11 Apr 2011

Omega Yang Dibisingkannya Di PRN Sarawak

Gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.

Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat.

Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.

Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal rejim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.

Pemberita penyiaran itu (gambar) dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.

Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.

Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.

“Untuk apa saya menjawab soalan-soala ini (isu video fitnah)?

Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?

“Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan,” kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu. -jalanpulang


Anwar naik angin ditanya tentang video seks

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin apabila bertanya tentang video seks lelaki yang didakwa miripnya dengan seorang wanita muda.

Ketua pembangkang itu naik angin bila ditanya wartawan tentang jam
Omega, yang didakwa trio Datuk T yang menayang video itu, ditinggal Anwar di bilik hotel tempat rakaman itu didakwa dibuat.

Anwar: Apa kena mengena jam Omega. sudah establish ke benda tu?

Wartawan: Datuk Seri adakah...

Anwar: Jawab soalan tu. adakah sudah establish.

Wartawan: Dalam tweet sebelum ni...

Anwar: Pasal apa saya nak jawab?

Wartawan: Itu sebab saya tanya.

Anwar kemudiannya bertanya kepada wartawan penyiaran itu, sama ada berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kaitannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Anwar: Pernah ada orang tanya?

Wartawan: Sebelum ni Datuk Seri...

Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.

Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika...

Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.

Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.

Anwar: Dah habis soalan?

Wartawan: Belum

Anwar: Habiskan soalan.

Wartawan lain: Apa pendapat Datuk Seri tentang....

Anwar: Biarkan dia habiskan soalanya. Saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana Umno operate.

Wartawan: Tak ada kena mengena dengan Umno. Saya media, saya jalankan tugas saya.

Anwar: Ya, saya tahu tugas media.

Wartawan: Sebelum ni Datin Seri Wan azizah kata ada jam dalam tangan.

Anwar: Ya.

Wartawan: Tapi belum lagi serah pada polis.

Anwar: Bila yang polis minta?

Wartawan: Jadi jam tu ada pada Datuk Seri?

Anwar: Bila yang polis minta? bila yang polis minta?

(Beberapa orang cuba menghentikan perbalahan tersebut)

Anwar: Tak apa, tak apa. saya nak tengok media perkakas Umno tanya soalan. Soalannya polis minta. bila polis minta. polis tak minta.

Wartawan: jadi...

Anwar: You tanya soalan I jawab.

Wartawan: Datuk Seri tak jawab soalan saya.

Anwar: You bagitau polis minta, saya bagitau polis tak minta.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri akan menyerahkannya?

Anwar: Biar polis minta. Apa isunya? Isunya ialah video. Mereka akan tanya hotel mana, adalah saya pergi ke hotel tersebut. Mengapa harus saya melayan soalan-soalan ini? Biar polis yang mengendalikannya. Soalan berikutnya. -mk


Ulasan GB

Jam Omega yang ditanya sewaktu PRN Sarawak. Rendah sangat mentaliti wartawan berkenaan.

Bermula kisah jam Omega ialah semasa Datuk Eskay menyatakan bahawa kononnya beliau telah diminta oleh Anwar untuk mengambil jam tersebut yang tertinggal di dalam bilik hotel.

Kemudian, tiba-tiba katanya yang ditemui ialah video seks.

Di dalam sidang media pula Eskay ini mengaku pula dia juga ada di dalam lakonan video berkenaan.

Bukankah bengap namanya tu, nak menipu tapi terbarai?

Tentang jam Omega pula. Ia tidak memberi apa-apa makna. Jika Eskay dapat tunjukkan jam Omega kepunyaan Anwar, beliau boleh dicaj mencuri. Jam Omega tidak signifikan di dalam kes ini kerana, mana-mana pihak pun boleh mendapatinya di kedai. Ini jam Omega milik Anwar. Habis cerita.

So apa yang bising sangat pasal Omega. Kalau "telur" Omega yang diperolehi mungkinlah ada kesannya. Sebab telur Omega tulen milik Anwar tak mungkin ada di kedai. Pun Eskay tak boleh curi. Kalauia di kedai itu bukanlah telur Omega tulen milik Anwar atau silap haribulan ia telur Omega tiruan.


7 ulasan:

otaklunyai berkata...

