Percubaan mendaftar warga asing dipercayai dari Thailand sebagai pengundi kini dikesan di Kelantan apabila satu program di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dikenali ‘Mydaftar’ akan diadakan Sabtu ini.
Perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar yang melahirkan rasa bimbang memandangkan program seperti itu belum pernah berlaku sebelum ini.
Beliau mendakwa tindakan ini sebagai langkah Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurut Kamaruddin, beliau mengesyaki pendaftaran membabitkan warga Thailand sebagai pengundi ekoran kawasan parlimen Tumpat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdekatan dengan sempadan.
Empat DUN dalam parlimen Tumpat ialah Pengkalan Kubur, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru. Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya menang satu kerusi iaitu Pengkalan Kubor iaitu Noor Zahidi Omar.
Sempadan Thailand
“Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersempadan dengan Thailand. Maka ramai rakyat Thailand adalah beragama Islam dan selalu keluar masuk ke negeri ini (Kelantan).
“Saya dimaklumkan perkara ini pagi semalam. Namun ia berlaku ketika solat Jumaat minggu lalu. Operasi seperti ini belum pernah berlaku dalam jajahan Tumpat ini.
“Operasi ini dijalankan menerusi satu program dikenali Mydaftar iaitu satu program bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini.
Program itu dikatakan diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.
Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.
“Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor,” katanya. -FMT

3 ulasan:
salam bahagia pd smua mslimin/mat... jujur pada diri sndiri atau pada tugas adalah 1tuntutan yg mesti dlm islam..so?AMANAH dan jujur lah kamu sebelum kamu di telungkupkan dlm KUBUR nanti.......jika bukan haq masa undi jgn di permain main kan olih org yg menguruskan PILIHAN RAYA....Mau dunia kah atau akhirat....biar cerdik di hati bukan cerdik di akal.........
Kerana nak menang pilihanraya dan nak kekalkan kuasa,UMNO tak ambil kira padah dan keburukan yang akan berlaku pada masa depan negara.Sekarang pun Malaysia "sudah bolos" dimasuki oleh begitu ramai orang asing dari Afrika,India,Pakistan,Bangladesh dan Indonesia serta China.Kebanjiran orang asing ini sudah tidak dapat dikawal lagi.Tiada usha yang tegas untuk mengatasi masaalah ini.Yang ini Brahim Katak tak mau sebut.UMNO akan dipertanggung-jawabkan dalam isu ini,olkeh anak cucu kita dihari muka.
jangan bimbang..saya org sempadan..org melayu thailand adalah mereka yg celik agama..mereka akan pangkah pas..wpun pd zahirnya mereka menyokong be end..
Catat Ulasan