Harga minyak jatuh AS$101 setong
Harga minyak di Asia jatuh kepada AS$101 setong hari ini.
Sehubungan itu, peniaga mengunjurkan pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan yang lemah.
Menurut laporan AP, penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh dalam lingkungan AS$1.65 kepada AS$100.90 setong bagi tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi Bursa Merkantil New York.
Sementara itu, kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55 pada Isnin.
Di sebalik penurunan itu, bermula 5 Mei lalu, petrol RON 97 dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, iaitu meningkat lagi sebanyak 20 sen.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. -mk
Ulasan GB
Menurut kerajaan harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa.
Kini harga minyak menjunam turun, menjadi kewajipan kerajaan Malaysia menurunkan harga minyak. GB difahamkan Singapura sudah pun menurunkan harga minyaknya semalam.
Jika kerajaan Malaysia tidak menurunkan harga minyak RON97 ternyata benarlah kerajaan UMNO BN adalah PENIPU rakyat, dan rakyat pastikan akan menurunkan UMNO BN dari memegang tampuk pemerintahan negara di dalam pilihanraya akan datang ini.
Ayuh PR, tiupkan semboyan, pukul gendang perang!

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).
Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dikatakan berpunca akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.
Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON 95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. -mk 04/05/11
Ulasan GB
Menurut kerajaan harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa.
Kini harga minyak menjunam turun, menjadi kewajipan kerajaan Malaysia menurunkan harga minyak. GB difahamkan Singapura sudah pun menurunkan harga minyaknya semalam.
Jika kerajaan Malaysia tidak menurunkan harga minyak RON97 ternyata benarlah kerajaan UMNO BN adalah PENIPU rakyat, dan rakyat pastikan akan menurunkan UMNO BN dari memegang tampuk pemerintahan negara di dalam pilihanraya akan datang ini.
Ayuh PR, tiupkan semboyan, pukul gendang perang!
3 ulasan:
harga minyak tu baru je sehari dua ni turun macam tu. tunggu la lepas dua minggu kalau RON97 tak turun juga baru la desak. sebelum ni pun bukan nya minyak naik hari ni esok RON97 naik harga.
Agak mustahil BN akan turunkan harga minyak di Malaysia. Jika harga telah di naikkan tetapi harga pasaran menurun itu akan lebih menguntungkan mereka.
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
.
Mana menteri menaik harga barang? Bagi alasan sikit mengapa harga minyak tak turun?
Catat Ulasan