17 Apr 2011

Kezaliman UMNO Jelas - Suami Cikgu Mala Diarahkan Bertukar

Suami calon PAS Tenang diarah tukar sekolah

BATU PAHAT: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.

“Pertukaran itu dibuat selepas kita meneliti jawapan surat tunjuk sebab Maarof berhubung isu beliau menyalah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan sebaliknya berkempen di Tenang.

“Kita dapati Maarof melakukan kesalahan serius secara nyata iaitu menyalahguna sijil sakit itu bagi menemani isterinya berkempen sedangkan jika sekiranya benar sakit, beliau seharusnya berehat di rumah.

“Ia juga kesalahan tatatertib untuknya menyertai kempen politik pada pilihan raya kecil itu kerana beliau tidak mendapatkan kebenaran rasmi untuk berbuat demikian.

Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menukarkan Maarof ke sekolah lain,” katanya selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini, semalam.

Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.

“Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja,” katanya. -BH

Ulasan GB

Kepada UMNO BN terutama menteri & timbalan menteri pelajaran, saya tegaskan teruskan kezaliman anda, semuga cepat anda akan menerima balasan terhadap perbuatan zalim anda.

Suami kepada Normala Shamsuddin telah menyatakan dengan jelas sijil cuti sakit murung itu adalah tulen dan para doktor juga mengesahkan sakitnya bukan sakit yang memerlukan beliau terlantar di atas katil. Sakit murung juga bukan sakit yang dibuat-buat.

Tetapi kerana sakit hati, benci, dendam maka pihak kementerian mengambil tindakan menukarkan sekolah dan memisahkan beliau dengan isteri & keluarga beliau.

Berapa ramai guru-guru & pegawai/petugas awam dari kalangan UMNO/BN yang melakukan kesalahan yang lebih terang dan nyata berkempen semasa pilihanraya tetapi tidka dikenakan tindakan apa-apa malah ada diantaranya dinaikkan pangkat dan diberi habuan?

Hanya semata-mata Maarof berkempen untuk PAS, kamu-kamu mengambil tindakan malah dengan mengugut untuk menahan gaji dan membuang kerja jika tidak segera berpindah.

Kami menyatakan kamu boleh berlaku zalim semasa kamu berkuasa, sedangkan Allah tetap menjaga sekalian hambaNya.

Kita berdoa agar kamu-kamu yang berlaku zalim itu akan menerima pembalasan Allah jua satu hari nanti.

12 ulasan:

suahati berkata...

kalau takut tangan terbakar, jangan bermain dengan api........sebelum ni pun ramai sudah kakitangan kerajaan yg menerima nasib sebegini, namun mereka tetap bersabar dan mengikut saja arahan ini,kerana mereka tahu Allah sentiasa berada di pihak yg benar.
Lagipun kalau suami cikgu mala rasa dia dipihak yg benar dan merasakan dia tidak melakukan apa2 kesalahan, maka dia blh menganggap dirinya teranianya dan Insyaallah doa org teraniaya selalunya Allah akan mendengar dan kabulkan hajatnya......wallahualam hanya allah yg maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.Ikutlah saj arahan tu cikgu,kalau xblh ikut letak aje jawatan dan buat apa yang cikgi suka......pendapat ana.

SongkokCukong berkata...

ana pernah berkerja di felda di labis,johor.baru2 ana dapat berita dari seorag kawan yang masih mengajar di felda tersebut mengatakan PPD muar mengarah beberapa org guru sekolah tersebut bertukar ke pasir gudang walhal rumah dan tanah mereka disitu,ini berikutan guru2 tersebut aktivis pas yang begitu aktif bergerak disitu,dan begitu aktif bergerak semasa PRK tenang,,anak juga2 menghadapi masalah yang sama,jauh dari rumah,kesulitan ini menyebabkan mereka mengalami mcm2 masalah,terpaksa meninggal ibu yang terlantar sakit...kepayahan ini menyebabkan ana menyeru kpa semua,doakan lah kejatuhan kerajaan BN dan seteru mereka di atas kezaliman mereka ini.Sesungguhnya doa mereka yang dizalimi makbul.semuga Allah melaknat mereka yang zalim,amin

rohdijasad berkata...

kenapa tak siarkan komen yg dihantar sebelum ni? menolak kebenaran ke??

