Animasi saintifik tunjuk Teoh mati kerana terjun: Saksi
Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan animasi saintifik yang dilakukannya, ada kemungkinan Teoh mati kerana terjun dari tempat tinggi.
Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat pensendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Teoh dengan menggunakan animasi saintifik berkaitan pergerakan Teoh jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.
Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.
Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.
"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.
Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.
Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu, Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim, Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr Peter Vanezis.
Sebelum ini idea untuk menggunakan kaedah animasi ini tercetus selepas Dr Prashant mengemukakan teori bahawa Teoh berkemungkinan mencangkung di tepi tingkap sebelum jatuh.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka".
Suruhanjaya Siasatan itu dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk TS Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh; dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA
Ulasan GB
Buat masa ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja masih cuba untuk mengenalpasti cara Teoh jatuh dari bangunan tersebut.
Kedua-dua teori, samada Teoh mencangkung di birai tingkap lalu terjun, atau ditolak melintang - menurut Profesor Sallehuddin Muhamad di atas - adalah tidak mungkin.
Yang menghairankan sekalipun Prof Sallehuddin menyatakan kedua-duanya tidak mungkin berlaku, tetapi BERNAMA cepat untuk merumuskan:

Satu rumusan yang tidak tepat, dimana Prof tersebut menyatakan bahawa:

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap"
Yang pasti, jik abenar Teoh dibunuh, maka pembunuhnya sekarang sedang tersenyum lebar mengikut perkembangan siasatan yang dilaporkan oleh Bernama ini!

'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'
Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.
Dalam laporannya, Profesor Sallehuddin Muhamad, dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.
Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.
"Mencangkung di birai tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.
Sallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.
Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.
Tolakan ke bawah
Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.
Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.
"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.
Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.
Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka. -mk
Ulasan GB
Buat masa ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja masih cuba untuk mengenalpasti cara Teoh jatuh dari bangunan tersebut.
Kedua-dua teori, samada Teoh mencangkung di birai tingkap lalu terjun, atau ditolak melintang - menurut Profesor Sallehuddin Muhamad di atas - adalah tidak mungkin.
Yang menghairankan sekalipun Prof Sallehuddin menyatakan kedua-duanya tidak mungkin berlaku, tetapi BERNAMA cepat untuk merumuskan:
Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu, Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim, Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr Peter Vanezis.
Satu rumusan yang tidak tepat, dimana Prof tersebut menyatakan bahawa:
Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.
"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap"
Yang pasti, jik abenar Teoh dibunuh, maka pembunuhnya sekarang sedang tersenyum lebar mengikut perkembangan siasatan yang dilaporkan oleh Bernama ini!
4 ulasan:
Senyumlah sepuas-puasnya pembunuh TBH
kerana bila ajal menjemputmu maka tiada peluang lagi kau akan senyum
buat selama-lamanya dari alam barzakh hingga ke akhirat.
Melihatkan perkembangan perbicaraan Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, kita tidak akan dapat tahu siapa orang yang mengarahkan pembunuhan atau orang yang membunuh..
Itu adalah salah satu sebabnya mengapa orang Cina diseluruh negara tidak menyokong BN dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan.
Ketika dalam keadaan terdesak PM masih terhegeh-hegeh mengharapkan sokongan dari orang Cina supaya menyokong BN.
Bila pujuk rayu tidak diendahkan, tukar cara dengan mengugut pulak. Memang kelakar tindakan orang yang terdesak.
Si pembunuh mungkin boleh ketawa atau tersenyum ketika ini kerana semua orang yang memberi keterangan memutar belitkan fakta bagi melindungi mereka yang terlibat.
Tapi kes Teoh Beng Hock ini jika tidak selesai dengan mengenal pasti siapa yang bertanggongjawab melakukan pembunuhan itu akan jadi masaalah besar bagi BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Si pembunuh perlu turun padang berkempen untuk UMNO BN agar menang dalam pilihanraya ke13 seperti yang dilakukan oleh Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurussetiaan Polis Bukit Aman,Datuk Dr Abdul Rahman.
terlampau bijak pun susah bodoh pun susah..... TAPI dari persepsi pandang dan lihat yang saya dapat rasakan ialah Teoh Beng hock telah diseksa dan hambat dan dikejar dan Teoh Beng Hock lari melalui tingkap kecil itu.....
bukan membunuh diri tapi melarikan diri dari orang yang sedang menyeksanya seperti apa yang terjadi kepada suspek yang ditangkap dahulu yang menceritakan bagaimana dia diseksa....
Disini berlaku tarik menarik itulah sebabnya ada kesan calar ditengkoknya semasa dia nak menghulur keluar kepalanya ketingkap, seperti apa yang telah dikatakan oleh Dr Ponthip.... Sekarang cuba bayangkan apa akan terjadi seterus...dalam keadaan ini
1. kemungkinan menggelonsor jatuh atau tak sempat nak diselamatkan oleh Polis yang menyeksa dan akhirnya dia jatuh ini bermaksud jatuhnya tidak lah jauh seperti orang menolak tapi jatuh menggelonsor kerana imbangan badannya telah melebihi keparas bawah pusat. Ini jelas membuktikan ianya bukan bunuh diri tapi meloloskan diri dari diseksa... Keputusannya ialah membunuh tanpa niat tapi yang penting hanya Allah yang lebih mengetahui kerana sebelum kematiannya mereka-mereka yang terbabit dalam soal siasat ini memang orang-orang yang ganas....contoh lihat saja apa yang telah diberitakan oleh suspek atau saksi yang mengatakan dia telah disekasa semasa dalam tahana...itu adfalah kebenaran... hal ini perlu di interrogate dengan lebih terperinci. Ini bukan kerja mainan.
Tapi kalau mengikut gambar mayat Teoh, terdapat koyakan yg besar bahagian punggung seluar Teoh. Kemungkinan besar Teoh telah mati semasa soal siasat. Kemudian mayatnya diheret keluar dan diletakkan pada tempat mayat dia ditemui untuk memberi gambaran yg dia mati terjatuh, bukannya mati sebab kena bunuh.
Catat Ulasan