29 Sep 2014

Pecat Shaari & Hasnul Dan Pas Akan Terus Terpinggir

Dua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orangramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua Adun itu terima. Adakah mereka akan dipecat, digantung, diberi amaran atau dilepaskan begitu saja?

Sementara Presiden Pas, Haji Hadi kelihatan amat berang dengan tindakan Shaari dan Hasnul ini dengan melabelkan di pentas terbuka penggulungan Muktamar Pas di Batu Pahat dengan cop pengkhianat, barua, broker dan sudah dibeli, sebaliknya DAP pula meraikan kedua-dua Adun itu semalam dalam sebuah majlis jamuan dan menganggap mereka adalah "wira" yang mempertahankan kerajaan PR Selangor.

Berdepan dengan apa yang berlaku kepada Iszurie Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang juga Bendahari Pas negeri yang dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap dan dibekukan peruntukannya ekoran kritikan terbuka terhadap dasar perumahan kerajaan negeri dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini, sanjungan DAP terhadap Shaari dan Hasnul bagaikan sengaja merenjis minyak kepada api yang sedang membara dalam Pas ketika ini.

Shaari dan Hasnul sebelum ini mempertahankan tindakan mereka adalah bertujuan menafikan dakwaan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki oleh Khalid Ibrahim serta atas semangat untuk mempertahankan kerajaan negeri PR.

Kiranya esok Shaari dan Hasnul akan dipecat oleh Pas, tanggapan umum tentunya tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan ucapan Haji Hadi di muktamar baru-baru ini. Akan wujud persepsi bahawa Lembaga Disiplin Pas hanyalah "rubber stamp" kepada Haji Hadi saja.

Malah mungkin juga wujud tanggapan bahawa hukuman pecat itu sebagai luahan rasa kekecewaan Pas bukan saja kerana gagal untuk terus mencatur penentuan politik di Selangor, bahkan juga kerana kehilangan satu kerusi Exco di negeri itu.

Tambahan pula, isu politik di Selangor secara umumnya sudah pun selesai apabila Azmin Ali diangkat sebagai Menteri Besar dan tidak seharusnya lagi Pas memanjangkan isu dengan suatu tindakan yang seolah-olah ada unsur balas dendam.

Lebih dari itu, tindakan pemecatan juga akan meretakkan lagi hubungan Pas dalam PR di sebalik parti itu berulangkali menyatakan mahu terus kekal dalam gabungan itu bersama PKR dan DAP. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Shaari dan Hasnul adalah atas semangat untuk mempertahankan kerajaan PR yang didokong oleh Pas juga.

Malangnya dalam krisis Menteri Besar ketika itu, bukan Shaari dan Hasnul yang cuba lari dari semangat dan janji bersama PR, tetapi pihak lain dalam Pas. Lagi pula bukannya kedua-dua mereka ini menyokong calon daripada parti musuh, malah daripada parti yang diakui oleh Pas sendiri berhak terhadap kerusi Menteri Besar itu.

Sudah tentu, jika pemecatan juga yang dibuat esok, ia bukan saja keterlaluan, tetapi akan menjadikan Pas semakin terpinggir di mata pengundi pelbagai kaum yang menyokong PR selama ini. Pas tidak akan dipercayai lagi selepas ini. Ia adalah sesuatu yang merbahaya kepada masa depan Pas, khususnya di Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Tindakan gantung juga tidak sesuai diambil jika Pas benar-benar ingin bersama PR bergerak ke hadapan menentang UMNO dan BN. Pas haruslah mengakui tindakan Shaari dan Hasnul memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah kerana salah Pas sendiri yang lambat menyatakan pendirian dan menangguh-nangguhkan tarikh mesyuaratnya.

Jika Pas lebih agresif dan progresif dalam tindakannya, termasuk mempercepatkan tarikh mesyuarat berhubung isu Menteri Besar dahulu, semua ini tidak mungkin berlaku.

