15 Mac 2015

PAS Kota Tinggi Calonkan Husam Musa Sebagai Presiden PAS -updated


Pas Kota Tinggi calonkan Husam lawan Presiden

JOHOR BAHRU - Pas kawasan Kota Tinggi hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden sekaligus menyaksikan kerusi yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mendapat tentangan selepas sebelum ini Pas Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Johor, Onn Jaafar dalam satu kenyataan berkata, Pas Kota Tinggi yang mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 28 pada hari ini sebulat suara memutuskan untuk memberi pencalonan tersebut kepada Naib Presiden Pas itu.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan P156 Taman Hijrah di sini telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Hanipa Maidin.

Turut berlangsung hari ini, mesyuarat Pas Kawasan Parit Sulong yang akan memutuskan calon Presiden Pas selepas mesyuarat pada minggu hadapan.

Perkara itu disahkan Yang Dipertuanya, Khairuddin Abdul Rahim yang memberitahu, pihaknya masih mengharapkan pimpinan yang sedia ada terus menerajui parti berkenaan baik di peringkat pusat mahu pun negeri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan di peringkat negeri, pihaknya tidak mempengaruhi atau menetapkan sebarang ketetapan untuk perwakilan dari negeri ini mengundi atau mencalonkan sesiapa. -SH


Dua lagi kawasan calonkan selain Hadi sebagai presiden PAS

Selepas PAS kawasan Kota Baru menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden PAS yang baru, PAS kawasan Kota Tinggi pula hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Husam disahkan seorang pemimpin negeri Johor ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Sah," katanya ketika ditanya sama ada benar Husam dicalonkan untuk jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan itu hari ini.

Sementara itu, satu lagi kawasan, Parit Sulong, juga tidak menamakan penyandang presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyerahkan pencalonan kepada jawatankuasa yang dipilih untuk membuat keputusan.

Jawatankuasa PAS kawasan Parit Sulong yang akan bersidang awal minggu depan itu juga dijangka akan mencalonkan pemimpin selain dari Hadi sebagai calon presiden.

Perkembangan terbaru ini menjadikan Hadi tidak mendapat pencalonan dari 3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung ketika PAS dilanda perpecahan yang terbesar selepas 1982 apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda diketepikan oleh parti Islam itu.

"Mesyuarat memberikan amanah kepada jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan selepas dibahaskan dan diundi oleh perwakilan," kata Khairudin Abdul Rahim, yang dipertua PAS Parit Sulong kepada The Malaysian Insider.

Beliau tidak dapat mengesahkan siapa yang akan dicalonkan kerana ia akan diputuskan mesyuarat jawatankuasa minggu depan.

"Rasanya kita akan calonkan tokoh yang lain, namun kita mahukan tokoh yang akan bertanding, bukan menarik diri selepas dicalonkan," kata Khairudin membayangkan kecenderungan menamakan calon selain Hadi.

Pada Selasa, Tuan Ibrahim menolak pencalonan PAS Kota Baru mengatakan beliau tidak layak menggantikan tempat Hadi.

Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata, "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini, 'Kalau Husam berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'."

Menurut Khairudin, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan PAS Kota Tinggi selepas ini.

"Mungkin kita akan membuat sidang media bersama bagi memaklumkan keputusan," kata Khairudin kepada The Malaysian Insider.

Sehingga kini, PAS Kota Tinggi tidak boleh dihubungi untuk mengesahkan pencalonan itu namun berita mengenainya sudah disebarkan melalui beberapa kumpulan perbincangan di media sosial Whatsapp dan Facebook.

Sementara itu, Khairudin mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Parit Sulong selepas menang dengan majoriti besar mengalahkan pencabarnya.

Turut menang ialah timbalan dan naib yang dipertua kawasan yang menang tanpa bertanding.

Hampir kesemua AJK yang terpilih juga merupakan pasukan yang menyokong Khairudin.

Parit Sulong dan Kota Tinggi ialah kawasan yang kedua dan ketiga mengadakan mesyuarat agung selepas Kota Bharu dalam siri mesyuarat agung PAS peringkat kawasan menjelang muktamar yang akan diadakan di Kuala Selangor Jun nanti.
-TMI


Biografi Husam Musa


Datuk Paduka Husam Musa merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah memegang Exco Kerajaan Negeri Kelantan memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan semasa TG Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar. Husam Musa merupakan calon PAS yang pernah bertanding pada PRU 13 dikerusi Parlimen Putrajaya menentang lawannya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Latarbelakang

Datuk Paduka Husam Musa dilahirkan pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Pendidikan

Beliau belajar di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975). Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979).Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Politik

Husam Musa menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993).
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987).
Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999).
Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. YDP PAS Kawasan Kubang Kerian. Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang)

Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 2004) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999.

