Kemerosotan populariti Datuk Seri Najib Razak yang mengalami kejatuhan baru-baru ini, akan berterusan pada masa depan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Beliau menjangka, Najib akan melakukan sesuatu gimik bagi menaik imejnya dengan mengumum ‘benda-benda baik’ pada pembentangan belanjawan, Oktober depan.
“Dari segi psikologi, aliran graf ini akan terus menurun kerana kegagalan pentadbiran Najib menangani kos sara hidup yang kian meningkat dan sistem daftar pemilih yang kotor,” katanya kepada Keadilan Daily.
Berdasarkan laporan terbaru badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center, tahap kepopularan Najib merosot enam mata kepada 59 peratus.
Mengikut bancian sama, kemerosotan itu ada kaitan dengan kenaikan kos sara hidupapabila pengguna mula merasai kesan kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.
Selain itu, bancian juga mendapati pengendalian kerajaan dalam menangani Himpunan Bersih 2.0 mempengaruhi persepsi umum kerana ia membawa kesan negatif.
Najib juga gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinannya manakala sokongan kaum Melayu merosot dari 73 peratus pada Mei kepada kini cuma 69 peratus.
Mengulas lanjut, Fuziah yakin ia petanda Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kian hampir kerana Najib sukar melengah-lengahkannya kerana popularitinya akan lebih menjunam pada tahun akan datang.
“Mungkin awal November selepas pembentangan belanjawan. Biasanya, media kawalan Umno akan menguar-uar, kononnya ia belanjawan terbaik dan graf naik sekejap,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kenaikan itu bersifat sementara dan percaya Najib akan membubar Parlimen ketika itu.
“Jika Najib tidak bubar, graf itu akan merosot hinggalah tahun depan. Perdana Menteri tidak akan mengadakan PRU selepas Jun kerana GST akan dilaksana,” katanya. -KD
Ulasan GB
Berdasarkan kepada geraf penilaian prestasi & popaliriti Najib di atas, dilihar arah-aliran (trend) dari bulan ke bulan menurun selepas Mei 2010 dimana ketika itu prestasinya berada paling tinggi iaitu 72%.
Kemudian pada Nov 2010, angka itu menurun kepada 69%, menurun lagi pada Mac 2011 kepada 67%, terus merudum kepada 65% pada Mei 2011 dan menjunam ke paras 59% pada Ogos 2011.
Dari sudut analisa teknikal, kejatuhan geraf di bawah garis psikologi 60% menunjukkan ia akan meneruskan arah aliran ke bawah, sekitar 50%-56% untuk tempoh beberapa bulan akan datang.
Dari sudut fundamentalnya pula, kelemahan-kelemahan Najib & Rosmah bakal memberikan impak negatif terhadap prestasinya seperti kes cincicn RM24 juta, penyalahgunaan dana negara untuk lawatan peribadi di Kazashtan, kenaikan harga barang keperluan, kadar jenayah semakin meningkat, keganasan polis, program transformasi yang lebih bersifat kosmetik daripada yang sebenar, penjajahan sistem kehakiman negara, amalan rasuah dan kronisma, dendam kesumatnya kepada Anwar, dolak-dalik untuk reformasi pilihanraya, kenyataan menteri-menteri yang lebih kepada mengampu daripada menyatakan hal yang benar, isu kominis & Mat Sabu yang mendedahkan lebih banyak pekong UMNO, pembaziran dalam pembinaan tugu 1Malaysia di seluruh negara dan bermacam-macam lagi.
Justeru itu adalah benar jangkaan bahawa prestasi dan populariti Najib akan lebih parah selepas ini. Stay tuned!

2 ulasan:
Macam mana tak menjunam sebab dikelilingi ramai 'Penyokong2 Bodek Bangang Membawa Rebah'
Ada menteri...Menteri Bahlol. Cerdik nak membodek jer.
Dapat nasihat KPN...KPN pun Bangang. Beri nasihat menyusahkan UMNO sendiri.
Dengar Jenderal bercakap...Jenderal pun Bangang & Bodek 1st class.
Harap Kelab Putera...Putera pun 10 x Bangang. Pergi Somalia tak pakai baju kalis peluru. Pakai baju bodek 1Malaysia.
Harap Blogger UMNO...Hentam dan tibai KJ pemimpin UMNO terang-terang
Habis macam mana tak merudum...tak mejunam..???????
Harga minyak dunia dah mula menjunam, Populariti Pi Em pun dah lama menjunam, cuma minyak 1M'sia tak tau bila nak menjunam.
Catat Ulasan