Berdepan dengan kemungkinan hilang sokongan pengundi bandar dan separa bandar serta mesej yang diterima Pas dalam keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, hukuman yang wajar diterima oleh Shaari dan Hasnul hanyalah diberikan amaran saja.

Lebih berjiwa besar jika Pas tidak menyabitkan dengan sebarang hukuman, lebih-lebih lagi dakwaan kononnya mereka dibeli atau bukti lain yang bersifat salahlaku juga tidak pernah dibuktikan sehingga kini.

Walaupun dilihat tidak seiringan dengan pendirian Haji Hadi tetapi adalah nyata bahawa Shaari dan Hasnul melalui tindakan yang dilakukannya bertujuan ingin membawa Pas bergerak di landasan yang betul bersama-sama dengan PR. Bukan salah mereka kerana bertindak cepat mendahului Pas dalam memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah tetapi salah Pas kerana selalu lambat dan perlahan. -shahbudindotcom

ULASAN GB

PENDAKWAAN BERPILIH DI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA. CUKUP DASYAT APABILA PARTI DIKUASAI UG. SAMAJA SAJA PERANGAI MEREKA DGN UMNO. TAK HAIRAN MEREKA DIPANGGIL "UMNO GROUP" DALAM PAS.

Ada seorang pengkomen di blog GB yang bertaya:

Anonymous said... Minta S/Usaha Agung PAS Jawab: 2 ADUN ni diambil tindakan tatatertib kerana sokong Wan Azizah dlm pencalonan MB Selangor. Kenapa sampai hari ni 3 BARUA Pas yang bertanding dlm PRU 13 di Kota Damansara, Bkt Besi dan Sg Acheh dimana PKR bertanding TIDAK dilembaga displinkan ??? oh! Sokong PKR tindakan tatatertib..lawan PKR simpan bawah karpet...ini macam kaaa??? XXXXX !








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





24 ulasan:

Amuraria berkata...

ini barua punya kerja kot ,pilih memilih pendakwaan ? aparaa nama saja parti islam tapi ...pungaaah ! ABU !

Hatimurrudzi Uda Mat Dris berkata...

kata dah...kemenangan oleh pas hari ni bukan lah disebabkan sokongan ahli pas semata2.tapi adalah kerana siasah syariiyyah dlm PR.dgn cogan kata ABU.pas jangan dok peghasan sangat laa..

Tanpa Nama berkata...

Dah Hj Hadi kata barua, barua lah
Dah Hj Hadi kata broker, broker lah

Kalau tak ikut kata Hj Hadi dgn Lembaga Disiplin di kenakan tindakan

Tanpa Nama berkata...

Aku sebagai ahli PAS bila disebut nama Shaari dan Hasnul aku rasa cool saja.

Tapi bila disebut nama Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa memang menyambar-nyambar kemarahan aku. Yang aku pelik Nasaruddin Mat Isa tu yang PAS dok simpan lagi apasal? Atau itu duta PAS ke dalam UMNO?

ramziredang berkata...

oleh kerana kumpulan UG sangat marah dengan mereka,maka kita harus berfikir cara UMNO..apakah andaian akan dikenakan ke atas kedua mereka ini,saya andaikan mereka akan dipecat dengan tujuan supaya mereka ini menjadi 'tidak berparti',kononnya dgn tidak berparti ini maka 'majoriti PR' akan goyah,maka sesuailah dengan agenda dan pemikiran UMNO dlm otak mereka tu....dah boleh agak awal2 dahhhhh

Tanpa Nama berkata...