Beliau satu ketika dilihat berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.

Dalam kerajaan PAS di Kelantan semasa TG Nik Aziz Nik Mat menjadi menteri Besar, Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08).

Selanjutnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri dan Panel Penasihat PENGASIH.

Membantu Perkembangan dan Perancangan strategik Ekonomi, Sosial dan Politik di Negeri Kelantan berasaskan Al-Quran dan Sunnah.

Kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade adalah hasil nasihat dan pengurusan YB Dato Haji Husam Musa

YB Dato Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade.

Program Anak Muda Tamu Ramadhan yang bermula pada 1 Ramadahan 2011 dan berakhir dengan program Tadarrus Al Quran Perdana Kelantan adalah hasil gerak kerja YB Dato Haji Husam Musa.

Beliau mewujudkan Program Salor Juara dan Salor Bistari untuk rakyat di dalam Dun Salor

Beliau juga mewujudkan Siaran Tayangan Skrin Besar acara bolasepak dan kuliah tok guru

YB Dato Haji Husam Musa juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, yang ditubuhkan khas untuk menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS, kes ini masih berjalan di mahkamah Malaysia.

Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.

Dato Husam Musa pernah meraih anugerah Newsmaker of the Year 2003 di malaysiakini.com.

APA KATA TGNA TENTANG HUSAM


KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.


“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.
-harakahdaily (22/11/2009)


Buat masa ini Dato Husam Musa belum dapat dihbungi kerana berada di Turki untuk Lawatan Kerja. Foto ini petikan dari facebooknya.

44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sokong husam
Nyah je hadi awe ug tu...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...aku setuju sangat2 dgn pencalonan Husam ni...harap Husam terima tawaran dan jangan tolak lagi seperti Tuan Ibrahim...berita mcm ni buleh buat geng ug kelate tokleh tido wooiii...

Tanpa Nama berkata...

Dari Sonaone utk nik amar... "Kawe tanyo apo khabar?"

Tanpa Nama berkata...

Husam pun satu Jangan lah merendah diri sangat Semasa TGNA tidak dapat hadir di ceramah surau Husam mengantikan tempat nya Itulah hari yang pertama mendengar penyampaian dari Husam Sangat menarik dan padat Berani cakap lah jika PR menang Husam layak menjadi Menteri

Sudah tiba masanya Husam mengambil amanah yang di tawarkan oleh ahli Jangan buat ahli menjadi jemu dengan sikap merendah diri yang tak bertempat

Tidak ada orang selain Husam yang layak untuk jawatan tersebut Jika Husam menolak nya bererti memberi kemenangan pada UG

Tanpa Nama berkata...

Pro Ulamak mengada ada kan dengan mengatakan yang mereka yang lawan Presiden lebih wala pada pemimpin PR

Siapa pemimpin PR tersebut kalau bukan Anwar

Style dan ketokohan Husam ini lah yang di takuti oleh pro UG Tapi Husam bukan Anwar seperti Ezam Kotak yang nak jadi macam Anwar

Apa yang ada pada Husam mampu membawa PAS lebih kehadapan dan lebih baik dari di pimpin oleh Hj Hadi atau Tuan Ibrahim

Waris berkata...

Husam mmg ada kelas

Tanpa Nama berkata...

Saya amat terkejut bila kerajaan negeri Pas yg ada "membuang" YB Hussam dari kabinet. Benar2 amat mendukacitakan. Kebijaksanaan, keterampilan, kesungguhannya dan buah fikirannya semasa bersama TGNA sangat bernilai pada rakyat. Lantaran itu saya amat2 setuju beliau bertanding utk jawatan presiden bagi mengantikan TGHH yg nampaknya amat merosot prestasinya. Biar kali ini orang yg di gelar professional mengepalai PAS. Allahukahbar.

sb dehlawi berkata...

yessssssssss......husam paling layak presiden pas

sb dehlawi berkata...

jom pakat berdoa supaya husam sahut cabaran dan menang jawatan presiden pas. anak didik TGNA

Tanpa Nama berkata...

Molek sungguh weh...ambo setuju sangat Dato' Husam kito jadi calon Presideng. Hidupkan demokrasi dalam PAS, Takbir !!!

