24 Mei 2011

[Video] 89 Disahkan Terbunuh Akibat Taufan Di Amerika

Kansas City: Sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh akibat puting beliung yang melanda bandar Joplin di Missouri, Amerika Syarikat, kelmarin.

Puting beliung itu melanda bandar yang terletak dekat sempadan Oklahoma dan Kansas kurang sebulan selepas bencana serupa menyebabkan 354 orang mati di tujuh wilayah di Amerika.

'Ia bak zon perang. Ratusan penduduk cedera dan kini dirawat di (Hospital) Memorial Hall, tetapi hospital itu telah kehabisan bekalan perubatan,' kata seorang editor di akhbar Joblin Globe, Encik Scott Meeker.

Sebuah lagi hospital setempat, Pusat Perubatan Daerah St John, mengalami kerosakan teruk ekoran puting beliung itu.

'Bumbung hospital hilang. Banyak tingkap pecah,' kata jurucakap hospital tersebut, Cik Cora Scott.

Puting beliung itu menyebabkan banyak rumah musnah di bandar Joplin, yang didiami sekitar 50,000 penduduk.

Seorang penduduk, Encik Jeff Law, 23 tahun, berkata beliau terkejut melihat keadaan bandar itu selepas bencana tersebut.

'Saya telah menetap di kejiranan ini sepanjang hidup saya dan saya tidak dapat cam di mana saya berada. Semuanya sudah berubah,' katanya.

Seorang lagi penduduk, Cik Jill Scales, berkata: 'Kami tidak mempunyai rumah lagi. Kami masih dalam keadaan terkejut. Kami tidak tahu ke mana hendak pergi selepas ini. Apa yang harus saya lakukan?'

Gabenor Missouri, Encik Jay Nixon, mengisythiharkan keadaan darurat dan mengerahkan bantuan askar bagi membantu usaha mencari dan menyelamat.

'Puting beliung ini telah menyebabkan kerosakan besar di serata Missouri dan ia terus membentangkan ancaman kepada kehidupan dan harta benda.

'Kami telah mengerahkan setiap agensi dan sumber yang ada bagi memastikan setiap keluarga di Missouri selamat, menjalankan kerja mencari mereka yang hilang, menyediakan bantuan perubatan kecemasan dan memulakan kerja pembangunan semula,' kata Encik Nixon.

Sementara itu, Presiden Barack Obama telah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa bencana itu dan berkata pemerintah bersedia menghulurkan bantuan.

'Kami memuji usaha berani mereka yang telah memberi respons dan mereka yang sedang berusaha membantu jiran dan rakan-rakan mereka dalam masa-ma sa sukar ini,' kata Encik Obama.

Pihak berkuasa berkata puting beliung turut melanda kawasan utara Minneapolis, menyebabkan seorang terkorban dan sekurang-kurangnya 30 cedera. -- AFP, AP, Reuters.


Jumlah kematian akibat puting beliung di AS meningkat

JOPLIN: Jumlah kematian akibat puting beliung yang melanda negeri barat tengah Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 116 orang sekali gus menjadikannya sebagai kejadian puting beliung paling berbahaya melanda negara itu dalam tempoh enam dekad.

Ramalan kaji cuaca memberi amaran lebih banyak ribut sedang dalam perjalanan menuju sekeliling Joplin, Missouri yang melanda bahagian berkenaan Ahad lalu mengakibatkan 116 maut, menyamai jumlah kematian yang dicatatkan ketika kejadian puting beliung terburuk sejak kiraan zaman moden Amerika Syarikat bermula pada 1950.

Puting beliung pada 1925 dikatakan mengorbankan 695 terbunuh di Missouri, Illinois dan Indiana, tetapi perangkaan itu kurang tepat. - AFP



2 ulasan:

Takafulnn berkata...

SubhanaAllah,,,Maha Kaya dan Agong dan Terlalu Adil Wahai Allah,,, Keadilan Mu amat Tinggi ,,Tak dapat dinafikan US adalah negara Kuat,,,Dunia cuba ditakut2kan dgn Tentera dan Kekuatan,,, as-syahid Osama diburu dan dibunuh,, tiada suara negara pun yg berani komplen,,,TETAPI ALLAH MENURUNKAN BALA KE ATAS NEGARA NYERRRR KERANA ALLAH INGIN MEMBERI PERINGATAN bahawa Kamu jgn terlalu Buat Jahat dan kerosakan di Bumi ciptaan KU,,,SEHEBAT MANER PUN US ..SEKALI BALA ALLAH DATANG SEMUA AKAN HANCUR

Takafulnn berkata...

SubhanaAllah,,,Maha Kaya dan Agong dan Terlalu Adil Wahai Allah,,, Keadilan Mu amat Tinggi ,,Tak dapat dinafikan US adalah negara Kuat,,,Dunia cuba ditakut2kan dgn Tentera dan Kekuatan,,, as-syahid Osama diburu dan dibunuh,, tiada suara negara pun yg berani komplen,,,TETAPI ALLAH MENURUNKAN BALA KE ATAS NEGARA NYERRRR KERANA ALLAH INGIN MEMBERI PERINGATAN bahawa Kamu jgn terlalu Buat Jahat dan kerosakan di Bumi ciptaan KU,,,SEHEBAT MANER PUN US ..SEKALI BALA ALLAH DATANG SEMUA AKAN HANCUR