2 Feb 2010

TERKINI : Kes Anwar-Saiful Ditunda Jam 2.30 Petang Ini

Kes liwat 2 yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini ditunda ke pukul 2.30 petang.

Penundaan itu dibuat sementara menunggu arahan dari Mahkamah Persekutuan selepas permohonan difailkan oleh Peguam Karpal Singh, supaya semakan dibuat ke atas keputusan mahkamah minggu lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tambahan bagi membantunya mempertahankan diri terhadap tuduhan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di sebuah kondominium setahun lalu.

Anwar dilihat keluar dari bangunan mahkamah jam 10.15 pagi tadi dengan disambut laungan REFORMASI oleh para penyokongnya.

Tepat jam 9 pagi tadi, Anwar telah melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani oleh isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan adik-adiknya Nurul Hana & Nurul Iman.

Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Dr Syed Hussin Ali dan Setiusaha agong PKR, Saifudddin Nasution.

Selain itu, turut hadir memberikan sokongan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam keadaan sebak ditemani oleh beberapa duta asing dari Sweden dan US.

Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan di dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.

Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.

Sementara itu Tian Chua hampir ditahan oleh pihak polis kerana enggan menurunkan banner yang tertera "Fitnah Kedua". Tian Chua menyatakan kepada polis berkenaan, "kamu boleh rampas banner, tapi pihak CNN sedang perhatikan apa yang kamu lakukan."

Sementara itu terdapat jeritan "tangkap Saiful, tangkap saiful, bawa masuk ke tandas," diiringi senyum tawa para penyokong Anwar.

Foto dari malaysianinsider







19 ulasan:

Nizam berkata...

Nik Aziz sorang je ada? Mana pemimpin PAS yang lain?

Tak boleh pakai betul dia orang ni. Waktu susah ingat kawan. Waktu senang kawan pulak kena walak pada dia orang...

Apa punya manusia macam ni? Tak ada akhlak langsung.

Tanpa Nama berkata...

ya mana tim mursyidul am, harun din, mana hadi awang, mana nasya, mana stopa ali, mana naib2 presiden pas, tn ibrahim, mahfuz, salehuddin, mana ketua pemuda, mana ajk2 tertinggi pas dan pemuda pas?

inikah sikap kamu tatkala nyawa rakan kamu kini di hujung tanduk?

ini setiakawan? ini pakatan? ini ukhwah?

marah sungguh kawan pagi ni sbb ketiadaan mereka2 di atas memberikan sokongan moral kepada DSAI.

Lain kali bila pas di mahkamah, pkr dan dap tak datang, apa perasaan kamu?

rossi berkata...

Sementara itu terdapat jeritan "tangkap Saiful, tangkap saiful, bawa masuk ke tandas," diiringi senyum tawa para penyokong Anwar.

kelakar lah GB.
Best laporan GB, hilang tension

anakkulim berkata...

apa tangguh2 lagi...berani kerana benar..selesaikan jer...bosan dahhhhh

Tanpa Nama berkata...

fok2 ferfaduang mno ado hati peghut...gheti makang kepok gotang jah..huh huhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

nizam... ko ingat diorang yang ko kate tak hadir tu take dkeje cam ko ke?? hehehhe hahahahhahahahaa hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Terharu dengan kehadiran TGNA.
Mana TGHH?

Tanpa Nama berkata...

to--azamdean..
nizam... ko ingat diorang yang ko kate tak hadir tu take dkeje cam ko ke?? hehehhe hahahahhahahahaa hahahaha
---pah mu ingat tgna x dok kijo ko?tgna lg banyok kijo ,,,kan dio mnteri besar?fok2 ferfaduang mntri teheks apo?wak berak dalam pas adola skrang doh banyok sgt doh teheks yg tlh d berakkan oleh fok2 tu(fok2 ferfaduang kepok gotang gotang gotang xxxxxxxxx.....)

Ampeng berkata...

korg yang tak dtg jgn kecoh la..mne tahu tade..ntah2 ade tp tak amik gambor ke..jgn la fitnah je lebih..Allah lebih mengetahui..tak hadir tak maksud tak sokong..doa pada Allah, tu juga lebih bagus..bkn cam korang...ngutuk je..

Tanpa Nama berkata...

Ampeng, lain kali pas kena tindakan mahkamah, org parti lain x yah datang ek... duduk rumah doa jer..

ngutuk hak ni kena pada tempat ler be...

memang aku kutuk pimpinan PAS yang selfish dan tak sedar diri...

parlimen x bersidang, mana lagi dia org pergi kalau bukan kat umah dengan bini2.