Tanpa Nama berkata...

Sokong Yg Husam, haram jgn tarik diri

sempoi berkata...

Sokong yb husam tanding presiden... tgk brbakat besaq dia nie...

Tanpa Nama berkata...

Husam adalah seorang tokoh yg berkarisma. Layak menerajui PAS menggantikan hadi. Siapa tahu suatu masa nanti beliau akan mengetuai kepimpinan PR dan seterusnya menjadi PM. InsyaAllah..!

Tanpa Nama berkata...

Sokong dato husam...pertandingan sihat

Tanpa Nama berkata...

Kita berdoa agar Husam tidak akan jadi seperti TITM ,belum apa2 dah tercirit dalam jubah dan sessungguhnay secara otomatik semua orang tahu bahawa beliau TITM adalah penngaMPU hJ HADI.beginikah peminpijn yang dibawa kedepan?,Sorylah.Oleh itu kita harap benar Husam janagn jadi seperti TITM ,Tolong Husam jangan keluar kenyataan sehingga pertandingan berlaku.DIAM kau.

bat8 berkata...

GB

Ini satu perkembangan yang sihat didalam PAS. Diharap ia menjadi satu trend baru dalam PAS dimana ahli-ahli PAS menggunakan hak mereka in respond kepada usaha seg3lintir kecil agamawan yang cuba hijack platform PAS untuk kepentingan diri mereka.

Jika trend ini berterusan ia membawa beberapa mesej penting yang perlu diambil maklum ol3h TGHH dan geng UG dari Ter3ngganu ini. Pertama, secara jelasnya ia memberi isyarat kepada TGHH bahawa relevensi kepada kepimpinannya sudah berakhir. Jalan terbaik untuknya sekarang ialah mengundurkan diri dari terus menjadi Presid3n. Benar beliau akan mendapat jumlah pencalonan yang banyak juga untuk bertanding untuk mengekalkan jawatan Presid3n t3tapi jika p3ncalonan untuk lawan sekitar 10% pun, ia sidah cukup untuk menghantar mesej bahawa kepimpinannya sudah dipertikaikan.

Kedua, jika trend ini berterusan, kredibilitinya sebagai pemimpin politik dan ulamak hebat akan terjejas. Ini yang kita takuti lebih2 lagi kredibili beliau sebagai ulamak. Kita tidak mahu kehinaan yang menimpa Almarhum Dato Asri terjadi kepada beliau, apatah lagi jika dibandingkan jasa antara mereka, jasa Almarhum jauh lebih besar.

Jika ini terjadi, TGHH tidak boleh menyalahkan orang lain tetapi dirinya sendiri kerana membiarkan dirinya dipergunakan ol3h kumpulan UG. Beliau telah membiarkan dirinya diperalatkan dan menjado alat kepada puak UG untuk melakukan sabotaj-sabotaj, malah menentang dasar-dasar PAS bagi pihak UG. Saya secara peribadi amat sedih dsn bersimpati dengan beliau kersna saya mengenali sosok tubuh beliau sejak beliau mula balik dari Mesir dsn masih berada didalam ABIM.

Ketiganya, jika trend ini berterusan, ia adalah mesej dan pukulan hebat kepada puak UG dan ag3nda mereka untuk merosakkan PAS dari dalam d3ngan mewujudkan perpecahan dikalangan ahli PAS. Pendek cerita mereka pakai

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya golongna Ug dan peminpinya tidak ingin Anwar menjadi Pm kena mereka ini mnegangap bahawa Anwar bukan ulamak dan tidak bolih menjadikan ulamak dibawah ,mereka lebih suka Hj hadi jadi peminpin tertinggi,itulah perkara pokok yang mereka perjuangankan hingga kini.Mreka lupaja jasa dan pengorbana Anwar,KINI telah timbul peminpin berkarisma HUSAM,kita haeap Husam lihat dan baca apa yang kita komen tentnga dia dan perjungan nya,dan kita doakan agar Husam meneydari kehendak ramai pengikut Pas kini.Jangan jadi seperti kura2 TITM .

Tanpa Nama berkata...

Husam terbaik!! Jasanya tidak terkira. Siapakah yg kehulu hilir membantu ketika Banjir tempohari ketika DUN sibuk sangat nak membentang HUDUD? Pikirlah sendiri tuan2..

Tanpa Nama berkata...

