6 Mei 2013

[LIVE] Pengiraan Undi Bermula, PR Dahului Di Banyak Tempat


Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi.

Kini proses pengiraan sedang berlangsung.

Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.

lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang tadi dan merupakan jumlah tertinggi.

LIVE Oleh Malaysiakini dan pelbagai sumber

1.30 am BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15.

1.10 am ULASAN GB - sekalipun BN masih memerintah Malaysia, namun PR berjaya menunjukkan prestasi yang hebat.

Mungkin Allah belum mengizinkan PR mentadbir Putrajaya, namun bukan bererti Najib memenangi kesemuanya. Banyak hal yang berlaku seperti Peti undi hilang, Peti undi dijumpai/Peti undi baru sampai, Blackout, Kiraan undi semula, pengundi hantu, isu dakwat dan sebagainya...

Kemenangan BN adalah satu kemenangan yang rapuh dan mengikut hukum kebenaran dan keadilan, kemenangan yang rapuh, usianya tidak panjang...

12.48am BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.35 am Harakahdaily melaporkan Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.

Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.

Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.

Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.

12.30 am Menarik di DUN Selangor: 15 PAS, 15 PKR & 15 DAP

12.20 am P083 Kuantan: Fuziah Sallleh (PKR) menang

PKR 25837
BN 21322

majoriti 4515

DUN Teruntum : PKR 12385 - BN 7948, majoriti 4437.

12.15 amBN masih diberi mandat memimpin Terengganu dengan kemenangan tipis 17 kerusi Dun, sekali gus gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Melalui keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira jam 10 malam tadi, Pas berjaya memperoleh 15 kerusi Dun.

Bagi kerusi Parlimen BN hanya mampu mempertahankan kerusi Parlimen Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman sementara Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun di bawah penguasaan Pas.

12.10 am Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli (PAS) tewaskan Tuan Aziz Tuan Hamat (BN) sementara di DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (PAS) kalahkan Che Jalal Muda (BN).

12.02 am Parlimen Beufort: Datuk Seri Lajim Ukin (PKR) menang

11.59 Parlimen Batu Pahat dimenangi PKR, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein kalahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi (BN) 11.58 pm Presiden PAS menang di kedua-dua kerusi, Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

11.55 pm Keputusan rasmi

Rafizi Ramli (PKR) - 48,183
Gary Lim (BN) - 21,454

Majoriti: 26,729


11.28 pm Elizabeth Wong menang di Bukit Lanjan dengan majoriti 15940

11.26 pm PAS menang di Temerloh dengan majoriti 1070 undi

11.25 pm Parlimen Pandan: Rafizi Ramli menang di Pandan dengan majoriti 26,000

11.24 pm Mahfuz Omar menang di Pokok Sena tetapi Mohd Sabu tewwas di Pendang.

11.23 pm PR berjaya tawan kembali Terengganu. Dun 18- BN 14

11.20 pm RASMI : N.19 RHU RENDANG, Ustaz Abd Hadi Awang (PAS) Menang (11468) vs BN (8649)

11.15 pm PR kekal printah Selangor, PR mendapat 38 DUN dari 56 DUN di Selangor, Hancur musnah impian Najib untuk tawan Selangor!

11.08 pm Parlimen Sungai Besar, Ust Sallehin PAS : Menang! PAS turut menang di Parlimen Hulu Langat dan DUN Dusun Tua. PKR menang di Ampang, Tebrau dan Gombak.

11.06 pm Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) menang lebih 10,000 undi di Parlimen Bandar Tun Razak, sdg mendahului di DUN Pelabuhan Klang.

11.05 pm Dr mariah Mahmud (PAS) menang di Parlimen Kota Raja

11.01 pm RASMI : DS Anwar Ibrahim Menang Di Parlimen Permatang Pauh

BN - 25369
PKR - 37090
BEBAS - 201

Majoriti : 11721

11.00 pm Salahuddin Ayub menang kerusi DUN Nusajaya.

10.55 pm Parlimen Kubang Kerian. PAS menang majoriti 14,000

10.48 pm Parlimen Parit Buntar : Ust. Mujahid (PAS) menang dengan majoriti 18,000

10.40 pm Saifuddin Nasution menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu

10.35 pm 2 orang menteri kabinet setakat ini dah kalah. Kong Cho Ha (BN) tewas di tangan Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR) dan Raja Nong Chik di ta ngan Nurul Izzah (PKR)

10.40 pm Tidak Rasmi : P.041 Kepala Batas didahului oleh PAS

10.31 pm Khalid Samad (PAS) kalahkan Zul Nordin (BN) di Shah Alam dengan majoriti 10751

10.29 pm Salahuddin Ayub menang di Parlimen Pulai

10.28 pm Lim Kit Siang (DAP)mengalahkan Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.