Unknown berkata...

Ampeng,

dah jadi lumrah kalau ahli Politik dtg CONFIRM masuk dalam berita. Berita sendiri tak cakap pape. Harakah Daily/Malaysia Kini pon tak bg pape kenyataan tentang 'kehadiran' puak2 perpaduan.

Dah memang dorg 'bz' ngn keje dorg.setakat Anwar sorg ape kesan ngn PR.dorg lagi suka.kurg sket persaingan naik takhta PR.Bg dorg Anwar,kalau Anwar disabitkan lagi yampui...

Tanpa Nama berkata...

hahaha kalau nak cari ketua pemuda pas, sampai bil akorang dok kan ketemu, pengecut dan penakut, mamat tu bukan pernah turun mana2 pun, hanya berani di blog dan ceramah jerk, kalau demo mintak maaf, pengecut tahap gaban bro, saper yang sokong dia jadi KPPAS aku ndak tau, yang sah sama bangang dan bahlul mcm dia gak lah, kalau salahuddin dulu (masa ketua pemudalah) sure dah tercegat kat situ dari pagi, la ni aku pun ndak tau kemana semua pemimpin PAS, meting ngan UMNO kut, hehehehhehe,,nasya dan stopa ali kan ader..

Tanpa Nama berkata...

bila Allah naikkan Anwar sebagai Ketua PR dan Ketua Pembangkan. Hadi Awag dan geng perpaduang komain cemburu.

sanggup masuk kelambu UMNO nak jatuhkan Anwar.

bila Anwar kena uji masuk mahkamah, geng perpaduang x nampak btg hidung.

Pemimpin PAS yg sebenar kini hanyalah TGNA. Kehadirannya di mahkamah membuktikan kejujuran dan keikhlasan seorang pemimpin sejati yang sentiasa menjaga ukhwah.

Nizam berkata...

Memang dia orang sibuk dengan kerja sampai sidang parlimen pun tak boleh nak datang.

Pemimpin tertinggi PAS lagi sibuk nak tangani masalah YB Khalid Samad. Hasan Ali sibuk nak jadi MB Selangor. Hadi Awang sibuk nak jadi PM. Layak tak layak belakang kira, janji walakkkkk.

Memang PAS dihinggapi sindrom penafian yang kritikal. Memang sengaja nak bunuh diri.

Kami pengundi cuma tak ada pilihan je sebab kami dah tak undi UNMO dah. Nak undi PAS? Sama je macam UNMO. Habis nak undi siapa? Aku harap di mana PAS bertanding, DAP akan letak calon. Aku akan undi DAP sebab setakat ni yang aku nampak DAP je yang boleh harap walaupun dia cina.

Aku peduli apa. Nak harap orang Islam tapi tak de akhlak nak buat apa? Kena walakkkkk? Walak ape ke bendanya kalau orang melayu asik kena tipu je. Dulu kena tipu dengan UMNO. Bila UMNO dah nak mampos PAS pulak sambung perjuangan projek menipu orang melayu.

Boleh jalanlah korang... Aku peduli apa korang kalah. Yang penting aku boleh hidup dengan cara aku.

Cermin diri dulu sebelum berangan nak jadi PM atau MB.

P/S.. Aku merindui kepimpinan Ustaz Fadhil Noor.

Tanpa Nama berkata...

rilek la nizam aku pun DAP gak.. hahahaha tapi well..skang kan nak dual party system...

Nizam berkata...

Dah 3 kali pilihanraya aku mengundi. Aku tak pernak undi UMNO. 4 kali aku undi PAS. Aku tak menyesal undi PAS 2 kali yang pertama. Aku cuma menyesal undi PAS pada 2 kali yang terakhir iaitu 2004 dan 2008.

Mati-mati aku ingat pemimpin PAS lebih bijak dari UMNO. Rupa-rupanya sama je PAS dengan UMNO suka dengan projek memperbodohkan melayu. Bodohnya aku kena tipu hidup-hidup. Mungkin aku ni melayu, sebab tu sifat bodoh masih ada sedikit lagi dalam diri aku.

Oklah, lepas ni aku tak nak jadi bodoh lagi.

Tanpa Nama berkata...

hadi puak UG, macam hasan ali, patut disingkir dari Pas

Tanpa Nama berkata...

Tapi kita dah lebih 50 tahun diperbodohkan UMNO/BN yang perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat belum perintah malaysia, patut diberi peluang 1 penggal