24 Mei 2011

Rayuan Tian Chua Ditolak, Kerusi Parlimen Batu Kosong Sehingga PRU13?

Rayuan Tian Chua ditolak, status MP jadi tanda tanya

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Status Chua Tian Chang atau “Tian Chua” sebagai Ahli Parlimen Batu kekal tidak jelas selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuannya berhubung hukuman yang dikenakan atas tuduhan menggigit seorang anggota polis.

Naib Presiden PKR itu (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa mahkamah menolak rayuan ekoran bantahan timbalan pendakwa raya bahawa ia difailkan selepas tempoh 14 hari yang dibenarkan oleh undang-undang.

“Jadi hukuman tidak dicabar dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan status saya tidak berubah,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Karpal berkata mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari. -TMI

Ulasan GB

Persoalan timbul, apakah ini satu taktik kerajaan BN untuk mengurangkan kerusi ahli parlimen PR demi untuk mencapai sasaran 2/3 di parlimen?

Ini kerana jika Tian Chua diarah untuk mengosongkan kerusi parlimennya, sedangkan tiada lagi pilihanraya kecil diadakan, maka bererti kerusi parlimen Batu itu akan kosong sehingga pilihanraya umum ke 13 diadakan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tian chua nie memang bengong... dah lama org suruh letak jawatan, supaya boleh buat PRK lagi kat Batu.. jangan sampai hilang kelayakan... nanti BN dapat 2/3... tapi, sengal... x mau dengar cakap orang...

nanti bila dah dapat 2/3, dikatakan akibat x berjaya projek 16 sept... naper x berjaya? dikata pulak UG... sengal....