28 Jun 2011

Bersih Ajak Himpunan Aman, Pemuda UMNO Ajak Bakar Bangunan

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejabat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.

Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya. -mk

Ulasan GB

Masing-masing (termasuk Polis) kini boleh menilai perbezaan di antara perhimpunan BERSIH dengan lain-lain perhimpunan.

BERSIH tidak pernah malah tidak akan mengajak dan menyeru ke arah keadaan yang huru-hara, tetapi Pemuda UMNO telah membuktikan perhimpunan mereka, walau sekecil mana pun mengajak ahlinya bersikap ektrim dan mencetuskan provokasi bagi menimbulkan kekacauan.

Tetapi yang malangnya, polis hanya mencari dan mereka-reka kesalahan di pihak orang yang tidak bersalah sedangkan pihak yang nyata bersalah lansung tidak disentuh apatah lagi dikenakan tindakan.

Peristiwa malam semalam membuktikan sudah siapa sebenarnya yang ingin timbulkan kekecohan, ketegangan dan huru-hara. KEBENARAN itu akan tetap terserlah juga akhirnya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bakar aku tak srtujuju

Tapi demo terpulalnglah nak buat

Apasala takut

Biar UMNO buat demo

PKR pun buat demo

Kalau PR menang nanti, aku nak cadangkan BN pun buat demo untuk tuntut macam2

Kalau korang menang cara tak betul, sama juga nanti korang kena

nak cari beruk berkata...

ha ha.. dulu cakap DEMO2 ni x main... beruk je yg layan..
tapi tuhan maha kaya..lihat la sekarang!

Tanpa Nama berkata...

PERKASA dan UMNO dah buat perhimpunan haram halal?

Tanpa Nama berkata...

Nak bakar bangunan bukan demo aman.Itu sudah diklasifikasikan sebagai rusuhan.Kalau polis tak sabar sangat nak buat tangkapan,nah itu dia kumpulan yang nak merusuh,tagkaplah!

Tanpa Nama berkata...

itulah perangai samseng UMNOAPCOYAHUDI yang memerentah negara Malaysia,rakyat tiada lagi tempat mengadu masaalah mereka, rakyat perlu ingat kuasa rakyat hanya hari mengundi sahaja dan dirayu oleh UMNOAPCOYAHUDI, selepas itu rakyat ditindas sekeras kerasnya oleh UMNOAPCOYAHUDI, diharap rakyat jangan perbodohkan dirisendiri..

Anda sokong samseng, maka anda akan dapat sakit...

Tanpa Nama berkata...

pakat-pakat mari berdemo,
Bersih demo 9 Julai,
Perkasa demo 10 Julai,
UMNO demo 11 Julai,
baru nampak meriah