DAP - 37,718
BN - 21,960.
Majoriti: 15,758

10.20 pm Anak sulong PAS Melaka telah lahir! DUN Bukit Baru Melaka PAS menang majoriti 44 undi.

10.19 pm PAS melalui Ustaz Tuan Ibrahim berjaya merampas merampas DUN Jengka.

10.18 pm Keputusan Rasmi: Parlimen Lumut Laksamana (B) Imran menang 10.17 pm Keputusan tidak rasmi, N26 Bangi kekal milik PAS -Ust Shafie Ngah

10.15 pm Sepang PAS menang. Hanipa Maidin.

10.00 pm Di ibu pejabat PKR, skrin besar menyatakan keputusan tidak rasmi kerusi parlimen setakat ini PR 32 BN 16

10.02 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Idris Ahmad menang di Parlimen Bukit Gantang

9.58 pm Parlimen Terengganu : PAS menang di Marang, Kuala terengganu, Kuala Nerus dan Dungun

9.57 pm Keputsan Rasmi: Dato' Seri Nizar menang dengan majoriti 1206 undi!


9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

9.51 pm Keputusan Rasmi: Ustaz Radzi Zainon (Dun Sg Rapat) mengalahkan Dato' Hamidah Osman dengan majoriti 3108 undi!

9.50 pm Parlimen Bukit Katil Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dilaporkan telah mengalahkan Md. Ali Rustam dari BN dengan majoriti 4000 undi

9.43 pm Temerloh

PAS : 14772
BN : 11891

Majoriti : 2881

9.42 pmMaklumat di laman pru13.pas.org menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.41 pm Tidak Rasmi : Terengganu bagi DUN ( PAS 18 : BN 14 )

9.40 pm Jika BN dah rampas Kedah, menurut laporan Sin Chew Terengganu telah jatuh ke tangan PAS.


9.30PM: Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan mengekalkan negeri tersebut dan menguasai 2/3 kerusi DUN.

9.25pm: Kiraan terbaru menunjukkan Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah Undi: 106,864

9.17 pm: Kedah terlepas ke tangan BN. Siang tadi, selepas mengundi. Dr Mahathir dah cabut ke luarnegara. Ada kaitankah?

Namun nampaknya ada negeri BN yang PAS akan rampas.

9.16 pm PJ Utara, Tony Pua (DAP) mendahului Chew Hoong Ling (BN).

DAP - 19,733
BN - 4,734

9.15 pm PAS menang di DUN Sri Serdang, Selangor

PAS 16940
BN 10211

9.12 pm TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

PKR - 27,234
BN - 25,666

9.11 pm PKR menang kerusi DUN Indera Kayangan di Perlis. Kali pertama kerusi ini terlepas dari tangan BN.

9.10 pm Parlimen Pasir Mas dimenangi calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengalahkan Ibrahim Ali. (tidak rasmi)

9.05 pm Barisan Nasional (BN) telah menang di kerusi Parlimen Igan, Batang Lupar, Betong, Limbang dan Lawas di Sarawak, menyebabkan mereka mendahului dalam Pilihan Raya 2013.Gabungan pemerintah itu juga menang di kerusi Kapit, Serian dan Kanowit di negeri yang merupakan kubu kuat mereka. -TMI

Dari harakahdaily:

8.55 pm - Parlimen Marang PAS 7664, BN 5683
8.52 pm - PKR menang di Parlimen Wangsa Maju majoriti lebih 4,000 undi hingga kini.
8.48 pm - DUN Nusajaya PAS 6708, BN 6608
8.39 pm - PAS mendahulu Parlimen Kota Bharu, PAS 9959, BN 6110
8.37 pm - PAS sedang dahului di Parlimen Kangar
8.33 pm - PAS kalah di Parlimen Batang Sadong, Sarawak.
8.23 pm - PAS mendahului BN di Shah Alam.
8.18 pm - PAS menang di DUN Selama, Perak dengan 23 undi
8.03 pm - PAS mendahului di Gua Musang
8.01 pm - DAP mendahului dengan banyak di Seputeh dan Bukit Bintang
7.58 pm - Tengku Adnan sedang mendahului Datuk Husam di Putrajaya
7.52 pm - Lembah Pantai PKR 7746, BN 7128
7.50 pm - DUN Lenggeng PAS 1924, BN 2567 untuk 10 saluran dari 30 saluran.
7.40 pm - Titiwangsa PAS 7868, BN 8226
7.41 pm - Sibuti PAS 5607, BN 9822

