Jasin – Hanya Allah SWT yang tahu betapa bimbang hati seorang bapa apabila tiga anaknya berada di dalam kereta yang tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian, petang semalam.
Nizam Hassan, 30-an, yang juga mekanik di Bandaraya Melaka sedang memandu keretanya, panik apabila melihat asap tiba-tiba keluar daripada bahagian enjin.
Nizam yang ketika itu membawa tiga anaknya berumur 5, 7 dan 10 tahun dalam perjalanan pulang ke Taman Perumahan Bemban selepas ke pekan berkenaan kira-kira jam 2.30 petang, semalam.
Bagaimanapun, kereta jenis Nissan Charade yang baru dibelinya sebulan lalu dengan harga RM800 terkunci pintu dan menyukarkan mereka keluar.
“Keadaan memang kelam-kabut dan saya terpaksa menghentak pintu beberapa kali sebelum berjaya mengeluarkan tiga anak saya.
“Dua anak saya trauma dengan kejadian ini tetapi syukur alhamdulillah, kami tidak cedera,” katanya.
Baru seminggu beli kereta
Menurutnya, dia tidak menyangka kereta berkenaan boleh terbakar kerana baru seminggu lalu diambil dari Kuala Lumpur.
“Memang tiada masalah dan masih belum sempat tukar nama,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Jasin, Mohd Rofie Badri berkata, dengan kekuatan lima anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian.
“Bagaimanapun, kebakaran berlaku dengan pantas, kira-kira tiga hingga lima minit, kereta habis terbakar 100 peratus.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan semua mangsa selamat,” katanya. -SH

5 ulasan:
Tuan GB,
Dah banyak siri kebakaran kereta di siar dan pastinya kereta-kereta yang malang berkenaan menggunakan minyak samada Ron 97 atau Ron 95.
Ada kes kemalangan dan terus terbakar dan terbaru terbakab tiba-tiba, jadi tiadakah research dibuat oleh mana-mana pihak bebas untuk dikongsi bersama kenapa ini berlaku.
Mungkinkah kerana punca sistem pendawaian elektrik kereta tidak selamat sebab kereta lama, atau bagaimana juga kalau kereta baru pun terlibat.
Harap tuan GB dapat mencari jawapan kepada masalah ini....
bro, jgn hanya tengok minyak saja. semua aspek kena ambik kira termasuk penyelenggaraan.
kat australia diorang pakai minyak ron 91 pun banyak tapi kes mcm ni takdak laa pulak.. taktau laa mungkin ron 91 depa kualiti lagi tinggi dari ron 95 kita.
tapi yg pastu kat sana kalau beli kereta 2nd hand mesti kena buat inspection kena dapatkan RWC (road worthy certificate) baru boleh daftar untuk naik jalanraya.
mmg kerana minyak lah puncanya terbakar....ron 95 adalah minyak yang mudah terbakar......kalau kita lihat sejarah kemalangan yang berlaku mmg selalunya melibatkan kebakaran.....
BN guna RON95 untuk bunuh rakyat?
org melayu...semua nak kaitkan dgn politik...politik..politik...diri sndri tkde salah...politik je....politik lagi...dh skrg rkyt kena jd hakim, polis, penyiast, lawyer yg tk berbayr psl politik...
Catat Ulasan