28 Jun 2011

Mengapa Polis Panggil Anwar, Tidak Panggil Pengerusi SUHAKAM? Takut?

Bersih: Polis panggil Anwar beri keterangan esok

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan esok dipercayai berhubung seruan kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfield.

Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi PKR lewat malam ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu diminta hadir jam 5 petang di IPD Dang Wangi.

"Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan",kenyataan itu dipetik.

Dalam perkembangan sama, turut dipanggil untuk disiasat esok adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan anggota Lawyers for Liberty, Latheefa Koya dan Ahli parlimen PKR Subang, R Sivarasa Rasiah.

Petang tadi, polis turut merekod keterangan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipercayai berhubung puisi 'hasutan' di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan juga Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya dalam majlis berkenaan.

Selain A Samad, turut disiasat adalah pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan. -HD


Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

“Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan,” katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0. -TMI


Ulasan GB

Kenapa Anwar Ibrahim dan lain-lain yang dipanggil tetapi tidak Pengerusi Suruhanjaya SUHAKAM yang terang-ternag menyatakan " orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat."

Panggillah SUHAKAM! Ambil kenyataan mereka. Jangan hanya berani mengugut dan tunjuk kuasa kepada rakyat terbanyak tetapi menikus terhadap Suruhanjaya yang dilantik Agong.

Polis perlu bertindak adil. Perlu jalankan amanah tanpa diskriminasi dan pilihkasih. Tanpa perlu mengikut telunjuk UMNO BN. Tetapi apa yang berlaku kini semua terbalik. Polis hanya menjadi pak turut kepada UMNO BN. Kredibiliti dan integriti polis keseluruhannya terjejas lantaran itu.

Tak mengapa. Teruskan. Rakyat juga "ada kuasa" menukar kerajaan nanti sewaktu pilihanraya. Dan salah satu faktor UMNO BN kalah nanti adalah kerana polis yang bertindak berat sebelah dan menyalahgunakan kuasanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana parti-parti komponen lain dalam BN? Nampak UMNO ini macam main solo saje. Adakah MIC dan MCA ini tunggu menjilat kencing UMNO kalau UMNO terkencing akhibat gagal menghalang perarakan Bersih?

MIC dan MCA, kamu ini tak releven lagi kepada rakyat kerana gagal memperjuangkan kehendak rakyat.

maie1958 berkata...

kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai,kalau takut dengan risiko jangan sebut pasal perjuangan.....lawan terus lawan sampai menang...jom ramai2 kita BERSIH kan apa yang KOTOR sekarang.....apa semua ada berani ke?????

Tanpa Nama berkata...

Hanya puak-puak Melayu/EEE dlm UMNO yg cari makan parti UMNO/BN saja yg kuat buat bising dan takutkan Pilihanraya yg Bersil dan Adil.

Mereka tahu dan sedar sekiranya pilihanraya dilaksanakan dengan telus maka mereka pasti kalah dan hilang kuasa.

Jika hilang kuasa bererti akan hilang segala-galanya yang mereka ada, lebih memburukkan lagi kemungkinan mereka akan di bicarakan diatas salahguna kuasa dan penyelewengan hartabenda awam.

Bukanya mudah hendak mwngudapkan selamat tinggal kepada Petronas, Felda/Felcram KWSP, Tabung Haji dan lain-lain harta yg bertimbun-timbun itu.

Tanpa Nama berkata...

Negara malaysia tercinta ini dah jadi macam negara kominis yng tak sokong kerajaan akan ditindas tak ada kebebasan langsung..

Tanpa Nama berkata...

aku setuju ngan anon 8.34am..Kita tggu PRK 13 nnt...utk UMNO..jgn menyesal...hantuk kan kepala anda dahulu..sebelum kepala anda dihantuk kan oleh RAKYAT...

serenity9260 berkata...

ape boleh buat,diorg ade duit nk rasuah.kite ni xde duit,papa kedana lagi hina dina

Ni best bro!!!
Cool Aje : Kereta Tanpa Pemandu Google Kini Sah Digunakan Dan Dijual
Cool Aje : Kapal Mewah Alien Mendarat Di Perairan China (Foto)
Trik Aje : Cara2 Nak Unblock Website,Premium Account Dan Pelbagai Lagi Trik
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!