais tak segan silu berdusta degan berkata kononnya Jabatan Penerangan Malaysia telah mebuat kajiannya yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak yang mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN secara ikhlas.
Benarkah Jabatan Penerangan ada buat kajian atau ia hanya auta Rais Yatim untuk membodek, mengampu dan menyenangkan hati PM?
Sama juga satu ketika di mana Rais berdusta menyatakan Jabatan Penerangan dah buat kajian peserta BERSIH 2.0 kononnya telah dibayar RM50 seorang untuk menyertai perhimpunan 9 Julai 2011 lalu.
Kajian-kajian yang disebutkan oleh Rais tidak pernah diterbitkan dan Bernama pula menjadi pencacai menghebahkan pendustaan manusia bernama Rais Yatim ini. Selagi UMNO percaya kepada kajian auta Rais Yatim selagi itulah mereka terbuai dengan zon selesa.
DAN percayalah.... sindrom penafian mereka ini jugalah yang bakal percepatkan keruntuhan dan kehancuran rejim UMNO BN di bawah pemerintahan Najib.
3 ulasan:
Populariti bulanan turun naik adalah perkara biasa.
Takkan program Bersih nak dibuat setiap bulan pulak !!
Kes DUMC, keterangan Anwar yang tak boleh disoalbalas dan isu dua bersaudara Mat Sabu dan Mat Indera ...dah pun menutup kelemahan Najib.
Kalau Merdeka Centre buat survey bulan nih,...agak-agak penyokong pakatan boleh ketawa tak..??!!!.
kalau survey buat bulan ini, populariti Najib lebih teruk jatuh merudum.
Rakyat tgh susah harga brg naik masa hari raya, dia lari berraya ke luar negara.
binatang punya PM!
Aku rasa MC tuh dah 'cukup-cukup adjust' dah peratus tuh. Tu pun sekitar 59%.. Pada aku sepatutnya MC letak dapatan sebenar mereka yang aku rasa bawah 39%...
Catat Ulasan