Lebih 90% wartawan kat m'sia ni kurang beretika utk menjadi wartawan. Pulak tu sekali dgn bangang... kalau tak da cerita dalam kain orang wartawan2 ni mampus kebuloq tak boleh cari makan... seumur hidup cari makan dgn jaja cerita dalam kain orang... mentekedarah duit haram... dapat duit hasil mengumpat dan fitnah orang...

Tanpa Nama berkata...

Wartawan tu macam Nik Suriani Megat Deraman, pernah baca berita di TV3.

Tanpa Nama berkata...

... macam mane bole jadi wartawan, kalu soalan pun tak ikut situasi semasa, ikut suka hati je, ketinggalan keretapi nampaknya wartawan ni.

Tanpa Nama berkata...

Satu saja persoalan....apa yg susah sgt nak tunjuk jam omega tue?

asal tanya pasal jam omega jer naik angin satu badan pak sheikh hangpa nie....tunjuk jer la kat rakyat.....ramai yg nak tengok pak sheikh hangpa tunjuk bukti....kalau jam tue ditunjuk pd rakyat....saham PR akan naik melambung....sbb org tau aksi sex dgn china doll tue tak betol....

Pak sheikh yg naik syeikh..ha..ha..ha....

Sekurang2nya Najib berani gak bersumpak.....pak Sheikh......dah mula kena makan sumpah.....

Soalan tue kira ikut situasi semasa la bro....hang yg ketinggalan keretapi....dok kena auta dgn pak sheikh.....hi..hi..hi...

antiwaanfusanawaanfusini berkata...

awat la bengong sangat dato T tu? Kalau dah Anwar suruh ambil jam tu, takkan dia tak serah jam tu kpd Anwar? Nampak sgt nak menipu. Jam Omega tu pun boleh dibeli dimana2 kedai jam. Nak calit DNA Anwar bukan susah sangat pun. Bahan DNA boleh diambil dari pelbagai cara, (ludah, peluh, air kencing, daki, pakaian dsb..) Kalau nak tau kesahihan telur asli ke tiruan, bolehlah digunakan kaedah DNA. Kalau nak mensabitkan kesalahan jenayah, ianya mungkin boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Kalau tunjuk jam pun, akan dikatakan mcm2 juga... alahai... kalau dah UMNO tu..UMNO juga... lebih percaya Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV 3 suku drp percayakan Al-Qur'an...

Tanpa Nama berkata...

mcm la video tu penajanye jam omega..
lepas ni xpayah la omega abis duat puloh ribu buat iklan diorg dah tlg iklan kan.. diaorg ada msk kut...

omega berkata...

kepada sedara antiwaanfusanawaanfusini....
berkaitan dengan DNA.....mmgla jam omega tue boleh dibeli dari mana2 kedai...tp jam tue tak sama dengan yg pak sheikh hangpa pakai tue....setiap jam yg mahal ada serial no. nyer dan no. itu bersifat unik...

lagi satu jam tue dikhabarkan hadiah dari kerajaan arab saudi....so mmg jam tue lain dari yg lain...takkan sama dgn yg ada dijual di kedai2...apa pu kita tunggu hasil siasatan Polis...

berkaitan dengan calitan DNA....bro aku nak tanya la....air mani ada jual kat mana?.....air mani hg bleh senang2 pi calit dalam dubur saiful ka?..kalau air mani nie hg bleh perah mcm tetek susu lembu yg tak dak akai mcm hangpa nie bleh la diragui jugak....

Lagi satu...yg pak sheik nie nak takut sgt pasai pa plak....nak ambik DNA hanya nak tengok sama ada DNA tue sepadan tak dengan lelaki Y....itu saja..kalau tak sepadan....PRU 13 kompom pak Sheikh jadi PM Malaysia.....apsal plak takut nak dimanipulasi.....mmg bingai la otak hangpa nie....kita nak cari kebenaran....jgnlah sbb taksub...kita butakan hati dan pekakkan telinga.....

berani kerana benarlah....kalau dah tak balun juboq....nak takut apa....tangguh kes sampai bertahun.....nie ka keadilan yg diperjuangkan.....keadilan hanya akan diterima kalau berpihak kepada pak sheikh hangpa saja....

mcmna dgn si syaiful.....dia pun nak keadilan utk diri dia....maruah dia dan keluarga.....sapa yg nak bela kalau dah jln mencari kebenaran tidak mahu ditegakkan....

cukup2 la di auta....