8.51 pm Pas menang bergaya di kerusi Parlimen Kubang Kerian apabila kesemua calon yang bertanding memperolehi undi yang mendahului pencabar masing-masing. -SH

8.50 pm Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).

DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887

8.40 pm Calon PAS Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan sehingga jam 8.15 malam jauh meninggalkan pencabarnya calon BN, Datuk Fatmi dan calon Bebas, Mohd Zakiman Abu Bakar.

Takiyuddin mencatat undi sebanyak 8,618, manakala Fatmi 5,857 manakala Zakiman 36.

Keputusan masih berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU 13 P021 Parlimen Kota Bharu, di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu.

8.36 pm SHAH ALAM, Khalid Samad memperoleh 6,127 untuk mendahului Zulkifli Noordin yang menerima 5,464 undi.

Takiyuddin mencatat undi sebanyak 8,618, manakala Fatmi 5,857 manakala Zakiman 36. 8.35 pm KELANTAN P021 Parlimen Kota Bharu PAS 8217, BN 5030, Bebas 31
N08 Dun Tg Mas - PAS 3437, BN 1534
N09 Dun Kota Lama - PAS 3600, BN 2264, Bebas 44
N10 Dun Bunut Payong - PAS 2323, BN 1379

8.30 pm DAP kekalkan kerusi Parlimen Bandar Kuching.

DAP - 30,133
BN - 10,491
Majoriti - 19,640

8.25 pm Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) masih mengatasi Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 11,941
BN - 10,623
Independent - 74

Jumlah Undi: 72,533

8.12 pm Parlimen Kepong, DAP memperolehi 13622 berbanding BN 2897 in di dalam pengundian awal.

8.10 pm Lim Kit Siang (DAP) melebarkan jurang dengan Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 7,619
BN - 6,336

8.10 pm Di Pulau Pinang DAP berjaya mengatasi Barisan Nasional (BN) di 19 kerusi DUN. Pakatan Rakyat (PR) memerlukan cuma 2 lagi kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

8.02 pm Di Labis, Johor, Calon Ramakrishnan Suppiah mendahului Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561
BN - 2,225

8.01 pm KEPUTUSAN TIDAK RASMI | DUN GOMBAK SETIA - Ustaz Hasbullah Ridzwan PAS

PAS 2003
BN 1119
Rosak 24

8.00 pmParlimen Pandan. Rafizi Ramli mendahului.

PKR = 9845
BN = 4117

[PARLIMEN IPOH TIMUR] Kathleen Wong Mei Yin (BN) ketinggalan jauh dibelakang Su Keong Siong (DAP)

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.58 pmNurul Izzah dilaporkan kini telah berjaya memintas Raja Nong Chik

PKR 7746
BN 7128

7.56 pmDI Melaka, DUN Bukit Baru, PAS masih mendahului calon BN dengan 216 undi -Sofi Wahab

Apakah ini anak sulong PAS DUN Melaka? Sama-sama kita doakan.

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului sekurang-kurangnya di dua kerusi parlimen Johor:

Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN - 4,227

Jumlah undi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) di depan Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah undi: 86,914

Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului calon BN Normala Abdul Samad.

PKR - 5,131
BN - 3731

7:31pm: Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) merapatkan jurang dengan Raja Nong Chik

BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5

7:31pm: In Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal (BN), is leading by a comfortable margin over Nurul Izzah Anwar (PKR) while Independent Rusli Baba is out of the race. BN - 2,410 PKR - 986 Independent - 5 7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 4,719
BN - 4,642

7.24pm: Pertama kali Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah, Johor. Abdul Ghani Othman (BN) mengekori Kit Siang di belakang.

DAP - 3,567
BN - 3,422

7.22pm: Di Ipoh Timor, Perak, Kathleen Wong Mei Yin (BN) di belakang Su Keong Siong (DAP)

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.19pm: Lim Kit Siang (DAP) menekori rapat Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

BN - 2,699
DAP - 2,325

7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai.

DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5

Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini

7.15 pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mendahului tiga calon yang lain.

Sumber memberitahu Khalid mendahului di beberapa pusat pengundian. -SH

7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal.

BN - 1,783
PKR - 76
Bebas - 1

Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini.

The MalaysianInsider melaporkan: PKR mendakwa SPR tidak membenarkan agen kiraan undi mereka untuk berada di Sekolah Menengah Seri Pantai untuk menyaksikan proses pengiraan undi dan diminta untuk meninggalkan tempat tersebut secara tetap sebaik sahaja tamat proses pengundian.

Menurut PKR lagi, alasan yang diberikan oleh SPR adalah petugas-petugas mereka perlu berehat.


7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354
DAP - 1,276

7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354
DAP - 1,276

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

BN - 2,237
DAP - 1,382

Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.

DAP - 1,499
BN - 801

6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Ayer Hitam dalam kiraan awal.

DAP - 820
BN - 171

6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di Kulai kerusi Parlimen di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)

DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, yang menyaksikan persaingan sengit atas Datuk Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).

BN - 1,532
DAP - 688

6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).

6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.

Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

DIKEMASKINIKAN SETIAP 5-10 minit. Sila Refresh

23 ulasan:

Ammy Hassan berkata...

Helikopter Anwar nak mendarat di Langkawi tak bagi... hmmm nasib baik tak mampos!

Tanpa Nama berkata...

Mengikut malaysiakini PR 15 BN 25

Unknown berkata...

Hahahahahahahahahahahahahahah haramjadah hamidah kalah...padan muka kau..bungkus lah hahahahahah

Tanpa Nama berkata...

suspens betul ni...........

Tanpa Nama berkata...

Hari itu ada orang cakap nak kurkan Lim Kit Siang di Gelang Patah. Tapi kenapa pula Menteri Besar Johor pula yang kena kubur?? Kesian Kesian

Lain kali jangan overconfident. Sekarang sudah kena bukankah malu.

Tanpa Nama berkata...

Aiiii 201 undi sahaja untuk PAPAGAMO. Hari tu you nak dedahkan berhabis skandal DS Anwar Ibrahim. Apasal DS Anwar Menang pula???

Walaubagaimanapun i ucapkan tahniah juga pada PAPAGOMO kerana ada juga orang undi sebab kalau ikut hati rakyat, tak ada orang nak beri undi pada you tau.

Tanpa Nama berkata...

Jempol aishah or isa?

Tanpa Nama berkata...

BN-97 PR-41

Kecewa, nampaknya BN akan terus memerintah

Tanpa Nama berkata...

12.45am: BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.

-Malaysiakini

Kecewa sgt

Unknown berkata...

Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya Malay voters belum bersedia utk terima minyak murah dan pelajaran percuma...


Mengecewakan...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat masih meletakkan kepercayaan kpd BN. Jika BN tak pandai guna peluang yang ada 5 thn je la memerintah negara..5thn akan dtg ramai anak muda akan layak mengundi..renung2kan...2020 milik siapa

Zab berkata...

Orang Melayu enggan berubah.
Dapat 500 ringgit dah longlai.
Di samping malas mencari maklumat dan bersikap terima saja apa propaganda yang dihamburkan.

Kecewa? Memang saya kecewa.
Dan paling rugi ialah anak-anak kita nanti.

Ya Allah, selamatkanlah melayu dari kebodohan mereka sendiri.

Unknown berkata...

Tak apalah sudara..kita percaya pada qada dan qadar..mungkin BN diberi peluang bertaubat..tapi kalau derang masih perangai haramjadah..saya senyum lebar...malangnya nasib mereka disesatkan d dunia ni, mana lebih lama hidup d dunia or akhirat? Tunggulah kiamat nanti..Tetapi personally saya sedih bila terkenang tgna yg suda berusia dan mmpunyai harapan utk melihat kita tukar kerajaan..tapi tak apalah sy yakin tgna seorang yg warak dan alim, pasti beliau redha dan rela dgn kputusan ini, maka kita juga sepatutnya bgitu...KUN FA YA KUN.