Saya ingat kalau ditakdirkan Husam calon PM pun semua lapisan rakyat setuju.

Tanpa Nama berkata...

Sokong

Nik Fitrie Shah berkata...

Hanya Jauhari yg mengenal manikam...Vote Yb Husam Mus.

Akmam Ita berkata...

Minta Admin komen tentang kenyataan Mursyidul Am PAS yg baru tentang dalam perlembagaan PAS kata hanya Ulama leh jadi Presiden/Pemimpin dalam PAS termasuk telah diputuskan dalam MUKTAMAR 1982...mcm baru pertama kali mendengar kenyataan ni...

Tanpa Nama berkata...

BODOHLAH Ahli pas kalau tak kenal yg mana kaca dan yg mana permata....... kawe sokong dato husam sbg presiden pas dan insyaallah kalu ado rezeki sbg PM malaysia.... bye 2 UG....

Tanpa Nama berkata...

CAHAYA
CAHAYA-wahyu
CAHAYA-wahyu-TUHAN

Ddlm surah ke-17 Al-Quran

Surah ke-17 @ Al-Isra' ayat:64
@(17:64)

Apb CAHAYA
Apb CAHAYA dtg
Apb CAHAYA dtg & mnyuloh TERANG

Ddlm ayat(17:64) itu sumber CAHAYA yg maha7TERANG itu mnjlskan..

"wa syarikhum fil-AMWAL wal'awlad.."
brmaksud bhw..
"..dan syirikkan/SESATkan/bodoh kan mrk-manusia itu dgn-HARTA serta pengaruh-kuasa(anak2 Adam).."

ALLAH mnjlskan perihal senjata..
senjata-SENJATA kpd Iblis

Senjata-PERTAMA
Senjata-PERTAMA yg paling-POWER

SEnjata-PERTAMA yg paling-POWER itu adalah harta-HARTA-harta-HARTA ddlm bentuk duit-TANAH-ESOS-SAHAM-projek yg mnjd "bius" melumpuhkan saraf2 iman-TAQWA ddlm diri mnusia

CAHAYA
CAHAYA itu
CAHAYA drp ALLAH itu

CAHAYA itu mnyuloh tepat dgn maha7 TERANG kpd senjata-IBLIS yg paling POWER-PERTAMA skali..yakni,
--HARTA..atau
--DUIT
--TANAH
--ESOS
--SAHAM
--PROJEK

Siapakah yg mampu mnafikan sulohan CAHAYA-miracle yg maha7TERANG ini yg dpt kita SAKSIkan trjd didepan mata kita sndri!
..HATTA ianya juga mampu mranapkan "sel-sel" iman-TAQWA kpd sesiapa shj yg TIDAK bnar2-BNAR7 "FOKUS" mnjd SAKSI kpd ALLAH serta bnar7 "FOKUS" mnjd SAKSI kpd nabi SAW..

Apb CAHAYA
Apb CAHAYA-wahyu
Apb CAHAYA itu..menyuloh kpd HARTA

CAHAYA itu akan mnyuloh dgn sgt7MUDAH krn HARTA akan mrujuk kpd "angka2"!

..dan "angka2" itu TIDAK prnah mnipu SAMAR dan keliru..

Walaupon
Walaupon Husam Musa
Walaupon Husam bukanlah yg paling2 PERFECT..tetapi rekod-CAHAYA yg dimiliknya jauh mengatasi rekod2 pentadbiran Hadi swktu mntadbir Trrgganu dahulu serta pntadbiran Azizan diKedah..sbb itu Hadi & Azizan mudah tewas!?

..kerajaan Kelantan kukuh krn potfolio HARTA-keewangan sentiasa disuloh oleh CAHAYA-Husam!

Walaupon
Walaupon Anwar
Walaupon Anwar bukanlah yg trPERFECT tetapi rekod-CAHAYA dikementrian KEEWANGAN adalah yg trbaik swktu dizaman beliau dulu..

"Angka2" tidak & TIDAK ssekali mampu ditipu-SAMAR-keliru-AUTA..bukan sprt kopiah-jubah-SORBAN yg boleh diputar2

..oleh itu Husam & Anwar agak SUKAR kpd "Iblis" utk mnggunakan senjata PERTAMA yg paling-POWER itu..









Tanpa Nama berkata...

Dato Husam bakal PM Malaysia, TAKBIR!

Tanpa Nama berkata...

Mereka2 ini bakal ahli UMNO Hharun Din,Nik Abduh,Hasan Tantawi, Nik Amar

Tanpa Nama berkata...

