Ucapan raya: PAS pertikai slot istimewa untuk Rosmah
Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.
"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.
"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.
Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.
"Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk kepada begitu banyak tuduhan yang mendakwa Rosmah lebih berkuasa dari Perdana Menteri sendiri.
Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.
Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.
"Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus," sindir Mahfuz (gambar).
Dengan sinis juga beliau menyatakan bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.
Tahap puas hati terhadap Najib merudum sehingga 59 peratus, yang paling rendah sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
Menurut soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap puas hati kepada Najib memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6 peratus kepada 59 peratus - buat kali pertama di bawah paras 60 peratus dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.
Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72 peratus pada Mei 2010, dan selepas itu terus merudum dan merudum.
Berdasarkan kaum, tahap puas hati terhadap Najib di kalangan orang-orang Melayu jatuh ke bawah paras 70 peratus, buat kali pertama sejak Disember 2009.
Tahap puas hati di kalangan kaum Cina pula merudum kepada 38 peratus, 11 peratus lebih rendah berbanding hasil soal selidik tiga bulan yang lalu.
Menurut Merdeka Review, penurunan tahap puas hati dari kalangan Cina mungkin sesuatu yang diduga, namun asakan retorik perkauman terhadap kaum Melayu nampaknya tidak memberi kesan positif untuk Najib - sesuatu yang mungkin di luar jangkaan ramai.
Dari kesemua responden dalam soal selidik itu, 51 peratus daripada mereka tidak terdedah kepada maklumat internet, dan hanya 29 peratus responden mendapat pendidikan tinggi.
Ulasan GB
Telah banyak kritikan terhadap isteri menteir perdana yang bernama Rosmah Mansor ini. Dengan memasukkan dirinya kedalam bakul lalu diangkatnya sendiri sebagai "First Lady Of Malaysia", kemudian menggantikan tempat Najib Razak untuk menyambut orang-orang kenamaan dari luar negara, menggunakan wang rakyat untuk melancong percuma, menggunakan acara rasmi untuk meraikan pertunangan anaknya di Kazashtan, menggunakan platform PERMATA untuk membolehkannya menyapu lebih banyak wang negara, cincin berlian berpuluh juta tanpa cukai dan kini... slot khas untuk pertontonkan dirinya seolah-olah beliaulah PM negara.
Memang dasar muka yang tak tahu malu.
GB pernah membuat ulasan sebelum ini di Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah
Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.
Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.
Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.
Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.
15 ulasan:
pompuan gila dari Tanjung Rambutan agaknye.........menyampah!!!!
bior le...last kopek utk hantu kopek..lepah ni pilihanraya humban demer jauh2
Saya ternampak seimbas lalu ucapan tu, terus termuntah......
pakailah tudung rosmah oi..rambut huduh oi..
Entri Terhangat!! :
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
Identiti SebenarMakcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Dibongkarkan !!
semua puak puak umno semuanya sudah bodoh setelah makan nasi kang kang bik mama..
agak cakap tu baik2 la sikit. aku dari tanjung rambutan ade aku gila ke?
Assalammualaikum GB dan semua,
Saya rasa tidak menjadi kesalahan bagi seorang isteri Perdana Menteri diberikan slot istimewa untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada mereka yang pernah disebutnya sendiri sebagai 'hamba-rakyat' semua. Sepertimana juga peluang yang biasa diberikan kepada artis tempatan malah kepada beberapa Menteri dan orang ramai. Takkan nak tunjuk yang cantik-cantik dan slim sahaja. Dan seperti program TV Astro lainnya biasalah kalau ianya diulang tayang beberapa kali.
Sepertimana iklan barangan yang suaranya akan menjadi lebih kuat, bertujuan untuk menangkap pendengaran penonton yang mereka ketahui akan melarikan pandangan semasa sesuatu iklan diselitkan, bagi ucapan pula, ia memerlukan kekerapan ulang-tayang untuk dapat difahami walaupun diketahui ia meloyakan.
