3 Mei 2011

Bekas Canselor Jerman Kecam Amerika Bunuh Osama

Mantan Cancelor Jerman Helmut Schmidt di Berlin, hari ini mengecam pembunuhan pemimpin Al Qaeda oleh komando Amerika Syarikat dan mengatakan bahawa tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Berbicara dengan televisyen Jerman, Schmidt–kini 93 tahun dan menjadi Canselor Jerman 1974-1982 – menyatakan, pembunuhan terhadap Osama bin Laden jelas melanggar hukum antarabangsa yang ada.

Dia memperingatkan, operasi komando AS itu boleh memberi impak global yang tak dapat diramalkan, terutama di dunia Arab yang kini sedang dilanda rusuhan besar.

Sementara itu, dari Kairo, pemimpin pusat pengajaran Muslim Sunni Mesir, Al Azhar, mengecam ”pembuangan” jenazah Osama bin Laden di laut oleh tentara Amerika Syarikat, semalam, sebagai satu penghinaan terhadap nilai-nilai agama dan kemanusiaan.

Umat Islam sangat menghormati pengkuburan di darat dan menerima pemakaman di laut hanya di dalam kes di mana mayat tidak dapat dipertahankan di atas kapal hingga kapal itu mencapai pantai.

”Imam Besar, Dr Ahmaed El-Tayeb, sheikh Al Azhar, mengecam laporan, jika benar, mengenai pembuangan jenazah Osama bin Laden ke laut itu," kata pernyataan yang dikeluarkan Al Azhar, yang dihormati di sekeliling dunia oleh banyak Muslim Sunni sebagai pusat pengajaran agama.

”Prosedur (pemakaman Bin Laden oleh AS) itu bertentangan semua nilai agama dan norma-norma kemanusiaan,” kata pernyataan tersebut.

”Imam Besar menegaskan, dilarang dalam Islam merosakkan mayat, apa pun keyakinannya. Orang menghormati mayat dengan mengkuburkannya.”

Seorang pengacara Islam terkenal Mesir juga mengecam tindakan AS itu dan menyatakan bahawa jenazah Osama bin Laden sebaiknya dimakamkan di negara asalnya, Arab Saudi, salah satu sekutu AS.

Sementara sebahagian orang senang dengan kematian Osama, terutama warga AS, beberapa pemimpin dan pengamat mengingatkan bahwa perjuangan Al Qaeda belum berakhir. -kompas


Dunia Lebih Selamat Dengan Kematian Osama - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. "Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

Katanya ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan kekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.

Mengulas tindakan pihak Amerika Syarikat itu, Najib berkata walaupun mengambil masa 10 tahun, pihak yang menjadi mangsa akan tetap tuntut pembalasan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas orang awam yang menjadi mangsa pembunuhan.

Menyentuh tindakan rangkaian Al-Qaeda ke atas ancaman keselamatan negara, Najib berkata pada masa ini, tiada ada tanda-tanda yang anggota kumpulan itu berada di dalam negara.

Bagaimanapun, katanya polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengesan mana-mana kumpulan yang mahu mengancam keselamatan negara kerana simpati dengan kematian pengasas kumpulan A-Qaeda itu.

"Ini satu tamparan yang hebat kepada Al-Qaeda, ini bukan bererti mereka akan terkubur sama sekali, kita tidak boleh anggap bahawa segala-galanya sudah pun tamat.

"Tetapi jelas bahawa kumpulan itu hilang kekuatan dengan kehilangan Osama bin Laden yang merupakan sumber inspirasi kepada pergerakan itu," katanya. -BERNAMA



Nik Aziz: Pandangan dunia selamat tanpa Osama ‘kata tak cermat’

Kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama bin Laden di tangan pasukan elit Amerika Syarikat (AS) adalah pandangan tidak cermat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Selain itu tegas beliau, kenyataan seperti itu menampakkan diri pihak yang mengeluarkan pandangan berkenaan sebagai penyokong AS.

“Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?”
kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Nik Aziz tidak menyebut nama pihak berkenaan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan AS di Pakistan dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.

“Saya harap ia (kematian Osama) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berharap kematian pengasas Al-Qaeda itu akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Beliau juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas Al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak Al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya. -TMI


Ulasan GB

Sungguh memalukan apabila PM Malaysia berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden yang dibunuh oleh Amerika sedangkan pemimpin bukan Islam sendiri iaitu mantan Cancelor Jerman Helmut Schmidt di Berlin, mengecam pembunuhan pemimpin Al Qaeda oleh komando Amerika Syarikat dan mengatakan bahwa tindakan itu melanggar hukum antarabangsa.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rumah Osama sudah ditanda dalam Google Maps...

34.169343,73.242508

Tanpa Nama berkata...

2 peribadi pemimpin yg berbeza mmg patut la sorang berkiblatkan yahudi, seorang berpandukan alquran n assunnah, tp pelik yg suka yahudi gak org puja2

Unknown berkata...

sebenarnya Osama tak wujud pun.Kenapa AS nak buang dalam laut klu betul mayat Osama?semua ni adalah konspirasi

Tanpa Nama berkata...

malaysia lebih aman tanpa PR... pandangan mereka yang menentang PR.. seperti kata najib rosmah lebih damai tanpa Osama... jelaslah umnobn adalah penyokong amerika dan yahudi laknatullah