Kalau 2 YB ni dipecat pun tak berkurang majority PR, tentunya mereka berdua kalau tak masuk PKR atau DAP pun, mereka akan istihar Bebas mesra PR. Kalau nak test market bila sidang DUN nanti, usulkan undi x percaya pada MB, saya pasti MB akan dapat sokongan hampir 40 ADUN Insyaa ALLAH. Itu ramalan saya. Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

andaikata dipecat itu yg lebih baik broo !!!!!, mudah bagi dia org utk masuk jadi ahli Pkr ke, Dap ke dan pd PRU 14 nanti boleh depa bertanding atas tiket parti-parti tu. Habis cerita, senang bukan. Dok dlm Pas pun kalau pointer tinggi sangat susah juga, depa anggap depa saja yang cerdik, org cerdik kalau bagi alasan apa pun org boleh tima.

bat8 berkata...

GB

Sebab itu saya selalu kata, salah satu strategi UG ini ialah untuk menguasai jawatan2 penting dan strategik di dalam organ2 penting untuk mencapai agenda dan melakukan sabotaj mereka. Wan Zawawi Wan Salleh pegang jawatan apa? Dr Khairudin AtTakiri pegang jawatan. Mereka bercakap menggunakan jawatan dalam parti tetapi isi percakapan mereka mengenai apa?

Mereka juga merancang untuk menguasai organ2 penting PAS seperti MSU, DUP dan DPPP. Mereka punggah orang UG untuk mengisi kekosongan didalam organ2 penting PAS ini. Itu pasai lah Dr doa laknat tu boleh jadi ahli MSU.Din Ayam pun ahli MSU.

Mengapa "3 orang barua PAS" yang bertanding menentang calon PR didalam PRU 13 tidak dikenakan tindakan disiplin. Takkan depa nak ambil tindakan kepada geng depa.

Tu pasaila saya kata, buang puak2 UG ini dari jawatan penting dalam PAS. Tanpa jawatan mereka jadi headless chickens. Depa nampak hebat sebab jawatan. Depa sabotaj pun menggunakan jawatan!

Tanpa Nama berkata...

ada org tu kata : AKU KALAU ADA KUASA AKU PECAT!!!

pade muko kalah kek kubor

Tanpa Nama berkata...

Setakat hari ini saya masih tetap sokong pas kerana perjuangan....bersama PR jika sebaliknya terkeluar pr..saya yg pertama tak undi lagi pas yg tak berpenderian spt dahulu...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat makin susah.

UG PAS di bawah Hadi Awang sibuk buat kerja broker, kerja barua, kerja khianat. Apa dia cakap, semua berpalit dimuka sendiri. Kubur dah kata mari. Kuasa kepada yang layak seperti Mat Sabu, Dr Zul, Husam, Dr. Hatta, Mahfud, Dr Rani, semuanya tak diberi. Ooi, serban besar, apa korang ni nak jadi.

Malu, malu, malu pada muka yang tak tahu malu.



Tanpa Nama berkata...

banyak pendapat yng negatif....memang bijak kononnya sokong PR tapi sja dok perangat....GB pula dok siar benda2 yg negatif....Memang GB dah jadi agen UMNO......jika berani siar le....

Tanpa Nama berkata...

Sah Anon 9:04 ni UG - agen UMNO yg menuduh orang lain agen UMNO.

air gunung berkata...

Sdr tanpa nama 9:04 pm.
Aku rasa bkn masalah nak canai perangat kasi panas.benda ni dah lama sgt dok sapu bwh karpet.dah gelembung jd larva gunung berapi.time akhir sblm larva terhambur adalah slps pru 13 baru neh.tp x der tindakan.biar jer.x ckup dgn biar.main sindir kutuk org yg x sekepala.biar jer kes pil khuddaa komeneh marxis kota dMansara sg aceh n kes kat tganu tanpa tindakan.amaran pon x der.tegur pon tak.bahkan sokong lg.bos plak pertahan kacang2 hantu tersebut.so dah x ley tahan lg.nak jd cerita berlakulah kajang move.bila pemimpin lemah n lambat bertindak x der apa2 yg perlu dikesalkan lagi bila meletup.bg aku yg terbaik minta maaf dan undurlah.x mati PAS kalu bos berundur.dah berlaku sblm neh bos jena singkir dan juga berundur.PAS ok jer.hebat benar bos kalo undur jer PAS hancur.

