24 Mei 2011

Anak Mati Lemas Dalam Kereta Yang Terkunci

Machang: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.

Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.

Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.

“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.

“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.

“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.

“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah. -hm


Budak lemas dalam kereta bapa

ISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin.

TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.

Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.

Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.

Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen. -kosmo


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peringatan kepada semua dan diri saya sendiri....

pastikan kereta anda 'kosong' / 'empty' / 'zero' sebelum ditinggalkan.

Alfatehah dan sedekahkan pada Arwah Adik Nor Izzyan Natasya Ishak.

Fik1971

Tanpa Nama berkata...

Betul, betul.
Dan kalau kita terlihat kes2 seumpama tu (budak2 ditinggalkan sednirian dlm keta), sama2 kita bantu membantu ingatkan penjaganya.

Tanpa Nama berkata...

Kelalaian org dewasa membawa padah kepada kanak-kanak yg tak berupaya...tidak mampu nak membayangkan kesengsaraan dan penderitaan arwah selama sejam tanpa udara...sesalan yang tak terunkap dek kata-kata...

damailah Adik Nor Izzyan Natasya Ishak di sisi Pencipta nya...



she

Azza Azman berkata...

Ya alLah... ape lah salah budak tu. Kecian. Tak alert la ni. Bukan bawak bas.. kancil je pun...

Angin Selat Melaka berkata...

Antara komen yg daku jumpa mengenai hal ini:

1)sesungguhnya laki ni memang baghal sesangat. dan kematian anaknya itulah harga yang perlu dia bayar.

2)bapa kepada mangsa amatlah terencat otak tahap tidak boleh dibantu....orang melayu ini sering saya lihat suka bawa anak2 kecil berderet ke perkuburan sewaktu pengebumian...semacam acara keraian pula....menyemak sahaja bawa anak2 kecil tengah panas terik...tunggu dirumah bersama ibu mereka adalah lebih afdhol....

3)hanya orang bodoh dan sakai sahaja tinggalkan anak2 dalam kereta...walau mahu keluar 10minit seharusnya matikan engine dan keluarkan anak2 kamu orang yang berderet itu....pernah saya terbaca dalam forum ini....seorang ibu baru dapat gaji sekaligus mengeluarkan gajinya bersama2 barang kemas dia di bank....dia simpan dalma handbag...dia membawa 2 anak kecilnya yang berusia 4 tahun dan seorang lagi lupa berapa tahun....dia singgah di kedai dobi untuk mengambil pakaian....lantas dipesan kepada si anak2 kecilnya supaya jaga handbag dia yang terkandung uwang ringgit + barang kemas dan kereta serta kunci pintu...kerna dia mahu keluar sekejap sahaja...menurut dia tidak sampai 10minit dia ke kedai dobi itu...dia terdengar bunyi motor dipecut dengan kuat...lantas dia berpaling menoleh kereta dia...kelihatannya pintu kereta tidak ditutup dan anak2 dia menangis....dia dirampok...handbag dia hilang dan seutas rantai emas yang dipakai oleh anak perempuan dia jua diragut....inilah bahananya apabila ibu bapa mengambil enteng soal keselamatan....

antara kisah2 yang berlaku dimalaysia boleh kita perhatikan..sesungguhnya masih ramai ibu bapa diluar sana yang tidak tahu menjaga keselamatan anak2...suka mengambil mudah....dan cuai....belum lagi kita baca lambakan kes kecuaian ibu bapa yang tinggalkan anak2 kecil bersendirian dirumah....tidak habis fikir saya...bagaimana orang2 seperti ini jadi ibubapa kanak2

Daku punya komen pula: ala...satu anak jer..ada lagi 5. Kan ke semua sekali 6 anak dia?...Ada satu kes tu lagi parah; mak kehilangan 3 anak sekaligus dihanyut air deras - terus jadi janda tak ada anak. Tu lagi teruk.

Apa2 pun, sesiapa yg terfikir nak kurangkan kesedihan dan kemarahan dgn membuat rawatan muka, sila rujuk web page ini:

Rawatan Muka menghilangkan Jerawat, Resdung dan Hidung Gatal Tersumbat

Ok. Thanks.

Si Hitam Manis berkata...

tak dapat dibayangkan betapa terseksa budak tu mati kepanasan tak cukup oksigen.

tak dapat terima alasan terlupa anak dalam kereta.