2 Ogo 2011

Adik Ini Jadi Buta Kerana Kecuaian Hospital, Bisul Dikatakan Gigitan Nyamuk

Buta akibat bisul lambat dirawat

Gombak – Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta.

Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.

Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.

“Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.

“Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah,”
ujarnya.

Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling matanya juga membengkak. -kosmo

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah standard dr di Malaysia, ini bukan kali pertama kes mcm tu terjadi, di Hsptal tentera tuanku mizan, isteri dh nak bersalin pun disuruh balik rumah, bla ke HKL trus masuk wad. mungkin Dr yg ada skarang kurang pengalaman.

Tanpa Nama berkata...

Base on feedback....doktor2 yg balik belajar dr luar negara setengahnya dari U yg entah mana mai, apapun tak tau.Kemungkinan yg pakai $$$ sendiri.byk case beli sijilkan.Ada yg buat housement dah dok 1 tahun lebih in the same dept. x lulus2.Basic pun dia x tau.Tu yg mushkil...bahaya kalau dok yg tak tau apa2 kalau depa absorb msk jadi MO nnti. Mana patient x mati.Kalau mati..dh smpai ajal x pa la...ni mati katak d tngan Doc. tak bertauliah.Kerajaan kena peka tntang masaalah ni.Yg kaya x pa lah dia pi private...yg susah..buta mati d tangan Dok. yg no nothing...