Tanpa Nama berkata...

9.04 kalau nak dengar baik-baik pasal UG boleh pi berambus ke

http://bebaskanmalaysia.blogspot.com

http://gayapeneroka.blogspot.com

http://tempayanretak.blogspot.com

http://www.tranungkite.net/v12/index.php

Sini tempat untuk orang yang tak taksub kepada pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Better word: macai

in response to Sah Anon 9:04 ni UG - agen UMNO yg menuduh orang lain agen UMNO., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Dah susah, belum pikir gst lagi

in response to Rakyat makin susah. UG PAS di bawah Hadi Awang sibuk buat kerja broker, kerja barua, kerja khianat. Apa dia cakap, semua berpalit dimuka sendiri. Kubur dah kata mari. Kuasa kepada yang layak seperti Mat Sabu, Dr Zul, Husam, Dr. Hatta, Mahfud, Dr Rani, semuanya tak diberi. Ooi, serban besar, apa korang ni nak jadi. Malu, malu, malu pada muka yang tak tahu malu. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn air gunung,

Kita nampak org lain bermasalah tp kita lupa atau buat2 tak sedar kita sendiri dah tahap kronik. Pas parti yg ada hala tuju dan matlamat yg jelas tapi yg menjahanamkan ialah pemimpin dan dua tiga kerat BARUA termasuK BROKER yg rasa diri maksum. Muhasabah la diri sama... jgn sampaj Tuhan tarik nikmat kesihatan dan kenikmatan tuan2 semua.. Berjuang atas nama islam tapi sikap lebih teruk dr cina Dap yg kafir. Ketua umum PKR, Sedara Anwar ibrahim pon tak pernah maki hamun ahli sendiri dikhayalak ramai membabi buta apatah lagi ahli parti PR yg lain.. belajar la Berpolitik secara matang bukan jadi Pelacor Politik mcm ________ (sila la isi tempat kosong tersebut).

Tanpa Nama berkata...

Best word: barua umno

Tanpa Nama berkata...

kepada penyokong PR ,berhentikan salah menyalah.masing 2 ada hujah. tidak perlu sabitkan kekalahan PAS di Pengkalan Kubor,t.guru Nik Aziz kata penentuan calun atas keputusan PR.kalau begitu DAP kalah diTk intan nak kata apa pula.Piliharaya kecil memang tidak boleh diramal.adakah dengan sedikit kekasaran percakapn pimpinan PAS tuan sanggup mengundi pihak lain yg jelas menginaya rakyat.Pimpinan PAS majoritinya ada integriti.kita hanya perlu tinggalkan orng yg suka mencetuskan perbalahan antara komponen pakatan rakyat.Pada saya Anwar Ibrahim,Tuan Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang masing2 ada integriti,hebat tapi masing2 ada juga kesilapan tapi dari segi nada percakapan sahaja.bukan perkara besar.hormati pendirian pimpinan hebat ini.Tak perlu dikutuk atas kesilapan peribadi.apa faedahnya.hendak ke kita duduk dibawah BN selama-lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah sekadar amaran keras diberikan. Tak usah panjangkan lagi. PAS sewajibnya tumpu dan juarai isu rakyat seperti isu gst, kenaikan harga rumah, kenaikan harga brg, kepincangan dlm pendidikan. Jarang kita lihat MP Pas bersuara dalam isu2 tersebut. Cukuplah bercakaran sesama ahli.

bat8 berkata...

Anon 10:35

Pak lebai-pak lebai nak bercakap isu rakyat seperti isu gst, kenaikan harga rumah, kenaikan harga brg, kepincangan dlm pendidikan?

Kalau mereka tu tahu dan faham, dah lama mereka bercakap. Isu-isu ini bagi mereka macam tikus tengok besi. Bagi pak lebai yang tua2 kita faham la. Tetapi bagi pak lebai yang muda2 seperti Vellfire, Nik Abduh, Din Ayan, Wan Zawawi, At takiri tak munasabah tak ada usaha nak faham dan berjuang atas isu ini. Agaknya isu-isu hanya kena kepada orang lain je. Orang PAS tak terkesan.