Tanpa Nama berkata...

orang yang kerja tukar orang ni dia ingat BN selama-lamnya perintah dunia. Bila jatuh nanti kita akan tengok muka dia macam mana. Jika dia salahpun tak kan kena tukar. Banyak lagi buat salah klat malaysia. Sabar.... Allah bersama orang yang sabar

Unknown berkata...

rohdijasad

komen kamu sebelum ini tidak disiarkan kerana kamu diantara yg suka menulis bahasa mencarut.

"dicelah kelangkang" - jika begitu ayat kamu sila tulis di blog kawan2 kamu dari pencacai umno bukan disini

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam mmg tidak boleh aktif berpolitik especially dr pengurusn n profesional...kalau ada tau nama org yg aktif berpolitik wpun utk umno or lain2 parti, laporkan shj.

Tanpa Nama berkata...

kalau kena kepada pembangkang semua tak boleh, semua salah. Kita balik kepada topik ye. Cikgu ni berkempen bagi pihak isterinya semasa dalam cuti sakit.Sijil cuti sakit ini bukan
bukannya palsu iaitu cuti yng diberi oleh pegawai perubatan yang bertauliah. Saya hormat cikgu ini kerana berkempen semasa bercuti sakit dan tidak ponteng tugas dengan bergaji penuh tapi apa pulak dengan kakitangan kerajaan yang lain yang jelas meninggalkan tugas hakiki seperti KEMAS dan agensi2 lain, sedangkan pengarah JPNJ pun turun berkempen di Tenang dan Timbalan Menteri sendiri pun kumpul semua guru dalam DUN tenang buat perjumpaan di Sek MUnshi Ibrahim rayu untuk undi BN.Apa sudah jadi,kalau nak ambil tindakan pada seseorang cerminkan diri dulu. Inila selogan seKepimpinan melalui tauladan. Ini lah yang dikatakan Kalau cikgu kencing berdiri anak murid akan kencing berlari.Apakah tindakan yang diambil kepada Pengarah JPNJ?????????

Tanpa Nama berkata...

allo beb..ni baru cikgu..macai jer tu..

lu tgok Perak je la bila menang PRU Mac 2008 tu.Nizar @ DAP terus buang pengarah JAIP tu bulan April/Mei.org yg jawatan tinggi dlm Perak mcm tu pun kena tukar..x ambik masa lama terus bertindak,tukar.apsal? tu tak de salah ape pun tau2 kena tukar.

ni cikgu je..lu nak kecoh ke..crita bulan Januari,bulan April bru kena tukar.tiga bulan JPN nak 'take action' tau..

lu ckp mesti serupa bikin la.

Tanpa Nama berkata...

ello beb ini bukan soal baru ke lama kena buang tapi soal kata melanggar tatatertib. Ade ke kes tatatertib cikgu ni. dia cuti sakitkan. dia tulis cuti sakit sendiri ke. Kalau doktor yang bagi mesti bersebab. Sepatutnya ambil tindakan pada doktor tu la, apasal orang sakit pulak yang kena?????. Lu kalau tak faham jgn campurr.

Anak Perelih berkata...

Markom Giran tu sendiri berkempen kat guru kaunseling... ada video lagi... boleh pulak... kena ada kebenaran khas??? itui untuk yang menyokong UMNO/BN saja...

Tak apa... insyaallah next election dedahkan kezaliman ini kepada semua di Tenang/Segamat...

Anak Perelih berkata...

Yg kat pengarah JAIPS tu dia ditukar ke jabatan lain... masih di Ipoh lagi... dan dia ditukar kerana tak ikut arahan kerajaan negeri... dan besar kepala tak ikut arahan kerajaan negeri kerana UMNO dok backing dia...

Suami cikgu mala ni hanya teman isteri dia berkempen... bukan berkempen pun... yg Markom Giran, Pengarah pelajaran Johor tu siap berkempen lagi dalam satu perjumpaan dengan guru guru kaunseling apa citer lak??? ada video pulak tu dalam youtube...

Tanpa Nama berkata...

MC tu dr hospital kerajaan..ikut teman isteri pun salah...cikgu2 sekolah yg byk jadi ajk umno/puteri takpe la pulak