11 Apr 2011

MasyaAllah, Mujur Binatang Ini Berjaya Ditangkap

Alor Setar: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.

Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.

Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.

“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.

Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan. -hm



Bapa berkas lelaki larikan dua beradik


ANGGOTA polis menahan lelaki yang didakwa melarikan dua beradik kelmarin.

ALOR SETAR - Kerunsingan seorang bapa sehingga tidak lena tidur selepas kehilangan dua orang anak perempuannya yang keluar membeli barang di Kampung Perpat, Kota Sarang Semut dekat sini kelmarin terungkai apabila mereka ditemui semula pagi semalam.

Dua beradik itu yang masing -masing berusia 12 tahun dan 14 tahun tidak pulang ke rumah selepas keluar berjalan kaki ke kedai pada pukul 5.30 petang kelmarin untuk membeli barang.

Bapa mereka, Mohamad Sofi Sudin, 39, berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana kedua-dua beradik itu tidak pernah pulang lewat.

Mengimbas kejadian itu, Sofi berkata, dia menyedari kedua-dua anaknya hilang selepas mereka tidak pulang sehingga pukul 8.30 malam kelmarin.

"Saya tidak sedap hati kemudian keluar mencari anak-anak saya di serata kampung tetapi gagal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam. -kosmo


Ulasan GB

Moralnya: Kes penculikan melibatkan kanak-kanak terutama perempuan berlaku ketika mereka pergi membeli barang-barang di kedai. Justeru hal ini perlu diberikan perhatian supaya ibu/bapa tidak mudah membiarkan kanak-kanak ke kedai tanpa pengawasan, apatah lagi jika pergi dalam tempoh yang agak lama dan tak kembali dalamasa waktu yang boleh dijangkakan.




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ayah buat laporan polis tentang kehilangan dua anak gadisnya, tapi yang dapat memberkas suspek ayahnya juga, habis tu polis buat apa?

Tanpa Nama berkata...

Dalam apa jua keadaan, ibu bapa perlu ambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatam anak daripada sebarang musibah yang tidak diingini.

Tanpa Nama berkata...

Yang pelik macam mana boleh tangkap dua sekali oleh seorng pemuda. Ta pekek ka bila kereta di pandu. Bukan na mengutuk,cuma sangsi kes ini.Kerana ramai belia sekarang lari dari rumah

TokTeh Gelugog berkata...

Yang tok teh heran la awat dua beradik tu boleh dok ronda makan angin dalam keadaan tertekan ? Siasat la abis-abis bagi adil ! Walau bagaimanapun TokTeh setuju bahawa perbuatan anu tu tetap salah !

Tanpa Nama berkata...

tiada tempat yg selamat lagi walaupun depan rumah sendiri ulas seorg guru besar(perempuan) tika baca berita ....apa maknanya?

Tanpa Nama berkata...

saudara saudari...dharap hanya mengunakan ucapan MashaAllah TabarakkAllah utk sesuatu yg indah dn baik2, sebaliknya utk sesuatu yg tk elok sbaiknya kita beristigfar...wallahualambisawab