11 Mei 2011

"Projek Kad Pengenalan" - Dua Laporan Polis Dibuat

PKR gesa polis siasat dakwaan Umno guna warga asing pengundi

Zuraida (tengah) memegang salinan laporan polis di luar stesen polis di Bukit Sentosa hari ini. — Gambar oleh Choo Choy May

HULU SELANGOR, 11 Mei — PKR mempertahankan dakwaan bahawa Umno Hulu Selangor ada memohon kelulusan menukar taraf pemastautin tetap membabitkan kira-kira 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin menggesa polis menyiasat dakwaan terhadap Umno Hulu Selangor dan mengesahkan ketulenan surat yang diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri.

“Surat itu ada di sini, bukti.

“Biar polis siasat, saya tidak tahu jika surat ini palsu... (tapi) ia datang dari sumber yang boleh dipercayai... pejabat kerajaan,” katanya.

Umno Hulu Selangor berkata surat itu bukan daripada Umno bahagian itu kerana tandatangan ketua Umno Datuk Mohamed Idris Abu Bakar salah dan ejaan nama juga tidak betul.

“Kami minta polis siasat sama ada wujud sindiket yang memberikan kad pengenalan dan kelayakan pemastautin kepada warga asing untuk digunakan bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13,” kata ahli majlis pimpinan PKR pusat Khalid Jaafar yang turut bersama Zuraida.

Terdahulu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa.

Dalam laporan polis itu, beliau mendesak polis menyiasat Idris dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana menyalah guna kuasa.

Khalid juga merujuk kepada usaha sama yang dilakukan dalam “Projek IC” di Sabah, di mana pendatang asing tanpa izin diberikan kad pengenalan rakyat Malaysia.


MPP PKR Buat Laporan Polis 'Kerakyatan Mengundi'

RAWANG 11 MEI : Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPP) PKR, Khalid Jaafar hari ini membuat laporan polis berhubung surat permohonan Umno-Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor untuk mendapatkan kelulusan kewarganegaraan Malaysia bagi warga asing di kawasan Parlimen itu di Balai Polis Bukit Sentosa.

Mengulas laporan yg dibuat jam 10.30 pagi itu, Khalid berkata ia adalah perkara lama yang dikenali sebagai projek ' Kad Pengenalan ' yang telah sekian lama bertapak di Sabah dan kini melarat ke semenanjung Malaysia.

" Ia adalah masalah yang serius dan ianya pernah berlaku di Sabah dan dikenali sebagai projek ' Kad Pengenalan ' dengan memberi kewarganegaraan pada warga asing dan ia berlaku sewaktu pilihan raya di Likas.

" Mahkamah juga telah membatalkan keputusan pilihan raya tersebut."ujarnya.

Bercakap kepada Tv Selangor, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Umno-BN yang disifatkan sebagai terdesak dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

"Dalam kenyataan yang didedahkan baru-baru ini sudah jelas menunjukkan pemberian kad pengenalan ini sebagai jaminan kerajaan untuk memenangkan Umno-BN. Saya berharap polis segera mengambil tindakan," tegasnya.

Semalam, PKR mendedahkan usaha terbaru Umno-BN bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing telah dikenalpasti sebagai usaha mengundi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Sejajar dengan gesaan Perdana Menteri, Najib Razak minggu lalu yang mengarah keseluruhan jentera Umno Selangor menggunakan segala senjata yang ada untuk menawan kembali Selangor pada pilihan raya akan datang.

Natijahnya, Ketua Umno bahagian Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan 2,000 keping borang permohonan kepada Menteri Dalam Negeri untuk diberikan sijil kewarganegaraan.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Borhan Aman Shah turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas penyelewengan tersebut.

"Kita sebagai warganegara meminta keadilan diberikan kepada semua pihak supaya taraf kewarganegaraan ini tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada warga asing,"

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan tindakan terdesak Umno-BN ini sebagai terdesak sehingga sanggup menggadai keselamatan negara demi kelangsungan politik mereka.

"Ia juga melibatkan isu keselamatan negara, kita tidak mahu perkara buruk berlaku kelak dan ini juga satu pengkhianatan dengan mmberi taraf warganegara kepada warga asing" ujarnya.

Tambah Zuraida, KDN harus mengambil tindakan segera kerana ia melibatkan keselamatan dan pengkhinatan kepada rakyat Malaysia. -tvsnews


Ulasan GB

Sekalipun diberitakan ada penafian dari UMNO Hulu Selangor terhadap surat berkenaan, namun rasanya penafian tersebut tidak kokoh.

Dan KDN pula juga dilihat pantas membuat penafian memberi kerakyatan daftar warga asing pengundi sokong BN sedangkan hal ini telah berlaku bertahun lamanya.

Pakatan Rakyat kini perlu kumpulkan bukti lagi dan pastikan KDN juga nanti boleh diheret ke muka pengadilan.

6 ulasan:

anuafpsb berkata...

memang diakui kemungkinan bolih ujud kerana kini di Selangor terutama di kawasan Sungai Buloh,Paya Jaras,Kuang ramai didapati warga asing terutama nya Indonesia dari suku kaum Acheh.Mereka berkampong dah mencari rezeki dengan berniaga ( mempunyai kedai runcit ), buruh kasar dan buruh kontraktor.Mereka ini memang dahagakan untuk jadi sebagai penghuni tetap.

Blogger berkata...

Sebab nak menang punya pasal lama-lama orang asing bertambah ramai kat Malysia,kita yang sedia dok ada nak pi duduq mana,cuber cherita mai....

COLA tak sama dengan ELAUN RUMAH berkata...

Itulah yang berlaku sekarang ni di SABAH.. Rakyat FILIPINA telah menguasai Negeri SABAH.. Dan tak heranlah satu hari nanti SABAH akan keluar dari MALAISIA... Satu lagi terlalu ramai warga asing berada di bumi MALAISIA nih,, Warga INDON, PAKIS, BANGLA, KEMBOJA, INDIA, THAI, MYAN dah ramai yang berniaga dan mempunyai aset mereka di Bumi MALAISIA nihh.. Rakyat MALAISIA akan pupus.... (Mainkanlah lagu anak kecil main api yang di Banggakan oleh pemimpin UMNGOK dan itulah yang akan terjadi di Bumi MALAISIA ini).

citet berkata...

kes yang kat sabah tu memang betul.ade ke patut bagi w/negara kat bangsa pakistan,itupun selidik punya selidik segelintir dengan diaorang yang wat niaga kat sini mcm mn dpt kad pengenalan"H"...saya dapat tau sejak dok wat pas kerja untuk pegawai dagang kat sarawak ni..diaorang(pakistan)lari ke sini wat business bila polisi sabah sana tak terima diaorang...hampeh politik punya pasal...

Tanpa Nama berkata...

Ada warga pakistan selalu datang kawasan saya jual karpet dan macam2.Saya tanya dia pasal visa dia kat negara ni tapi dia kata dia ada kad pengenalan dan dia tunjukkan pada saya saya pun terkejut sbb sama dengan kat pengenalan saya dan dia tiap2 bulan datang rumah saya sbb isteri saya berhutang secara bulanan selalu juga dia balik pakistan.Sekarang ni lama tak jumpa dia sbb dah tak berhutang lagi dengannya.Herannya macamana bleh dapat kad pengenalan tu..

Tanpa Nama berkata...

Polis dan askar pun dah ada 2 kad pengenalan. Satu kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan org awam.