Usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam disifatkan sebagai taktik kotor kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk menggagalkan tujuan sebenar setiap demonstrasi tersebut khususnya yang melibatkan parti pembangkang.
Malah menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Persekutuan juga secara jelas khuatir setiap demonstrasi yang diadakan itu akan menggugat mereka sekali gus tidak membenarkan demonstrasi diadakan di jalanan.
"Bagi kita, kita yang mahu melakukan demonstrasi. Jika demonstrasi itu diadakan di dalam stadium sahaja ia jelas sangat jauh dan terpisah daripada orang awam maka setiap demonstrasi yang akan diadakan tidak akan tercapai matlamatnya." katanya.
Khalid Samad berkata demikian ketika di hubungi Tv Selangor bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bahawa pihaknya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Simpang Pulai, Johor Bahru, semalam.
Hishammuddin berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.
"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya.
Hishammuddin berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.
Parti Pas merupakan antara penganjur Bersih selain PKR, DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, yang pernah mengadakan demonstrasi di tempat-tempat awam dan jalanan sebelum ini.
Ujar Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat, tujuan utama sesebuah demonstrasi itu dianjurkan adalah untuk menarik perhatian masyarakat umum akan setiap perkara yang diutarakan, dan jika ia dibuat di dalam stadium maka suasana demonstrasi akan menjadi hambar yakni seperti menonton permainan bola sepak yang hanya boleh bersorak ketika pemain menjaringkan gol ke gawang pihak lawan.
Tegas Khalid lagi, setiap demonstrasi yang diadakan oleh rakyat semata-mata untuk menyuarakan rasa hati serta bantahan mengenai sesuatu perkara yang tidak mendapat persetujuan mereka dan bukan untuk membuat kecoh atau menimbulkan huru-hara seperti yang diputar-belitkan sesetengah media.
"Seharusnya kerajaan pusat tidak menolak hak rakyat untuk berkumpul dan mengadakan demonstrasi secara aman bagi menzahirkan bantahan mereka terhadap sesuatu tindakan pihak kerajaan di jalanraya." ujarnya.
Bagaimanapun Khalid Samad berakata, beliau menyambut baik usul tersebut dan berharap kerajaan benar-benar akan menggunapakai amalan sistem demokrasi mengikut aturan parlimen dan bukannya menyekat hak dan kebebasan rakyat di Malaysia.
"Walaupun ini merupakan satu peningkatan dari segi amalan demokrasi di Malaysia, namun kerajaan perlu pastikan ia benar-benar dilaksanakan dan bukannya hangat-hangat 'tahi ayam' kerana sebelum ini di stadium juga tidak dibenarkan.Bagaimanapun tunjuk perasaan ini mesti dibenarkan di tempat awam juga."katanya. -tvsnews

6 ulasan:
berhimpun macam BERSIH 1 tempat yang sama, jangan biar BN manipulasi tempat, tumbangkan BN
kalo perkasa (or 'perkakas') berdemo x ape...kalo umno berdemo kt jalanan sbb sokong utusan x ape...kalo org lain x bleh...ape daaa...
jangan ikut cakap BN, ikut cakap rakyat, Mat Sabu hero rakyat
biasa la bro, kalau PR memerintah pun korang akan buat benada yg sama! ...sedangkan bendera 1Malaysia pun 'diharamkan' di selangor, apa lagi nak adakan demo tentang PR (kalau PR memerintah)
saya sokong buat demo di stadium. PERTAMA, rakyat dapat nyatakan apa yang mahu dinyatakan dan dirakam di seluruh dunia. KEDUA, dapat tempat yang amat kondusif, ada microphone, semua boleh dengar, ada parking, bilik air, tempat duduk, liputan berita dan rakaman video dari seluruh dunia, KETIGA, keselamatan rakyat lebih terjamin, dan polis tidak boleh ganggu dalam stadium kerana sudah ada permit; KEEMPAT, tidak menjejaskan perniagaan orang lain atau keselamatan orang lain yang tidak mahu bersama atau keselamatan harta benda. HAKIKATNYA jika dibuat di stadium sekalipun, bermakna KITA TELAH MENANG kerana DAPAT MENGADAKAN HIMPUNAN BERSIH secara legal dan berpermit! Kalau mereka tak bagi permit, kita buat juga, tapi bila ada permit, ada tempat, ada kemudahan, itu sudah cukup baik!
demonstrasi xde FRU xbest la.. xmcabar.. xleh main keja2..
Catat Ulasan