Alih2 dok sebok tu juk kebodohan sana sini. Din Ayam pakar kewangan Islam kononnya, mengapa diam membisu macam orang bodoh? Dialah sepatutnya menjadi juara dalam isu gst, kenaikan kos hidup, kenaikan harga rumah dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kewangan dan ekonomi.

Dah angkat diri sebagai pakar kewangan Islam dan disanjung begitu maksum oleh pengikut- bagi le penyelesaian mengikut perspektif. Ini yang bercakap pasal ekonomi dan kewangan, Dr Zulkifly, pakar keracunan ( toxicology).

Ni asyik dok tayang BMW je. Bila nak tayang kehebatan ilmu kewangan sampai boleh jadi ahli MSU.

bat8 berkata...

Anon 8:55

Saya masaalah bila sdra sebut TGHH ada intergriti. Dalam ilmu ugama saya akui dia bukan sahaja ada intergriti malah ada otoriti untuk bercakap isu ugama.

Masaalah saya ialah intergriti TGHH sebagai pemimpin utama politik PAS. Boleh terangkan dimana intergriti itu yang sdra nampak dan saya tak nampak. Ayat sebaris bersama nama Anwar dan Kit Siang tidak bermakna dia ada intergriti. Mesyuarat Majlis Presiden pun selalu tuang. Lepas tu bila wakil buat keputusan, dia bantah diluar. Berintergriti sebagai Presiden PAS ke macam tu?

Tolong beri pencerahan skit.

Tanpa Nama berkata...

saya nampak begini integriti TGHH disudut individu jujur,amanah.dari segi organisasi ketidak hadiran beliau dalam mesyuarat wallahualam itu kena tanya beliau sendiri .jgn terus menghukum.dari perspektif luaran nampak beliau seolah2 kasar.itupun setelah berlaku perkara baginya tidak wajar seolah2 parti kawan mengambil ahlinya.tapi rasulullah sendiri pernah memulaukan mereka yang tidak mengikut arahan tidak menyertai peperangan.Kes MB selangor pula keputusan TGHH mempertahankan Khalid sebelum dipecat sama dgn pandangan Tuan Guru Nik Aziz sehingga kini. Pada dasarnya TGHH tidak setuju Wan azizah atas pertimbangan kebolehan disudut syarak dan dia sokong azmin.itupun TGHH jelaskan bila ditanya peserta dan anwar ibrahim pun dlm satu ceramahnya minta penjelasan kenapa tidak sokong azizah.itu hak PAS kena hormat sebagaiman PAS hormati DAP tidak sokong hudud.apabila istana minta nama TGHH buat keputusan diberitakan berbeza itupun mungkin sebab azmin tolak pencalunannya sebelum ini.jadi masing2 pimpinan ada hujahnya.PKR pula kenapa tak bincang dgn PR sebelum buat langkah ini.itu yg dikatakan jgn salah menyalah.kecuali ditemukan semua kepimpinan PR dalam satu konvensyen utk cari jln penyelesaian.cadangan Lim Kit Siang sangat dialu2kan.kita berhenti dari menyalahkan sebab masing2 mempunyai kelemahan dan kelebihan.jika PR runtuh rakyat yg rugi.Diselangor agak berbeza dgn negeri lain kerana komposisi kerusinya menurut Rafizi bagi jawatan MB kena minta pandangan semua parti komponen.jadi kena terima jika ada yg tidak setuju.akhirnya istana buat keputusan.bagi 2 org pas yg sokong wan azizah pada saya tetap salah walaupun dia tidak ada niat untuk menyanggah parti.seharusnya mereka tunggu keputusan parti. kesannya PAS telah terfitnah. Istanapun tetap tak perkenan juga wan azizah.