27 Jun 2011

Polis Dan Kerajaan Perlu Patuh Dan Hormat Gesaan SUHAKAM

Hak rakyat untuk berhimpun – Suhakam

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengulangi pendiriannya ke atas perhimpunan Bersih, Pemuda Umno mahupun Perkasa yang akan diadakan serentak pada 9 Julai ini, sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Menurut Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam (gambar), perkara itu termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan dijalankan.

“Maka Suhakam menyeru agar pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman itu diadakan.

“Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Suhakam juga akan memantau perhimpunan itu dengan sewajarnya.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Beliau bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa. -FMT


Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai
June 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

“Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan,” katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0. -TMI



Ulasan GB

SUHAKAM perlu dihormati, kerana ia sebuah Suruhanjaya Bebas yang ahlinya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

Jika gesaan SUHAKAM itu tidak dipatuhi, jelas pihak polis dan Kerajaan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong.

Dan jika perhimpunan BERSIH 2.0 dihalang juga, syaa meminta pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM letak jawatan mereka sebagai protes kerana kehadiran mereka tidak dihormati oleh polis dan kerajaan yang ada.

Biar satu dunia tahu polis dan kerajaan BN tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberikan hak rakyat untuk berhimpun.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi yang rakyat malaysia ada, pandangan SUHAKAM , Perlembagaan Negara dan akhirnya YDP Agong juga telah tidak di hormati oleh kerajaan yang ada. Berterusan lah pengkhianatan kerajaan terhadap rakyat dan jangan kita lupa , kita merancang dan ALLAH juga merancang, dan sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik. JAngan sampai generasi akan datang membaca sejarah tentang pengkhianatan pemimpin kini sabagai satu kekecewaan yang mana telah mengakibatkan negara tercinta ini telah bengkrup pada zaman itu.

matcelek berkata...

Persoalan ini yang tak pernah dijawab oleh pihak Polis mahu pun KDN - Yang mana lebih berkuasa sama ada Perlembagaan Malaysia atau Akta Polis? Perlembagaan Malaysia 10(1)(b)langsung tidak menyebut soal permit,lagi pun negara ini bukan lagi dibawah undang-undang Dzarurat.Masa untuk polis berbuat sekehendak hati sudah berlalu.Rakyat semakin celek dan tahu hak mereka.Yang kerap melanggar undang-undang ialah pihak polis,melanggar Perlembagaan Negara bermakna menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang DPT Agong dan yang kerap mencetuskan huru-hara juga pihak polis.

Tanpa Nama berkata...

SALAM BERSIH 2.0
SEKIRANYA PIHAK POLIS DAN BN TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN SUHAKAM...
PIHAK POLIS TIDAK LAGI BOLEH GUNA POLIS DIRAJA....GUNA POLIS SDN. BHD DAN DENGAN INI TERHAPUSLAH KUASA-KUASA RAJA SEKIRANYA BN INGKAR