3 Mei 2011

Kes Pengawal Istana Kelantan Ditembak: Inkues Buang Masa, Pembunuhnya Terlepas.

Inkues gagal cari penembak Ramli

TUMPAT - Mahkamah Koroner di sini semalam memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad pada 1 Mei 2010 sebagai penghakiman terbuka kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.

Semasa membaca keputusan itu, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata, keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula pada 10 Januari lepas tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.

"Sepanjang inkues dijalankan, tidak ada keterangan daripada saksi-saksi yang melihat kejadian tembak berlaku dan tidak ada bukti yang menunjukkan siapa pelakunya sehingga menyebabkan kematian mangsa.

"Berdasarkan keterangan saksi dan pemerhatian, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes penghakiman terbuka di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," kata beliau. -kosmo


Keluarga pengawal istana terkilan keputusan inkues

TUMPAT: “Kami sekeluarga sedikit terkilan dengan keputusan ini. Selepas hampir setahun penantian, keputusan masih tidak memihak kepada keluarga kami. Harapan kami semoga ada saksi tampil selain kes dapat diteruskan,” kata Muhammad Faris Ramli, 20.

Muhammad Faris berkata demikian sejurus dia bersama ibunya, Maznah Mustapa, 51, dan kakaknya, Nurain Balkis Ramli, 24, selesai mendengar keputusan kematian bapanya, Ramli Mohd, yang ditembak dalam kejadian di Palekbang, dekat sini, pada awal pagi 1 Mei tahun lalu.

Koroner Raja Norshuziana Shakila Raja Mamat dalam keputusannya semalam, memutuskan inkues kematian pengawal istana terbabit sebagai ‘open verdict’ atau keputusan terbuka berikutan keterangan yang ada tidak mencukupi untuk merekodkan keputusan lain.

“Sepanjang inkues, tiada keterangan daripada saksi yang melihat kejadian tembak berlaku dan tiada saksi yang boleh menentukan siapa pelakunya sehingga menyebabkan kematian mangsa.

“Dengan ini saya dapati kes inkues ini adalah ‘open verdict’ yang berlaku apabila keterangan tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap dikehendaki untuk merekodkan keputusan lain,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan saksi inkues dan pemerhatiannya, Allahyarham Ramli Mohd meninggal dunia pada jam 3.25 pagi di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), 19 Mei tahun lalu. -hm



Ulasan GB

Rakyat menjadi hairan sudah tiga inkues membuat keputusan yang hampir serupa - tidak menemui "pembunuh sebenar" kepada mangsa.

1) Inkues kematian Gunasegaran di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan "keputusan terbuka" berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

2) Inkues kematian Teoh Beng Hock di mana koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa kes inkues itu juga adalah satu kes “keputusan terbuka” dengan beralasan yang serupa di atas: keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.

3) Kini, inkues kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat juga memberikan "keputusan terbuka" kerana dikatakan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.

Apa cerita ni? Buang masa, buang wang negara dengan pewujudan inkues.

Hakim-hakim seperti "takut" untuk menetapkan hukuman dan seperti mahu melindungi pihak tertentu kerana ketiga-tiga kes di atas melibatkan pihak polis.

Jika demikianlah keadaannya, rakyat wajar persoalkan peranan Istana Keadilan (Palace of Justice), peranan hakim-hakim dan peranan institusi kehakiman negara yang sepatunya menjadi payung kebenaran dan keadilan tetapi kini musnah akibat dari sikap para hakim yang tidak bertaggungjawab.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian keluarga Ramli. Memang inkues buang masa.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya proses inkues di Malaysia lebih merupakan proses utk menyelamatkan pesalah/penjenayah secara terhormat!

Tanpa Nama berkata...

Memang betul, yang lemah tiada pembelaan sewajarnya.