11 Mei 2011

[Video] Subsidi Gula Dipotong Lagi, Permata Kaut RM111 Juta

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (gambar) menyifatkan tindakan kerajaan Umno menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut menyifatkan alasan yang diberikan Umno-BN itu bahawa harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina sebagai dangkal.

"Kenaikan (harga gula) kali keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)," kata Idris Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Idris, alasan daripada kerajaan bahawa ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen adalah tidak masuk akal sekali gus mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Umno-BN dalam menguruskan kewangan negara.

"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara?


"Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol," tegasnya.

Dalam pada itu Idris turut mempersoalkan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah Mansor.

"Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

"Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja,
" tambahnya.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Coverup duit yang disalurkan untukpermata. kemudian duit ini standby untuk meraih undi PRU13 kemudian wang itu digunakan untuk menaikkan apa saja dalam pembentangan bajet nanti!!

Itu tak cukup lagi.. pasti ada lagi yang akan naik ron 95 digantikan dengan Ron 95 extra(Ron 95 asal) dan Ron 95 asal akan ditukar dengan Ron 92 dulu!!! dan ada lagi!!! tunggu saja masa semakin singkat... ubahlah .. jatuhkan lah BN!!!

Tanpa Nama berkata...

Untuk menaikkan harga gula dibandingkan dengan harga negara lain yang mahal. Kenapa tak nak membandingkan dengan negara lain yang memberi gaji mahal kepada pekerja untuk menaikkan gaji/upah di Malaysia? Bab naik gaji tidak mahu ikut negara lain. Inilah kantoinya kerajaan BN.