Datuk T' mengaku bersalah, didenda RM5,500
Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.
Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.
Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:
“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.
'Bukan menyerupai, tapi Anwar'
Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.
NONESelepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.
Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.
Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.
Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.
Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.
"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya. -mk
Ulasan GB
Seperti satu wayang sandiwara.
Sekalipun Datuk T telah didakwa dan dijatuhi hukuman, tetapi Rahim Tamby Chik sempat untuk membuat tuduhan baru - bahawa pelaku di dalam video seks itu adalah Anwar, bukan lagi mirip-mirip Anwar.
Ia seumpama telah direncanakan - dengan beberapa pihak lain - untuk mempastikan Anwar disabitkan sebagai pelaku di dalam video seks tersebut.
Dan selepas ini ada kemungkinan Anwar bakal terperangkap, jika ia menafikan. Kerana polis akan "meneruskan siasatan" dan seterusnya membuat pertuduhan baru bahawa Anwar itu pelaku di dalam video seks berkenaan.
Ini kerana, polis sendiri sudah membuat kenyataan video seks itu sebagai tulen, walaupun kenyataan sedemikian tiada siapa yang bertanya. Siapa bagitahu tulen? Katanya ada syarikat dari luarnegara - satu di Korea satu di Amerika, walaupun nama-nama syarikat itu tidak pula didedahkan.
Rakyat mengesyaki ada peranan polis di dalam isu ini - pertama masa yang diambil untuk mendakwa Datuk T yang menayang video lucah berkenaan, kedua - tersebar luasnya video itu ke seluruh negara tanpa sebarang sekatan, ketiga, kenyataan-kenyataan polis kononnya video seks itu tulen, ketiga, perana polis yang memberikan kawalan keselamatan kepada Datuk T semasa "upacara sumpah laknat", keempat, pendemo-pendemo upahan pagi ini di hadapan mahkamah lansung tidak disekat atau diganggu polis dan lain-lain.
Dan khabarnya kelmarin sebelum Datuk T dihadapkan ke mahkamah, Rahim Tamby Chik dilihat memasuki pejabat Najib di Putrajaya. Cara yang serupa sebelum kes liwat Anwar dibawa ke mahkamah dimana Saiful mengadakan pertemuan dengan Najib!
Kita tunggu episod selanjutnya.

Video seks: Bukan lagi mirip Anwar tapi Anwar, kata Datuk T
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
June 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T hari ini menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia “satu kejayaan” apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.
Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong kes yang merupakan satu hipokrasi, walaupun saya tidak berapa gembira dengan hukuman (dikenakan), tapi demi rakyat kami sedia berkorban.
“Hipokrasi yang berlaku ini harus dihapuskan dan kami yakin Anwar Ibrahim sebagai orang dalam video seks itu dan telah melakukan kemaksiatan,” kata Abdul Rahim pada sidang media ringkas di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.
Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.
“Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.
“Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim,” katanya.
Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.
Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.
Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.
Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara.
Sementara Abdul Rahim pula secara berasingan didakwa bersubahat dengan Shazryl dan Shuib.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.
Tegas Abdul Rahim, beliau berharap rakyat dapat menilai wajah sebenar Anwar dan membuat keputusan tepat pada pilihan raya ke-13 akan datang.
“Demi masa depan negara, kami sanggup berkorban, kami harap rakyat prihatin untuk lihat bahawa negara tidak boleh dipimpin oleh mereka yang korup.
“Kami berkorban demi rakyat tapi apa yang penting objektif dan misi kami untuk beritahu rakyat berjaya.
“Kami mahu rakyat nilai terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Shazryl dan Shuib bagaimanapun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Kesemua mereka dikawal ketat ketika meninggalkan mahkamah. -TMI
Ulasan GB
Seperti satu wayang sandiwara.
Sekalipun Datuk T telah didakwa dan dijatuhi hukuman, tetapi Rahim Tamby Chik sempat untuk membuat tuduhan baru - bahawa pelaku di dalam video seks itu adalah Anwar, bukan lagi mirip-mirip Anwar.
Ia seumpama telah direncanakan - dengan beberapa pihak lain - untuk mempastikan Anwar disabitkan sebagai pelaku di dalam video seks tersebut.
