2 Ogo 2011

Konspirasi SPR & JPN. Daftarkan Pendatang Asing Sebagai Pengundi

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum. -mk


PR didaftar sebagai pengundi

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.



Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.
-mk


Ulasan GB

Memang binatang punya kerja. Membuat kerja-kerja penipuan untuk memenangkan rejim BN yang ternyata korup.

Tidak mengapa. Kamu-kamu di dalam SPR dan JPN akan diheret nanti ke muka pengadilan. Jangan harap rakyat akan melepaskan kamu-kamu semua.

p/s Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang perlu pro-aktif di dalam isu sebegini dengan membuat keputusan segera tentang langkah yang perlu diambil sebelum nasi menjadi bubur, sebelum PR dikalahkan dengan penipuan.

Perlu lantik Jawatankuasa adhoc PR khusus dan komprehensif untuk hal ini.

Berdasar bukti-bukti yang sedia ada, SPR dan JPN perlu diheret ke muka pengadilan sesegera munkin.



10 ulasan:

Waris berkata...

Habis JAHANAM negara aku... Eloknya najib bersama sepupu beliau srta rosmah disumbat ke dalam ISA. Walaupun aku menentang ISA tapi malaon 3 ekor ni memang layak diISAkan. Biar dia rasa...

Tanpa Nama berkata...

Di manakah kedudukan PDRM? Adakah mereka bersekongkol dengan pengkhianat negara atau membantu kebenaran? Adakah mereka akan menangkap orang yang tidak sah mengundi atau melindungi bas-bas yang membawa pengundi-pengundi klon?

Tanpa Nama berkata...

Soal warganegara adalah suatu perkara yang amat sensitif.Dulu UMNO menentang Malayan Union salah satu sebabnya adalah isu warganegara.Membukakan pintu seluas-luasnya kepada PATI untuk dijadikan warganegara sekadar untuk mengekalkan kuasa politik dianggap sebagai perbuatan "pengkhianatan".Dikaji dari segi "keselamatan negara"hakikatnya Malaysia sudah "bolos" kerana sekarang sudah berada dalam negara seramai 2 juta PATI yang diterima menjadi penduduk tetap negara.Malaysia sudah tidak perlu diserang dari luar lagi kerana "mereka" sudah berada dalam negara.Generasi akan datang,akan menerima padahnya.

Tanpa Nama berkata...

masa game bola lawan singapore kita heboh sbb diaorg ambik player import. tapi kat m'sia BNgok ambik pengundi import utk menang. nampak sgt nak menggadai negara.
Status Mismah tu tukar jadi warganegara selepas 3pm 2/8/11 sbb bantahan Rang daftar pemilih tutup hari ni. esok dia akan jadi pengundi berdaftar kalau tak hantar bantahan kat SPR

AHA berkata...

Mereka inilah penggadai negara yang sebenar.....ISAkan mereka ni..

Tanpa Nama berkata...

dedah sana dedah sini so apa tindakan yg diambil ?

ini semua kerja hisamudin, madey, najib, dan geng belakang tabir - vincent, ananda, daim etc.

kedaulatan negara telah tercemar. ketua polis negara, peguam negara patut bertanggung jawab.

SPR. JPN cuma mengikut arahan, kena pancung tok dalang.

Ketua pembangkang & MP pakatan patut jumpa Agong ASAP. Bising-bising tak ada guna.

Martoiriat berkata...

Ini adalah satu komplot antara UMNO, SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN. Mereka rela lakukan apa saja untuk kekal berkuasa meskipun kedaulatan negara tergadai. Apakah halatuju negara ini ditentukan oleh kaum-kaum pendatang?

Najib dan UMNO harus dikuburkan.. jahat dan khianat kepada bangsa sendiri

Tanpa Nama berkata...

Honestly aku cakap, kerajaan=biometrik=undi lebih=PRU13 Menang... macam sial kan...

macam ni la, pasal pngundi asing ni, kita bongkarkan smpai kita jumpa orang tu, i mean kita jumpa pemilik IC tu.... lepas tu mmg CHECKMATE...... baik SPR, baik Kera mulut semua terzip...haha

Zuones berkata...

Kini, SPR, Jabatan Pendaftaran Negara sudah menjadi sebahagian rakan umno bn apco.... Segalanya kerana mereka tidak takut mati.. demi mematuhi kepada pemerintah segala araham dipatuhi. Semoga Allah menjauhi Negaraku Malaysia daripada malapetaka yang dasyat. Undi BN anda juga menyokong kejahatan.

Tanpa Nama berkata...

JIKA DAH MACAM TU.....SPR, JPN DAN BN DOK BUAT KHIANAT....SEMUA RAKYAT YANG CELIK IT, SEBARKAN MAKLUMAT....GANDINGAN KITA....BERSAMA-SAMA BERMUNAJAT...AJAK SEMUA BERKUMPUL KAT MANA VENUE BERMOHON AGAR ALLAH TIMPAKAN SESUATU UNTUK MENGISLAHKAN BUMI MALAYSIA DARI SEGALA BENCANA KEPIMPINAN.....YA ALLAH TERIMALAH MUNAJAT KAMI RAKYAT BAWAHAN YANG LEMAH DAN TIADA TERDAYA.