Hasil tetap haram'
“Haram tetap haram. Walaupun matlamat mahupun niat dipasang bertujuan untuk kerja amal dan kebajikan, cara yang dilaksanakan ternyata salah di sisi Islam,” kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai penganjuran pertandingan ratu cantik mak nyah secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur yang bertujuan mengutip dana untuk diserahkan kepada anak yatim dan rumah kebajikan.
Mohd Tamyes berkata, keadaan dan sifat pertandingan itu sendiri ternyata salah iaitu dengan menggunakan peserta pertandingan terdiri daripada golongan mak nyah sebagai aset peraduan untuk mengutip dana sumbangan yang jelas haram dalam Islam.
“Hasil diperoleh melalui penganjuran pertandingan ratu cantik golongan mak nyah itu sudah semestinya tidak halal di sisi agama dan tidak wajar untuk didermakan kepada mana-mana pihak walaupun ia bertujuan membantu golongan memerlukan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Niekmah Adam berkata, asas penganjuran pertandingan terbabit sudah terpesong daripada landasan agama iaitu dengan menggunakan golongan mak nyah sebagai aset peraduan.
“Sungguh menghairankan, apabila terdapatnya penganjuran peraduan seperti ini yang membabitkan golongan mak nyah dianjurkan di salah sebuah negeri pantai timur dan turut dihadiri beberapa kenamaan yang seakan-akan menyokong penganjuran peraduan itu,” katanya.
Dr Niekmah berkata, penganjuran peraduan bertujuan mengumpul kutipan dana sebelum diserahkan kepada badan amal dan kebajikan adalah perkara yang tidak dihalalkan dalam Islam kerana hasil dana itu diperoleh daripada sumber tidak benar.
“Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi di kalangan masyarakat Islam dan penelitian selain kesedaran dalam diri setiap individu amat diperlukan bagi membanteras apa juga perkara dilaksanakan yang tidak mengikut landasan sebenar ajaran Islam,” katanya.
Semalam, Metro Ahad melaporkan satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
Lebih menggemparkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk manakala artis terkenal, Noraniza Idris bertindak sebagai juri.
Penganjur dikatakan memilih negeri itu sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah, jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.
Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.
Wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki seorang peserta, Lina (bukan nama sebenar) untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.
Dia mengakui ia disertai individu beragama Islam yang kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon. -hm

4 ulasan:
aikk!! mufti sngor yg komen....mufti pahang mane....tidoq ke..x layak jadi mufti... dok saje...kes video seks pun senyap...makan gaji buta...dia x tau ke pasai tu imam hanafi,malik,shafie x mau jawatan kadi(mufti)...pasai kes mcm ni la....apapun selamat lena la tok mufti pahang
saya pernah dengar mufti pahang jawab kepada seorang yg bertanya tentang 'aurat' di dlm satu siaran melalui tv, saya ingat lagi dia kata 'aurat' itu ialah jika kita membuka kemaluan kita di khalayak ramai.. itulah yg dipanggil aurat. sempoi + takut jawapannya...nak sentuh pasal tudung wanita takut terkena VVIP...nnti hilanglah jawatannya.
Mana dia Imam Muda tajaan UMNO??? Apco suruh jgn komen ke pasal kes nyah nie???
No point la tanya mufti selangor, Tanya la mufti Pahang sebab maksiat tu dibuat di Pahang. Bukan tak tau bahawa mufti tu bawa keluar fatwa yang sesuai dengan negeri berkenaan sahaja ?
Catat Ulasan