Walaupun tewas di kelima-lima kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya negeri Sarawak hari ini, tetapi berdasarkan jumlah yang diperolehi, menunjukkan PAS "sudah diterima dan tidak asing lagi" di negeri itu.
Oleh itu, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata parti itu akan memikirkan langkah lebih serius untuk terus bertapak di Sarawak.
"PAS tidak kecewa dengan kekalahan itu kerana kita parti baru. Ini kerana jumlah majoriti yang meningkat seratus peratus (di Beting Maro) berbanding pada 2006.
"Di Beting Maro kita dahulu kita kalah (majoriti) lebih 800 undi, kali ini kita kalah majoriti lebih 300. Ini menunjukkan ada peningkatan undi (kepada kita)...
"Semua kerusi yang kita bertanding, tidak ada yang hilang deposit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
PAS bertanding di DUN Sadong Jaya, Muara Tuang, Subayau, Tanjong Datu dan Beting Maro.
"Masyarakat setempat sudah menerima kita, maka lebih mudah untuk kita mendekati mereka," tambah Salahuddin.
Menurutnya, selepas ini parti akan membuat bedah siasat untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan jentera di peringkat akar umbi.
Sementara itu, timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata walaupun kalah, tetapi beliau "positif" bahawa PAS akan terus membuat anjakan bagi meningkatkan sokongan rakyat.
Malah, katanya, PAS juga mendapat jumlah undi yang membanggakan, khususnya di Muara Tuang dan Tanjong Datu - yang kali pertama ditandingi dalam dalam pilihan raya negeri kali ini.
"Ini merupakan petanda bahawa rakyat Sarawak tidak menolak secara total. Keputusan itu membuktikan mereka menerima kehadiran PAS bagi melangsungkan perjuangan untuk rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Nasharuddin berkata sepanjang kempen pilihan raya itu, khususnya di kawasan pedalaman, ramai pengundi telah mengenali pemimpin PAS yang berkempen di situ.
Katanya, PAS akan terus menyusun program bagi menarik sokongan pengundi di negeri itu khususnya di kawasan yang ditandingi parti itu.
"(Semua kerusi yang ditandingi) kita tidak hilang deposit. Iini satu petanda bahawa tanah Sarawak subur untuk PAS," katanya sambil menambah PAS menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya ini.
Berdasarkan keputusan rasmi, jumlah undi yang diterima oleh calon PAS adalah seperti beriku - Abang Ahmad Kardee Abang Masagus (Beting Maro - 2,678 undi) Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (Sadong Jaya -1,074 undi), Noraini Hamzah (Muara Tuang - 3,196 undi), Adam Ahid (Sebuyau - 1,769) dan Nani Sahari (Tanjong Dato - 1,002 undi).
Ulasan GB
GB sudah ulas pagi tadi. Petikan:

PAS tewas kelima-lima kerusi yang ditandinginya di Sarawak. Benar. Namun tidak bererti PAS gagal. PAS melalui jalan sukar di Sarawak sebagai sebuah parti politik sekaligus sebagai sebuah gerakan dakwah. Apa-apa pun PAS berjaya meningkatkan sokongannya dan hampir menang di Beting Maro. Cuma, seperti yang GB katakan sebelum ini, belum ada rezeki PAS untuk meraih kemenenangan di Sarawak. InsyaAllah, masanya akan tiba juga, PAS perlu istiqamah dan teruskan perjuangan.
6 ulasan:
Salam bro GB
Tahniah kepada para petugas Pas.
Dayak,iban melayu melanau semua dah buat perubahan untuk mengundi Pas kali ini.
Walau belum menang tetapi undi Pas telah naik di Sarawak.
Teruskan perjuangan.
Wp kita x dapat lg anak sulung bumi kenyalang, namun kekalahan ini kita terima.
Semak kembali gerka kerja. Mana yg x sesuai gantikan dgn yg lain. Masalah kepimpinan peringkat cwgn, kwsn, negeri dan pusat perlu diatasi.
Mungkin muktamar pusat nanti kita perlukan perubahan. Dari presiden ke ajk pusat?
kalau tak kerana daayah dari umno orang melayu dah lama sokong pas mungkin pas dah ambil alih tempat umno sebagai ketua merentah.
Undi Pakatan Rakyat juga meningkat, kerja kuat lagi untuk kuasai Parlimen
"(pas) akan memikirkan langkah lebih serius untuk terus bertapak di Sarawak" - salahuddin.
terserlah kelemahan pas. sik ada perancangan. usah di sarawak, di semenanjung pun berdengkut2. dah 55 tahun tu.
yang terserlah, hadi peluk najib. itulah langkah yang didedahkan.
sYABAS PAS.. PAS PERLU BANYAK TURUN KE SARAWAK MENDEKATI MASYARAKAT SARAWAK... AYUH GERAKAN ISLAM, SAHUT SERUAN RASULLULLAH MENYEBARKAN RISALAH KEMAKMURAN DAN KEADILAN KEPADA UMAT MUHAMMAD WALAU DI PELOSOK MANA PUN DI SARAWAK.. AYUH biar bersusah dahulu Ganjaran Syurga MenantiMu kelak.. Allahuakbar..
Catat Ulasan