Husam memang wajar jadi Presiden PAS Raut air mula pun bijak tidak bongkak Beda Husam dengan Hadi bagai langit dan bumi , Husam professional matang manakala Hadi ulamak yg jumud. Husam dan Mat Sabu saja dapat bawa PAS maju ke hadapan. Yang lain macam bawa ke zaman Batu saja.

mohd shahran berkata...

kalau husam presiden saya tak jadi pangkah selain pas. seumur hidup saya ak pernah pangkah selain pas. tapi kaalu hadi presiden bye-bye too pas. serupa aje pangkah umno atau pas.

Tanpa Nama berkata...

Sama dengan azmin dan Rafizi, Hussam pun layak pm/tpm. Masalah parti pas ini munafik, nak pergi bersama umno tapi sengaja nak buat diri dan pr kalah pru . Memanc macai untuk umno

Tanpa Nama berkata...

Husam memang layak ganti Nuar & keputrajaya ganti Ajib gor

Tanpa Nama berkata...

Aku ikut aja asal kan yg terbaik utk pas.

Tanpa Nama berkata...

aku ahli PAS tegar, Aku sokong HUSAM kerana kelayakan beliau. aku tahu puak puak UG/GU PAS hanya ingin melihat pas berpecah sahaja.

Dimana komando UMNU telah bertapak dalam puak puak GU/UG dalam PAS.

penyokong dan pengundi yang bukan ahli PAS semakin menjauhkan diri dari parti PAS. siapa yang rugi dan siapa yang untung..fikirlah sendiri.

Kumikus berkata...

Semoga Pas kawasan lain turut sama mencalonkan beliau. InsyaAllah, sokongan kepada Pas akan kembali seperti dulu. Laluan PR ke Putrajaya akan semakin mudah. Ameen..

Tanpa Nama berkata...

karisma Husam jelas masa banjir diKelantan, menyusun bantuan melebihi MB yang mengharap bantuan UMNO

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG tak mahu cabar UMNO dan Presiden UG, mereka hanya nak singkir ahli Pas yang bukan ulama

Tanpa Nama berkata...

harapan ahli Pas terletak ditangan Husam, supaya Pas dapat disatukan dan diperkuatkan kembali...

Tanpa Nama berkata...

UG Hadi tolak Anwar dan Profesional tapi tak tolak Najib dan UMNO yang tolak hudud dilaksanakan di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Pas UG Kelantan singkir Husam, Tahniah Husam calon Presiden yang disenangi TGNA, tapi dibenci UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ok jgk Husam jd Presiden. Dia pun bkn pak turun Anwarinas

Tanpa Nama berkata...

Husam...tolong jgn hampakan harapan kami...sahutlah seruan utk sedia bertanding jawatan presiden pada kali ini...kami akar umbi pas mahu presiden yg baru utk menggantikan hj hadi...kami doakan husam berjaya jadi presiden pas yg baru...

Tanpa Nama berkata...

HUSAM calon Presiden PAS yang TERBAIK !

Abu Aliya berkata...

Banyak sungguh fitnah pasal UG. Ni yg cakap ikut sedap mulut ni ada bukti ke?
Ingat kita ada Allah dan hari pembalasan, tiada benda sebesar zarrah pun akan terlepas.
Cukup-cukup le tu fitnah Presiden PAS dgn isu UG.

Tanpa Nama berkata...

Sama dengan azmin dan Rafizi, Hussam pun layak pm/tpm.

March 15, 2015 at 11:13 AM

Ulasan BH

Terus terang saya kagum dengan ketokohan Anwar Azmin dan Rafizi tidak kurang hebat nya Bandingkan Husam dengan Azmin dan Rafizi jika Husam dalam PKR Husam lebih menyerlah

Husam sememang nya di lahir sebagai tokoh yang menyamai Anwar Bukan copy cat Jika Husam copy cat Anwar sikit pun UMNO tak risau jika Husam memimpin PAS Husam akan terus Husam sekalipun Anwar sudah tiada

Beberapa tokoh dalam PAS juga banyak berjasa tetapi gaya pemikiran Husam yang di geruni oleh UMNO lalu di cipta 'Orang Anwar' dalam PAS dan di cemburui oleh UG

Maka kita tidak adil jika kita pandang Husam kita melihat Anwar

Tanpa Nama berkata...

sila tengok video ucapan TGHH mengenai UG, Adakah fitnah atau benar?