27 Jun 2011

SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0 - Dr Haron Din

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini.

Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka.

Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak.

"Undang-undang pilihan raya pun tak adil. Kalau kita tanya mengapa ada Undi Pos, mereka kata sebab ada yang tak boleh mengundi, tak apalah. Bila tanya mengapa tak boleh buka dan bilang terus, mereka kata tak boleh sebab kena simpan di Pejabat SPR. Buat apa nak simpan? soalnya.

"Ada benda yang tak adil, sebab itu kita minta supaya mereka adil tetapi mengapa mereka tak beri. Bila ditanya sudahkah mereka melihat perbuatan ini baik atau buruk, mereka jawab baik. Baik bagaimana kalau begitu?," tegas beliau ketika berucap sempena sambutan 50 Tahun PAS Cawangan Kampung Kodiang lama di sini, kelmarin.

Dalam ucapan ringkas itu, turut mengingatkan semua pemimpin agar terus kekal dengan prinsip keadilan yang digenggam erat oleh agama Islam.

Katanya, kerana ketidakadilanlah rakyat mempersoalkan peranan kerajaan sehingga tercetusnya ketidakpuasan hati dikalangan rakyat hari ini.

Malah ujarnya, kerana ketidakadilan itu jugalah gabungan masyarakat sivil telah melancarkan himpunan raksaksa pada 9 Julai ini yakni Bersih 2.0 bagi meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Menurutnya lagi, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu jelas menunjukkan bahawa ketidaktelusan sistem pilihan raya di negara ini di mana beliau tewas tipis dengan majoriti 300 undi tetapi mendapat lebih 500 undi rosak di peti undi tertentu
.

Dr Haron Din yang bersaing Ismail Kassim yang juga merupakan adik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen Arau.

Justeru Haron mengutarakan hadis Nabi Muhammad S.A.W sebagai peringatan kepada pihak berkuasa yang pecah amanah dan menipu rakyat.

"Mana-mana pemerintah yang boleh menerima, membuat, memilih dan menolak undang-undang Islam mahupun barat. Muslim khasnya, kalau dia tipu rakyat, tak kesahla apa yang dibuat itu rasuah, tipu pilihan raya atau tipu senarai mengundi pilihan raya. Allah S.W.T akan haramkan mereka dari masuk syurga," kata beliau. -tvsnews


Tuntutan Bersih: SPR pernah tipu rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat ingin menyingkap kembali pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 2008 yang menelan belanja RM3 juta.

Naib ketuanya, Raja Ahmad al-Hiss berkata, dakwat itu tidak digunakan dengan pelbagai alasan sama ada daripada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau daripada pihak SPR yang mengatakan bahawa Kabinet tidak bersetuju penggunaan dakwat kekal tersebut dan pihak SPR berkuasa untuk tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal tersebut walaupun telah membelinya.

“Persoalan yang ada ketika itu, siapakah telah menipu di dalam perkara ini?” soalnya.

Katanya, jika pihak kerajaan mengatakan bahawa pihak yang berkuasa menjalankan sistem pilihan raya di dalam negara kita, ini bermakna dalam rekod bahawa SPR pernah menipu rakyat ketika itu.

Beliau berkata, adakah dengan membatalkan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini bahawa semua tuntutan Bersih akan ditunaikan dan tiada penipuan akan berlaku lagi.

Soalnya lagi, adakah janji SPR tersebut boleh diterima pakai oleh rakyat kerana rekod sedia ada SPR pernah tercalar berikutan menafikan hak rakyat dan membazir wang rakyat.

“Kami ragu akan keikhlasan SPR kerana perilaku mereka hanya ingin memastikan BN terus berkuasa dengan cara kotor dan jelas apa yang berlaku di negeri Perak telah mencalar demokrasi dalam negara kita,” katanya.

Beliau menambah, ini sudah tentu rakyat kurang yakin akan kredibiliti SPR yang menggambarkan terlalu banyak keraguan yang masih tidak meyakinkan rakyat untuk menerimanya. -HD




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEJAHTERA....
AKU SEBAGAI ANAK MALAYSIA KINI SUDAH MERASA JIJIK DENGAN POLITIK DI MALAYSIA..KEPADA PEMIMPIN PARTI-PARTI POLITIK KEMBALILAH KEPADA AJARAN AL QURAN DAN SUNNAH.
DAN KEPADA PARA ALIM ULAMA' APAKAH KERANA KENDUDUKAN DAN PENGARUH WANG..PARA ALIM ULAMA' SEKARANG TELAH DIGELAPKAN HATI MEREKA OLEH ALLAH????
KEMBALILAH KITA SEMUA KEPADA AJARAN AL QURAN DAN SUNNAH..
PEMIMPIN DAN ALIM ULAMA' SERTA RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM... DARIPADA BEREBUT KUASA LEBIH BAIK BERFIKIR CARA MANA UNTUK MEMBEBASKAN BUMI PALESTIN DARI KAUM YAHUDI SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM AL QURAN... SEMPENA BULAN REJAB, SYABAN DAN RAMADHAN YANG MEMPUNYAI PERISTIWA PENTING.. SAMA-SAMALAH KITA KEMBALI KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH...