27 Jun 2011

Ketua Puteri & Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun Digugurkan Kerana Kes Khalwat

Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Gambar: Yusmawati kelihatan sedang meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Jitra, di Kedah, pada 22 Jun lalu di atas dakwaan berkhalwat, manakala Mohd Jasmi (gambar sisipan) turut didakwa dengan pertuduhan sama. -- Foto THE STAR

Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.

“Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak.

Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno.

Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.


5 ulasan:

Ati berkata...

sensetifnya orang kita mengenai bab2 sebegini.......buat jahat kot lain xpa lagi,tapi main bab jantan@betina memang pantang tok nenek bangsaku.......

Beruk Ketawa berkata...

Ketua UMNO Bahagian Jerlun siapa?
Ahli Parlimen Jerlun siapa?

Padan muka Madey !
Bukankah Madey suka pelihara ahli2 politik UMNO yang ada kes betina macam ni.

Kenapa anak Madey membisu tak ulas perkara ini?

Tanpa Nama berkata...

bapa borek anak rintek, kalau pemimpin UMNO borek?

Tanpa Nama berkata...

masyaallah..... jangan tuduh sebarang tuduh...... kenapa bila pihak kita yg ditangkap kita dakwa sebagai konsfirasi? jadi tak mgkinkah ini juga fitnah dan perangkap?

Tanpa Nama berkata...

anon 12:10

itu umno sendiri amik tindakan, bukannya org lain, bodoh!