Penonton ada banyak pilihan, tambahan sekarang ini kita menonton TV menggunakan 'remote-control'. Anak kecil juga pintar dengan pantas menukar ke program pilihan kedua. Pihak TV mungkin mahu memonitor secepat mana penonton mengalih sesuatu saluran yang sedang ditonton, terutama kalau bahannya memualkan.
Anak kecil cepat menghafal kata-kata iklan, tapi yang ini mereka tak kisah pun. Wasallam.
dasar keturunan attention seeker..
to haji kampung,,,
kamu kata tidak menjadi kesalahan untuk berucap di kaca TV...ketinggalan bas dan kereta api la kamu ni...yang org persoalkan bukan ucapan atau peluang tapi peruntukan untuk muncul di TV tu dari mana?dia mewakili siapa?kalo nak kata peluang,elok saja makcik pakcik kampung berucap jugakk,,baru fair,mereka juga rakyat mcm RM,,jgn samakan dgn iklan,,syarikat iklan lain,,,mereka membayar,model pastinya slim (takan nak cari mcm rusmah untuk iklan ubat slim)dan dgn itu ada matlamat nak lariskn produk mereka...so atas kapasiti apa RM muncul,, mengalahkan pok jib kita sbg PM,,kelaka la..sbg isteri ja ker???da la diulang tayang banyak kali,,emm naik muak tengok muka RM...bukan tu jerr,,sebelum ni pun RM buat hal juga,,,contohnya mengantikan pok jib menghadiri majlis berbuka posa dgn YDA(yg ni kelaka,,mahuyudiin berjalan di belakang RM,YDA first jalan,,..pokjib masa tu bedah kepala lutut dia,,pahtu mengantikan menteri pelajaran(arah permata diletakan bawah KPM),menteri wanita,menteri luar(pergi Arab) dan banyak menteri dia ganti ke luar negara plak tu,,,tu yang org meluat tgk muka dia,,,,,soo,,tu tak salah ke namanya,,
soo,,jgn jadi banggang....pikir sebalum anda dibangangkan...
Tak tutup aurat (dari situ terang2 langgar perintah Allah), nak kata jahil, dia ada beritau selalu buat kelas tafsir gurunya Dr Fatimah Zahrah..
So what to expect from her?
Hj.Kampong tu adalah sebaik-baik contoh UMNOtotok yang benar-benar tak faham dasar slot TV.Big Mama boleh hantar perutusan jika station TV tu dia punya atau pengurusan station TV tu nak ampu Big Mama.Secara keadaan biasa memang tak boleh,dulu pun tak pernah mana-mana isteri PM buat perutusan Hari Raya.Ini membuktikan station TV tu tak punya dasar yang betul,senang kena gertak,nak ampu Najib dan Big Mama serta munkin dah kena sogok Big Mama.
Si malang maneee.. lah yang menggelar diri Hj. Kampung tuh... Jika anda ahli atau pecacai UMNGOK jangan lah bercakap, membisu lebih afdal sebab ko cakap ikut bab ape pun memang tak kena. Sebab UMNGOK itu sendiri tak tepat dengan Al-Quran dan Hadis. Lebih-lebih UMNGOK itu adalah legasi peninggalan British... Dasar British ialah 'memandulkan' pemikiran dan wawasan bangsa melayu yang ketika itu mendominasi Tahah Melayu ini. Dah lebih 50 tahun UMNGOK mengendalikan negara ini amnya dan bangsa melayu khasnya telah menjadikan melayu umpama kambing dan lembu ternakan mereka sahaja. Lembu dan kambing 'hulur' biskut dia datang dekat lalu leher dan hidung kena tanjul. Kurang bernasib baik ada yang kena 'jadi' korban...
sumpah lawak..baik bg slot nih kat pakcik makcik yg rindu kat anak2 yg tak reti2 nak blek kg dtg melawat..at least lau anak2 dia tengok ade gak rase syahdu...
ini gambar pembaca berita di TV Monggolia kah????
rambut rosmah macam rambut samy vellu
Catat Ulasan