Dan selepas ini ada kemungkinan Anwar bakal terperangkap, jika ia menafikan. Kerana polis akan "meneruskan siasatan" dan seterusnya membuat pertuduhan baru bahawa Anwar itu pelaku di dalam video seks berkenaan.
Ini kerana, polis sendiri sudah membuat kenyataan video seks itu sebagai tulen, walaupun kenyataan sedemikian tiada siapa yang bertanya. Siapa bagitahu tulen? Katanya ada syarikat dari luarnegara - satu di Korea satu di Amerika, walaupun nama-nama syarikat itu tidak pula didedahkan.
Rakyat mengesyaki ada peranan polis di dalam isu ini - pertama masa yang diambil untuk mendakwa Datuk T yang menayang video lucah berkenaan, kedua - tersebar luasnya video itu ke seluruh negara tanpa sebarang sekatan, ketiga, kenyataan-kenyataan polis kononnya video seks itu tulen, ketiga, perana polis yang memberikan kawalan keselamatan kepada Datuk T semasa "upacara sumpah laknat", keempat, pendemo-pendemo upahan pagi ini di hadapan mahkamah lansung tidak disekat atau diganggu polis dan lain-lain.
Dan khabarnya kelmarin sebelum Datuk T dihadapkan ke mahkamah, Rahim Tamby Chik dilihat memasuki pejabat Najib di Putrajaya. Cara yang serupa sebelum kes liwat Anwar dibawa ke mahkamah dimana Saiful mengadakan pertemuan dengan Najib!
Kita tunggu episod selanjutnya.
8 ulasan:
Takut sangat Depa kalau Anwar jadi PM.kita pun naik heran yg Rahim Thamby Chik boleh berkata demikian.....
Apa nak takutkan,kan BN kuat dulu,kini dan selamanya..........peganglah kata2 tuuuuu
GB, jangan bawa lari tajuk jauh-jauh. Perkara pokok ialah untuk memastikan siapa hero yang berlakun dalam filem tersebut. Kalau hero itu tidak bersetuju dengan dakwaan Eskay, maka silalah buat saman malu. Apakah dia berani? Ini persoalan sebenarnya. tak payah buat oarng keliru.
Aku tengok la geng yang dok berhimpun ramai2 kat luar mahkamah, yang sokong 3T tu kebanyakkannya rupa mat rempit je dah tu yang lain tu macam toya yang diupah je tak da nampak berpelajaran pun............
Anon 3:50,
Cuba kau ulang sekali lagi, apa dia saman....
Aku kau ingat kami tak tahu apa yang akan terjadi, kau ingat anwar boleh menang ke dalam mahkamah dunia hari ni.
Tak mungkin.
Tapi jangan kau lupa kita akan bertemu dimahkamah ALLAH, pada masa itu segala penipuan pasti akan terbongkar.
yang jelas ianya satu permainan politik....untuk membuktikan siapa pelakon sebebar ianya bukan kerjaan polis untuk menentukannya... ianya dalah keputusdn mahkamah.... video ker apa saja bahan bukti perlu disahihkan dalam perbicaraan bukan membuat keputusan mengikut pandangan pihak polis atau siapa saja yang tidak berada dalam situasi atau ditempat kejadian yang berlaku. so sebelum berlakunay operbicaraan sehingga tamat perbicaraan dan keptusan dari penghakiman maka tiada siapa yang layak untuk mengatazkan seseorang itu bersalah atau tidak, betyukl atau tulen...ini kerana pihak pembelah pun ada hujah merak dan merka pun boleh menampilkan pakar video utnuk mensahihkan ketulenna sesuatu vidoe itu.
Anon 8.53pm,
Pandai pun.Kita semua akan berhadapan diMahkamah Rabbul Jallil termasuk anta.
rahsia dah terbongkar. datuk t di"makeup" utk menyerupai Anwar.
pendedahan selanjutnya di SINI
Aku rasa PKR tak boleh diamkan diri saja dengan perkara ni. Elok tuntut dibicarakan di mahkamah. Biar ketiga-tiga mamat yang terlibat dengan penyangan video tu menggelepar. Menarik ni. Tu yang Dato' Johari buat video dengan mengambil masa untuk disiapkan selama 34 hari tu baoleh pakai la.
Catat Ulasan