2 Ogo 2011

Hebat Dari Binatang, Bapa Rogol Anak Sendiri!

Pemandu lori sawit dituduh rogol anak

IPOH – Seorang pemandu lori sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun antara tahun 2009 hingga 13 Jun lalu.

Bapa kepada lima anak itu mengaku bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Dalam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang berusia 50 tahun itu mempunyai isteri dan lima anak termasuk mangsa didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah tidak bernombor, Kampung Parit, Titi Gantung dekat sini.

Perbuatan tertuduh itu bukan sahaja menyalahi hukum agama, undang-undang dan adat malah boleh menjejaskan masa depan anak gadisnya yang masih bersekolah.

Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam dan tidak lebih 20 tahun serta sebat.

Bagaimanapun, hasrat tertuduh untuk bebas dengan ikat jamin tidak kesampaian apabila pihak pendakwaan membantah sebarang ikat jamin ke atasnya mengambil kira faktor keselamatan mangsa.

Nadiah mempertahankan bantahan jaminan itu dengan alasan mangsa dalam kejadian itu adalah anak perempuan tertuduh sendiri dan mereka tinggal serumah.

Selain itu, mangsa yang masih dirawat di Hospital Manjung akan pulang ke rumah dalam masa terdekat dan akan dijaga oleh ibunya.

Tertuduh yang hadir dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam dalam rayuannya memohon agar dia dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan seterusnya.

Dia yang tidak diwakili peguam dalam sebutan semalam berkata, sebagai ketua keluarga, dia terpaksa menyara isteri dan anak-anak serta merupakan penyumbang ekonomi keluarga yang utama.

Hadir sama menemani tertuduh adalah adik perempuannya namun kelibat ahli keluarganya tidak kelihatan.

Mengambil kira kepentingan awam dan menjamin keselamatan mangsa dalam kes ini, Julie Lack membenarkan bantahan ikat jamin terhadap tertuduh sebelum menetapkan 7 September ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar keputusan laporan perubatan mangsa. -SH

3 ulasan:

sebokmama berkata...

hukuman bagi kes2 buang anak,perkosa anak,bunuh kanak2 teramatlah ringannya di M'sia...memang x patut betul...patut ubah kasi berat....

orang lama berkata...

nie lebih hebat dari syaitan!

Nur islam yg bercahaya indah suatu ketika dahulu di negara ini skg sudah digelapkan oleh rejim pro zionis

undang2 msia skg based pada common law ingeris wajar dihapuskan!

waksab berkata...

Alangkah indahnya jika hukum hudud terlaksana di Malaysia..dlm kajian Negara arab palaing minimun kes begini kerana hukum hudud terlaksana di sana..

waksab.blogspot.com