AKU LEBIH SANGGUP JADI RAKYAT TERTINDAS DARIPADA PEMIMPIN YG ZALIM, SKURANGNYA APABILA DITANYA DI PADANG MAHSYAR NANTI AKU TIDAK PERLU MJAWAB TTG PIMPINAN KU....apa pun sy doakan agar najib dan barisannya diberi hidayah utk mgubah ptadbiran yg lebih baik. Amin amin ya rabal alamin

Tanpa Nama berkata...

Walaupun keputusan rasmi dah keluar, sy berharap supaya PKR mengira semula jmlah undi stiap tempat dan semak semula jmlah pengundi yg layak mengundi tmpat tsbut..stiap tamat tempoh kul 5 ptg, SPR dah tau jmlah yg hadir mengundi..kalau 5000, 5000 la kan..tiba2 muncul peti baru dijumpai..tu peti untuk kawasan mana? Harap faham apa yg sy cuba sampaikan..mana mungkin boleh bertambah selepas kul 5ptg...kemungkinan ADA PETI STANDBY..mohon siasatan...

ZZ berkata...

Pilihan Raya Umum 13 – Pengundi Hantu? Info PRU-13

http://zamzoro.com/tentang-segalanya/info-pilihan-raya-umum-13/

Tanpa Nama berkata...

Org melayu bodoh! atau diri sendiri bodoh! setiap satu punya 2 versi jawapan. Kita kerap merasakan kita yg terbaik tetapi terbaik kah kita? Ilmu politik baru sekadar tebing buku lali dah nak menyelam bagai laut dalamnya.

Tanpa Nama berkata...

Kecewa kerana setelah janji harga minyak turun, pendidikan percuma, mansuh tol, kenaikan gaji minima..rakyat masih juga memilih untuk terus hidup dlm kekangan kewangan dan akan terus ditekan dengan kesempitan.....sungguh kecewa dlm redha. Jangan pula slps ni mengeluh jika kos sara hidup semakin meninggi kerana rakyat sendiri yg memilih jln tersebut....teruskan dgn meminta2 dan harapkan br1m selamanya....

Tanpa Nama berkata...

org2 kaya,kroni,org yg terlibat ngan bisnes spt minyak,keta,tol,pendidikan dn lain mana nak sokong pr sbb takut kerugian.sadihnya..pr nak bantu rakyat miskin,susah tapi majoriti rakyat malaysia terutama melayu masih dengan mentaliti mundur.
jawabnya kaya makin kaya,miskin makin miskin.nak membangun bersama islam pun xmau jugak.apa nak jadi malaysia ni

Tanpa Nama berkata...

Sesetengah orang malaysia masih berfikiran kolot masih tak berubahan tgk la minyak naik dan barang pun naik sbs duit dah habis dia kerjakan

Tanpa Nama berkata...

Em..apa pe pun aku ucapkan tahniah kat 3 negeri yang masih di bawah pemerintahan pakatan rakyat...cuma di kedah dah dirampas oleh BN..Hang pa tengok lah nanti lepas BN menang di kedah kamera AES mesti akan dipasang di setiap negeri kedah..lepas tue hang pa semua jgn nak bising2 n jgn nak marah2 & mengeluh asyik kena saman je..Hang pa jgak yang pilih BN kan..tgu n lihat je la nanti...

Tanpa Nama berkata...

saya tak pilih undi BN sebab,jika bn menang besar tahun ni, tahun depan maybe petrol naik lagi? risau tol pun akan naik?hmm gst entah lah!mereka unkit pasal GST tahun lepas? nasib baik tak jadi dilaksanakan.setahu saya malaysia ni jadi tumpuan warga asing,pelabur asing, ada minyak,rumah semakin hari semakin bertambah,tu semua bermakna sumber pendapatan negara bertambah.so kenapa perlu diunkitkan dirungutkan soal subsidi petrol dan lain2. bila harga petrol dibiar terus naik,harga barangan dan lain berganda ganda dinaikkan.

Tanpa Nama berkata...

tak undi bn bukan bermakna melayu tak bersatu. melayu boleh bersatu dalam PR,cina boleh bersatu dalam PR,india boleh bersatu dalam PR. semua bangsa bersatu padu dalam PR agar tekanan hidup tak terbeban kelak. Dalam islam pun menyuruh kita berbaik2 baik dan saling berkenal kenalan dan saling hormat menghormati tampa kira bangsa dan agama.

Tanpa Nama berkata...

semoga ALLAH S.W.T berikan petunjuk dan yang terbaik untuk kita semua.untuk Malaysia.semoga hidup kita diberkati sentiasa